Tatkala kes sedang mencanak naik sehingga 6800++ kes. Aku kadang-kadang terkesima dengan segelintir masyarakat main tak acuh aje melanggar SOP dan menimbulkan berita fitnah
Aku memang anti betul geng-geng seperti:
- Antivaksin
- Geng jemaah yang selamba melanggar SOP kerana tidak takut dengan COVID sebab ianya makhluk
- Geng whatsapp group yang dipenuhi orang-orang yang main sebar berita bukan2 sebab ada banyak sangat masa lapang tatkala frontliner bertungkus-lumus menyelamatkan negara
- Geng educated tapi tetap nak buat meeting face to face jugak tatkala kes sedang mencanak naik
Bagi aku, kedegilan depa ni sebahagiannya amat mendukacitakan dan aku sememangnya akan panas baran bila dengar benda tak betul atau benda yang menusuk kalbu aku tatkala orang lain sedang bersusah payah memperbetulkan keadaan. Aku memang mutekan group2 macam tu. malas langsung respon dan dapat notification chat dah.
Aku rasa memang sukar betul nak capai permuafakatan jika benda ini terus berlaku.
Nak lawan Israel pun sesama negara Islam ada aje bergaduh dan sokong Israel
Aku hanya kagum bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. berhempas pulas berdakwah dengan susahnya dan kental menghadapi pelbagai cacian dan hinaan.
Bukan senang beb. Nak berdakwah.
Bukan senang nak jadi mcm Ebit Lew (Ustaz). Kehulu ke hilir dengan pelbagai misi kemanusian tolong orang tak kisah bangsa dan agama
Bukan senang jugak nak jadi pemimpin nak menghadap semua peel bawahan dan orang-orang sebelah seperti kengkawan nak puas hatikan semua.
Memang tabik mereka yang menjadi pemimpin agung dan hebat ni.
Aku?
Aku tak rasa aku mampu. Aku cuba sedaya upaya aku dan if aku messed up. Aku lantak pi la. Aku buat apa yang aku boleh dan pada kapasiti aku, aku takkan mampu nak jadi seorang pemimpin hebat. Aku nak maintain orang yang tolong orang dan pimpin sebalik tabir aje kot.
Aku nak kehidupan sederhana aje. No hard and no easy. Just follow the rules of Allah S.W.T. and hadis-hadis nabi. Itu aje aku nak buat.
Aku berlari, aku berfamili, bekerja, main games dan sebagainya. Itu aje yang aku nak buat selain tugas utama sebagai seorang Islam untuk patuh perintah Allah S.W.T dan RasulNya.