Perihal Pensyarah Bahagian 4 (2021 Edition)

Salam,
Sebab artikel lama aku ada beberapa update. So aku nak tulis beberapa perkara berkaitan menjadi pensyarah di universiti awam ini.

Bagaimanakah kriteria nak jadi pensyarah di Universiti Awam sekarang?
Jawapannya: Kriteria sekarang adalah amat tinggi juga berbanding dahulu.
Mesti Ada:

  1. PhD (untuk menjadi Pensyarah DS45
  2. PhD dengan pengalaman industri atau pengalaman mengajar untuk beberapa tahun (untuk menjadi pensyarah DS51)

Jadi ini bermaksud anda kena habiskan sehingga PhD barulah dapat apply menjadi pensyarah untuk MAJORITI universiti awam di Malaysia. Aku rasa memang semua target PhD aje kot tak dengar dah diorang nak amik yang ada Master aje. So korang memang kena tunggu sampai habis PhD atau takpun sehingga dah melepasi VIVA tinggal correction aje.

Bagaimanakah dengan tangga gaji pensyarah DS45 dan pensyarah DS51 dengan syarat baharu di atas?
Jawapan: Part ni aku tak pasti dah sekarang berbanding dahulu tetapi jika DS45 permulaan gaji sekitar RM3300++ (tak campur elaun dalam RM1k lebe) so total DS45 dalam RM5k++ la gak, dan for DS51 bermula RM5800++ dan campur elaun RM1k lebe jugak boleh lah dapat RM7k++…Tapi ni kena korang confirmkan balik dengan HR sebab aku bukan admin peringkat HR. Jadi kena rujuk bahagian HR betul2 dan tanya. Korang sebenarnya boleh call direct HR untuk tanya gaji berapa if saya apply dan apa benefit. Tapi korang dah malas tanya jadi korang mengharap ajela gaji berapa ditawarkan. Sebab tu aku sarankan korang tanya.

Apakah Tugas-Tugas Pensyarah Sekarang berbanding dahulu?
Jawapan: Korang mesti pandai berkomunikasi. Masa interview dia akan uji kemampuan ko berkomunikasi. If ko pandai tapi macam kayu memang selamat tinggal la (berlaku kat universiti aku calon bagus tapi tak dapat bercakap sangat jadi kene reject ler). Korang kena ingat jadi pensyarah mana boleh malu-malu kucing. Kena power berkomunikasi dan sentiasa yakin dengan diri untuk menjadi pensyarah bagus.

Selain itu kena pandai guna teknologi dan tahu apa itu MOOC, Micro-Credential, OBE teaching, ODL…. dan sebagainya (korang kena Google la tengok apa aku cakap ni). Bab2 teaching ni memang ko kena tahu. Selain itu bab penulisan journal dan apa segala mak nenek penulisan korang mesti bagus dan power.

Tu belum masuk bab penyelidikan dan perundingan. Geran kena mohon dan maintain untuk KPI tahunan dan perundingan juga.

Kesimpulannya, if you guys up for cabaran dan yakin nak jadi pensyarah, korang kena sahut cabaran ni sampai pencen. Teknologi terkini kena pandai guna macam Elearning system, Mobile learning, youtube, facebook, virtual reality learning, augmented reality learning dan sebagainya. Tak kisah ko dari bidang apa-apa pun.

Apa Suggestion untuk mereka yang nak masuk bidang pensyarah ni pada masa hadapan?
Jawapan: jadi orang yang hebat dan berkomunikasi bagus. Tamatkan PhD dengan penulisan yang bagus dan bidang yang betul2 diperlukan oleh universiti. CGPA pun kena power sekarang melainkan kajian penyelidikan ko pun power. Universiti dah start tengok samada kajian PhD ko bagus ke tak untuk diangkat jadi pensyarah. Jadi pastikan flow of becoming lecturer tu terbentuk dari zaman ijazah sarjana muda lagi sehinggalah Master atau ke PhD terus.

Tapi ingat, ada PhD hanya mampu sekadar DS45 aje. Gaji total dalam rm5k++ aje. If nak mohon naik ke DS51 kena capai beberapa KPI yang akan mengambil masa sekitar 3-4 tahun jugak paling cepat kot.

Itulah zaman sekarang nak menjadi pensyarah di universiti awam. If kolej awam atau politeknik masih lagi peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana aje sebab mereka mostly ajar diploma level atau sijil. Ada juga offer Sarjana Muda dan diajar mereka yang ada master. PhD pun ada kot if tak silap kat sebahagian politeknik. ke takde? Ntah la korang check balik kat Internet

Bhgn 3 – https://asyrani.com/2017/11/07/pensyarah-bahagian-3/
Bhgn 2 – https://asyrani.com/2014/10/06/perihal-pensyarah-bahagian-2/
Bhgn 1 – https://asyrani.com/2013/05/15/pensyarah-ipta/

Hamzah
21 Mei 2021
7:31 pagi – Jumaat

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Perihal Pensyarah Bahagian 4 (2021 Edition)

  1. klu buat phd boleh habiskan xpe.. ada yg x nasib baik, ada masalah supervisor, kesihatan dll.. kene bayar ganti rugi lagi….. ada satu uni ‘islam’ kt msia ni, klu lewat habes (bukan gagal).. kne bayar penuh dlm masa 5 tahun, gile…… uni lain lg bagus ada juga bagi pengurangan dan extend tempoh bayaran

  2. Assalamualaikum. Sekadar meluah rasa. Baru saja isi permohonan ds45 dgn tiket master. bru saja tamat pengajian 2021. bila baca post entry tuan, bimbang rasa hati. Apapun saya percaya dgn takdir dan rezeki semuanya daripadaNya, Allah Yang Maha Esa.

Leave a reply to spzone Cancel reply