Alhamdulillah.
Zayn mengerjakan solat jumaat buat pertama kalinya pada 9 Feb 2024. Jumaat.
Perkara ni merupakan satu sejarah di mana perlunya anak2 kita dihantar seawal mungkin ke masjid untuk mendekati masjid insyaAllah
Generasi Online.
Dengan adanya online, pelbagai perkara dia ni belajar menerusi Youtube.
Dengan adanya online, ada kelas2 yg dikendalikan pakar2 dari pelbagai negara dapat kita ikuti.
Dengan adanya online, ceramah agama mahupun ilmu yg lain dapat kita ikuti samada secara live atau bila bila masa dengan menonton kembali rakamannya.
Dengan adanya online, tuisyen pun mudah, belajar memasak pun mudah, dan informasi pun dapat mudah.
Memang betul, setiap perkara melibatkan perihal dunia itu ada baik ada buruknya. Jika tak terkawal mmg banyak fitnah dan informasi tidak benar bertebaran di dunia maya. Namun aku pandang yg sudut positif. Jika pikir negatif, negatiflah hasil dapatannya.
Benar, ada benda sesuai buat fizikal. Aktiviti berlari, kegiatan experimen yang melibatkan perkakasan dan sebagainya. Itu memang kita perlukan fizikal. Cuma bezanya aktiviti pengajaran boleh dionlinekan, manakala experimen boleh secara fizikal. Bahkan sekarang boleh dibuat juga secara Extended Reality (merangkumi Virtuali Reality, Augmented Reality or Mixed Reality).
Tugas kita adalah adapt teknologi secepat mungkin. Sebab generasi2 yang baru memang lahir ke dunia dalam keadaan mcm ni. Bagi depa, belajar secara online untuk sesetengah keadaan adalah biasa bagi depa seperti mana depa lahir ada teknologi Youtube, AI, dan sebagainya. Kita yang making menua ni? Usahlah kata tidak. Kita welcoming depa dan bagi mereka peluang belajar menggunakan teknologi yang berada dizaman depa.


