Assalammualaikum
Alhamdulillah aku dah selamat sampai rumah aku. Setelah balik ke Jitra dari Khamis lepas.
Jitra
Aku duduk sini bukan 100% dari kecik.
Tapi majoritinya di sini sehinggalah masuk asrama Tingkatan 4.
Jitra ni dulu kecik.
Ya la if dari zaman mak aku lagi la kelapa sawit aje kot.
Tapi ni nak kira dari zaman aku.
Masa aku gi sekolah dulu2, aku naik gerek ataupun orang panggil dia basikal.
Jam 6.30 pagi dah gerak dah.
Jalan mana sibuk pun.
Semua single lane aje.
Time tu rasa slow aje kot movement.
Mana la ada lagi smartphone
Takdak.
Evolusi smartphone ni bermula seawal zaman facebook kot ataupun zaman 2010 ke atas.
2000 ke atas semuanya memang dah ada phone tapi bukan smart sangat pun.
Berbalik kepada Jitra.
Sekarang macam2 dah ada.
Jalan dah sibuk.
Kereta dah hebat2.
Rumah mahal2 dah.
Makan jangan cakap la hangpa takkan kebuluq kot.
Ada duit ada aja kedai makan.
Balik kampung ni seronok sangat
Lima hari empat malam tu sangat bermakna.
Kampung adalah tempat mendamaikan.
Sebab tu aku target tiga atau empat bulan sekali akan balik kampung.