Pensyarah Bahagian 3

Salam,

Setelah lama tak update berkaitan pensyarah maka kini aku nak update serba sedikit kot berkaitan pensyarah.

Sebenarnya tiada banyak beza antara dahulu dengan sekarang cuma dah ada minor adjust aje kot.

  1. Ada pelbagai track akan diperkenalkan di mana pensyarah boleh amik track mengajar banyak. Ada track research banyak. Ada track membawa masuk duit banyak (konsultan) dan ada track memimpin. Jadi terpulang nak amik track mana. Secara details belum dapat dikenalkan pasti sebab baru sangat dan belum lagi dilaksanakan
  2. Yang kedua adalah seperti yang diketahui budget pengambilan pensyarah agak terhad dan setahun mungkin tak sampai 5 orang atau tiada langsung di ambil. Cuma mengharapkan yang bersara lepas tu baru ada kosong untuk amik sorang atau dua atau tiga. Jadi pastikan anda berusaha sedaya upaya untuk do the best and be the best supaya semasa sesi interview berjaya
  3. Kondisi geran penyelidikan juga semakin terhad kerana masalah ekonomi yang tidak menentu. Jadi kene bersaing dan do the best proposal lah.

Yang lain masih sama kot. Macam datang bila2 masa dan bebas keluar masuk di mana2 pejabat. Seperti yang saya katakan dalam post2 yang lepas yang penting adalah KPI mengajar, Research dan sebagainya meet the minimum. If nak kejar laju2 pastikan always above the recommended.

Macam setahun jurnal 1 aje kene hasilkan. Tapi direcommendkan 2 jurnal. Dapat produce 4,5 jurnal tu lagi bagus as First Author.

Gaji macam biasa

Maximum gaji pensyarah biasa, kanan dan Professor Madya gaji akhirnya beza sikit aje.

Untuk gaji akhir (cecah dinding)

Pensyarah biasa sekitar RM10k lebe, Pensyarah Kanan sekitar RM11k lebe dan Professor Madya sekitar menghampiri RM12k tapi tu belum termasuk allowance untuk ketiga tiga jawatan tu.

Tapi ingat ni after 20-30 tahun berkhidmat.

So, usahakanlah naik ke PM paling tidak pun. If boleh Professor terus.

Ada banyak yang bertanya sekiranya bidang berlainan.

Tak kisah pun asalkan dapat buktikan masa interview yang anda ni hebat dengan bidang tersebut. Pastikan ada Portfolio sendiri atau hasil kerja sendiri dibawa. Jangan bawak sijil biasa aje. Bawak satu demo atau portfolio khas hasil2 kerja termasuk thesis sendiri.

Dan ingat setiap univ lain caranya. Itulah digelar Badan Berkanun.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment