Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak masuk bidang pensyarah ni, dari 2009 sebagai tutor, pelbagai perkara aku belajar.
Dari seorang yang kurang mahir bab memgajar kepada yang alhamdulillah tahu selok belok mengajar.
Banyak student dah grad, ada yang aku tak kenal, ada yang kurang kenal, ada yang sangat kenal dan ada difacebook aku.
Aku pun add aje mana2 student atau bekas student yang kenal aku.
Aku pun jarang berada di kawasan konvo bersama2 mereka.
Member2 aku banyak bergambar dengan bekas-bekas student selepas konvo tapi setakat ni memang aku jarang berada di tempat kejadian.
Sebagai ahli akademik, memang pensyarah akan masuk sesi perarakan.
Cuma lepas habis sesi akan terus aku balik uruskan hal2 lain.
Namun bukanlah niat hendak tidak bersama-sama meraikan bersama pelajar2.
Perkara penting yang harus dikejar dahulu terpaksa diprioritizekan.
Cuma jangan risau, aku sentiasa doakan sebarang student yang aku ajar agar akhlak mereka kekal baik dan mendapat kerjaya cemerlang kelak.
Back in 2008, teringat masa konvokesyen di mana itu kali terakhir konvokesyen bersama arwah ayah aku. Tiga bulan sebelum dia meninggal.
Konvokesyen ni adalah hari di mana anda telah menjadi dewasa.
Salah satu proses di mana anda layak untuk jadi orang berguna bagi yang memilih laluan sambung ke universiti.
Aku tak bercakap mengenai yang tak pilih laluan universiti. Yg jadi usahawan ke apa ke itu lain cerita. Ini cerita laluan universiti.
So, yang dah masuk universiti inilah tanda anda jadi dewasa dan jadi orang.
Tamat sudah proses formal pembelajaran.
Kecuali anda sambung Master/PhD.
Setelah graduated, anda akan bekerja, berfamili dan bergerak dalam aktiviti sosial.
Tiba masa anda tanya apa anda perlu buat untuk dunia.
Bab akhirat aku tak sentuh sebab tu bab lain tp ni nak sembang bab dunia.
Jadi tanya, dah ready nak contribute kat dunia?
Apa anda boleh buat untuk orang lain juga nikmatinya.
Apa gerakan yang anda boleh buat?
Apa motif hidup anda selepas ni?
Gi keje balik keje itu aje ke?
Tanya balik apa korang kene buat.
Banyak orang berjasa kat anda sejak anda tadika sampai universiti TAKKAN satu apa pun takdak untuk dunia.
Tu belum untuk akhirat
Nak jawab apa depan Allah nanti bila dari kecik sampai besar ramai org terlibat tp habuk pun takdak dari hangpa.
Jadi fikirkan apa anda boleh buat untuk dunia dan akhirat.
P/S – Rakan2 saya dalam ni semua hebat2 dah sekarang π
Oh ya ni semester Extend. Kami semua yg grad bulan March 2008 ni geng extend hahhahaha. Tp semuanya bagus2 sekarang.