Salam pagi.
Aku cuti arini bermula semalam sampailah minggu depan.
Cuti sempena adik aku konvokesyen bidang law dia.
Sementara itu aku bermalam sehari dua di Penang.
Pagi ini beberapa keping gambar aku tangkap.
Satu menunjukkan sebelah “tenang” dan satu lagi menunjukkan sebelah “rush”.
Kalau di KL anda tahulah rush hour tu apa.
Semua akan stress berkejaran dari rumah ke tempat keje.
Lima atau enam hari seminggu. Sampailah tua atau pencen atau bila rasa nak berhenti atau bila tidak mampu lagi bekerja.
Jika difikirkan balik.
Anda keje pun dan hidup sehingga 70-80 tahun dan jika bernasib baik hidup sampai 90-100 atau lebih.
Jika anda tanya balik.
Berapa banyak anda spend on the road?
Berapa banyak anda bekerja dengan stress?
Berapa banyak anda buang masa ke tandas dan sebagainya.
Berkerja ni hangpa minat ke tak?
Keje yang hangpa buat akan jadi stress bila tak minat. Samada paksa minat jugak atau mmg betoi2 minat maka itu lebih baik.
Jika tak kene tanggung mental stress tu sampai berpuluh tahun.
Tapi nak buat dan keje yang sendiri minat ni kene cekal dan semangat.
Orang akan kutuk, akan rugi, banyak kene plan sendiri, kene urus sendiri dan manage pekerja sendiri. Tapi insyaAllah jika hang minat HANG MAMPU BERJAYA.
Cabar sikit diri tu bagi jangan lemah longlai.
Cabar untuk buat apa yg minat dan berjaya. Atasi segalanya and always says you can do it. Mental anda sahaja penghalang.
Macam hangpa lari marathon.
Pernah lari half marathon atau full marathon?
Mental mampu mengalahkan segalanya dan meningkatkan diri anda punya self confidence.
Sebab tu aku suka berlari. Sebab nak lawan mental. Mental ni penyekat anda berjaya. Lawan dia dan insyaAllah anda akan banyak temui idea untuk berjaya.
Cuba bilang berapa masa pula dengan famili.
Ada yang cuba jimatkan cuti taknak bercuti dan simpan sampai nak tua.
Sedangkan dah tua anda tak larat dan anak anda pun tak pasti lagi nak bercuti dengan anda ke tak.
Depa pun sibuk hang pulak nak ajak bercuti.
Tp boleh selagi depa anak masih kecik.
Bila dah 60-70 anda pun taktau larat ke tak nak jalan2. Tu belum 70-80.
Jadi baik hangpa spend aje masa dengan famili tu dari sekarang.
Anak dah besar anda takkan pasti dpt bercuti bersama selalu ke tak.
Ni anda tiap2 hari hadap masa depa masih kecik.
Nanti hangpa pulak rindu nak mengadap hari2. Padan muka.
Ingat famili sikit.
Tak salah cari duit sampai kaya asalkan famili punya hubungan jugak kaya.
Yang penting, enjoy your life.
Singkat aje habaq hang hidup ni.
Setakat bangun pagi, gi keje, balik keje and tidur tu apa cerita.
Kalau boleh bangun pagi dan enjoy semuanya.
Dari breakfast, semasa bekerja dan melayan famili semuanya enjoy. Sebab anda tak stress.
Buat yg anda suka ni mana ada stress.
Rasa seronok dan seronok cabaq diri sendiri untuk lebih berjaya.
InsyaAllah kita semua akan berjaya.
Percaya kat diri sendiri aje.