Salam to all,

Kejadian banjir ini amat mengejut pelbagai pihak, bayangkan semua tidak menduga sehingga sebegitu sekali banjir yang melanda dan mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Semasa tiba di rumah saya di Kedah, kelihatan semua barangan diletakkan diluar terlebih dahulu. Hanya barang2 tidur dan pakaian sahaja dimasukkan kedalam rumah. Mengikut kata emak saya, rumah baru dibersihkan dengan menggunakan khidmat orang dengan harga RM450. Itu pun bahagian dalam sahaja dan tidak termasuk harta-benda

Jadi pada pagi keesokan harinya, saya bertungkus lumus bersama emak dan adik membersihkan terlebih dahulu barang2 yang difikirkan perlu. Tidak terkecuali barang2 eletkrik dan berharap semua barangan eletkrik jenama Toshiba ini masih boleh digunakan.

Apa yang mengejutkan, barangan eletkrik tersebut masih berfungsi dengan eloknya setelah dibersihkan dengan air dan dibiarkan dibawah kipas angin set nombor kelajuan = 5 selama semalaman. Ini membuktikan yang barangan eletkrik masih boleh digunakan sebenarnya asalkan tiada langsung air dibahagian eletkriknya. Ini untuk mengelakkan short circuit.

Tetapi untuk komponen-komponen sensitif seperti komputer dan sebagainya, mungkin ada harapan tipis kerana semua barangan berunsurkan eletkronik yang sensitif, amat payah sekali untuk berharap untuk recover.

Jadi, sehingga artikel ini ditulis, hanya ada pinggan mangkuk dan juga perabot2 yang kayunya berkualiti masih perlu dibersihkan. Semua sudah dibersihkan setakat ini dan sudah nampak bentuk dalam rumah.

Jadi, sekarang proses pembersihan akan dilakukan ssehingga semuanya sudah dikonfigurasikan dan diluar sudah bersih dan barang2 sudah dimasukkan kedalam (barangan dalam rumah).

Banjir ini membawa kita kepada suatu peringatan dimana kita harus saling bergotong royong dan menjaga hubungan sesama Islam. jangan berpecah belah dan sentiasa selamatkan bumi ini dari pencemaran. Sesungguhnya, semua perkara yang membawa kepada fenomena ini adalah disebabkan manusia sendiri. Allah S.W.T. menurunkan bala bencana untuk memberi peringatan agar sentiasa bertakwa dalam apa jua pekerjaan dan kita lakukan.

 

Wallahulam,

Sehingga berjumpa lagi.

November 13, 2010, 9.54 AM., hari Sabtu

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s