Alkisahnya berlaku aku nak cerita dari 16 hari bulan kot iaitu Jumaat ptg aku and wife gi beli Yong Tau Fu tang popular tu. dekat RM39 pulak tu beli.
Balik aku and wife makan dgn byk, si Zahra makan sikit aje. Zayn pulak makan memalam.
Bila dah makan tak habis makan, simpan dalam peti sejuk untuk esoknya makan.
Sabtu tu pulak zayn ada muntah and cirit birit. Kami pun bg makan ubat yg ade kat rumah.
Ahad tu gi NSK beli barang. Nak buat nasi lemak and prepare aku nak masuk wad hari Selasa nanti. Zaynnya sakit perut and cirit pagi tu. and muntah. Bagi dia makan ubat kat rumah.
Lepas buat nasi Lemak. Telur mata buat 8 bijik jenis cair. tengahhari makan okeh lagi. Tp bila lepas makan ptg tu. aku start sakit perut nak cirit birit and then muntah byk dlm malamnya.
Aku pun ingat boleh tahan lagi. Tp takleh gak. Jam 3 pagi gj hospital. Dan warded jam 3:30 pg mcm tu.
Aku siap2 diberi ubat tahan muntah dan jugak ubat antibiotik untuk elakkan dari cirit birit balik dan muntah.
Sepanjang Isnin ni aku byk terbaring sebab demam sekali. kuman menyerang badan.
Hari pertama 19 Feb
- Tak banyak aktiviti. Aku banyak terbaring
- Wife aku dtg naik GRAB dgn anak2 anta barang dalam area jam 11-12 mcm tu. sekejap aje sebab budak2 kene tinggal di luar.
- Aku mandi pun jam 4 ptg mcm tu. segar sikit pas mandi.
- Zayn dibawa ke klinik An Nur lepas sekitar jam 3 lepas tu ke klinik Affiyah untuk check tekak. Dia masih rasa mcm nk muntah tp tak muntah. Perut still ada sakit katanya and cirit.
- Doktor dua kali melawat dalam jam 11 pagi and malam jam 9-10 mcm tu
- Makanan dpt sarapan, makan tengahhari dan makan malam.
- Masih suhu sekitar 37.4/37.3







Hari Kedua 20 Feb
- Hari ni paling rasa better dari smlm
- Dah tak rasa nak baring sgt
- Still kene makan ubat tahan muntah, tahan sakit, antibiotik, drip air yg ke 7-8 dah kot, smecta and ORSLYTE. Yg Lite punya bukan yg PLUS sekitar tengahhari.
- Zayn still ade rase nak cirit tp tak byk. Makan masa jugak ni nak baik.
- Melaka jem sebab org luar dtg nak masuk free tempat2 dlm Melaka. Sempena Melaka Cuti Pengistiharan Tarikh Kemerdekaan.
- Ok aku dah kene stop water drip jam 6 ptg.
- Mandi sekitar jam 5 ptg.
- Makan lauk yang agak sedap jugak
- Malam jam 9:38 kena suntik antibiotik.



Day 3 – 21 Feb 2024
- Alhamdulillah dah release untuk arini. Tapi itulah aku dari jam 12 malam smp ke jam 6 pagi selang sejam ke tandas buang air. Sebab efek IV water tu. penuh air badan aku
- Lepas solat subuh bangun kejap and rest. Makan nasi goreng cina yg diorder.
- Kemudian makan prebiotik BioFlor 250mg. Mahal gak prebiotik ni. RM2.50 kat kedai setiap pack kecik. Fuh.
- Doktor datang jam 10:00 bagi release Alhamdulillah and amik masa 1-2 jam kot untuk proses bill ke Insurans company.
- Alhamdulillah mintak rest sampai Jumaat dpt diberi oleh doktor. Minggu depan masuk office dgn segar sikit. InsyaAllah. Semoga semua sihat.
- 10:45 pagi cabut jarum masuk air di tangan
- Result darah pun dah dapat






