Hamzah Warded – Nasal Polyp Removal

Salam,

5 March 2024

  1. Aku bertolak dari rumah sekitar dari jam 1:45 ptg dan tiba di Hospital Pantai Ayer Keroh sekitar 2:10. Parking di Blok D aras 3.
  2. Alhamdulillah datang as first patient under Dr Shaharudin. Tp dlm jam 3 baru masuk. So dia check and warded dalam area jam 4:15 ptg.
  3. Dalam jam 5 lebih buat xray and baru sebentar tadi buat ECG sekitar jam 5:45 ptg.
  4. Cincin dan barangan elektronik takleh pakai. So disimpan siap2.
  5. Bilik berdua sementara menunggu queue untuk bilik single ada. Aku nombor 4 dlm queue bilik single. Tengoklah if ade aku masuk. Sebab akan ade org discharge dan sebagainya. Kena harapkan 4 org discharge arini or esok in total
  6. Sempat borak dgn org sebelah. En Taufik namanya. Orang muda dalam awal 20. Datang ke wad asalnya untuk rawatan tulang belakang, mmg buat rawatan (mostly sebab pekerjaan dia melibatkan angkat barang). So dia dtg Pantai, guna insurans. Hendak dijadikan cerita, dia mengigil byk kali dan rupanya hempedu ada batu. So dah remove. InsyaAllah esok katanya akan discharges.
  7. Makan mlm diberi fish n chip. Solat pulak pergi ke bilik solat berdekatan lif di aras 5.

Hari Kedua:

  1. Bangun sekitar jam 4-5 pg. Kene makan ibarat mcm sahur. Sebab jam 6 start puasa no drink n food.
  2. Bangun makan n then mandi n pergi solat subuh di surau dekat luar.
  3. Aku dah tak boleh makan dah jam 6 pg tadi dan berehat aje skg. Dua roti aku makan dan air segelas 250ml. Anggap mcm nak puasa sunat. InsyaAllah cukup.
  4. Dijangka jam 12.30 kot aku akan di bawa ke dewan bedah.
  5. Orang sebelah aku yg lahir 4 April 1995 (muda sepuluh tahun dari aku) ni peramah. Asyik nak berborak. Tapi amat bagus orgnya sering menegur. Peramah dgn semua nurse2 and doktor. InsyaAllah dia dijangka discharge hari ini sekitar tengahari or ptg. Dia punya insurans BSN PRUDENTIAL TAKAFUL. Tak cover byk tp bayar la skit. Takpe bayar janji bayar sikit dari kena bayar actual fee semuanya.

Alhamdulillah selesai menghadap pembedahan yang berlangsung dua jam lebih menghampiri 3 jam kot.

Thanks to my wife @shera.aj yang asalnya datang nak naik GRAB aje tp last2 drive jugak.

Aku berwhatsapp dgn wife aku dtg dalam jam 11:30 mcm tu. Bila wife aku cuba cari GRAB dalam jam 1:15, sampai 15-20 minit takde org GRAB nak dtg. So sekitar 11:35 mcm tu kot wife and anak2 drive sendiri dan bertolak jugak ke Hospital Pantai Ayer Keroh ni.

Nak dijadikan cerita, memang ngam2 seminit dua mcm cerita filem pulak wife aku sampai tepat sgt masanya sebab aku mmg nak di bawa ke bilik bedah. Mmg time tu sekitar jam 12:05 mcm tu kot. Mmg ngam2 sgt. so wife aku and anak2 dpt follow escort ke ruangan aras nak masuk bilik bedah. Cuma tulah, wife and anak2 takleh masuk ke ruangan bilik bedah.

Aku pun ditransferkan dari kerusi roda ke atas katil yg dikhaskan untuk dibawa ke bilik bedah. Dalam tu phone takleh bawak, melainkan ko doktor or nurse ko bawaklah kot. Ala mcm ko kat dewan peperiksaan bebudak takleh bawak phone masuk dewan peperiksaan. Pensyarah aje boleh. If ko sporting ko ckp kat doktor tolong videokan ke, tangkap gmbr ko ke mase dibedah la kot hahaha.

Okeh once aku ditransfer ke katil untuk dibawa ke bilik bedah, ko kene tunggu kat ruangan menunggu sebelum masuk dewan pembedahan. Byk betul tempat menunggu. Dekat 30 minit kot kene sidai situ. So aku agak2 aje time tu maybe dalam 12:30. Dan kemudian dalam jam 1 aku baru dibawa masuk ke dewan bedah.

Masuk aje dewan bedah tu aku dipasangkan ubat nak kasi pengsan. Mmg tak sedar beb lepas beberapa saat pastu. Aku rase pejam celik aje. Sedar2 dah jam 4 lebe. Fuh bapak lama 2 jam nak dekat 3 jam ni. Kesian gak wife and anak2 menunggu. Aku time tu sedar berperingkat. Mata berat nak bukak. Slowly dpt bukak dlm 15-20 minit pastu. Aku siap taktahan nak kencing beb. Dalam tu punyalah sejuk dan diorang bawakkn botol khas untuk buang air. Diorang bg option pampers or botol khas. Aku pilih botol. Tp nurse lelaki la yg handle.

Once aku sedar aje dlm 4:30 mcm tu kot, aku dibawa keluar dan transfer ke katil aku sendiri. Time tu wife dapat ikut. Anak2 aku mmg dah menunggu di tempat menunggu di aras Wad 5C. Alhamdulillah. Tp aku mmg aku rase pening yg amat kesan ubat bius tu. Aku sedar tp badan mmg out.

Part 2

So badan aku mmg out and kepala pening betul. Wife aku la peneman tp kesian kat anak2 tunggu lama. Wife aku siap masuk angin perut risaukan aku. Kesian dia. I love you so much.

Alhamdulillah dapat transfer bilik sorang petang tu jugak, dia tolong semuanya sampai aku pindah bilik. Sedih gak sesgt aku wife aku kene balik jugak sebab anak2 nak kena jaga. Diorang takleh masuk. So aku terpaksa minta dia balik dan insyaAllah aku okeh.

Once dia balik pendarahan aku banyak pulak keluar. Sambil makan sambil darah mengalir. Aku kena bernafas ikut hidung. So doktor datang dan suruh aku kemam ice and letakkan mcm pad sejuk atas dahi. Alhamdulillah dah better. Aku jugak siap dah buat cuci hidung guna sinus rinse.

Cuma solat aku kene akui terpaksa qada. Aku tunggu malam skit area 10-11 malam nanti aku qada zohor, asar, mahgrib. Terpaksa sebab mmg badan sgt lemah. Aku kena berpuasa tak makan dari jam 6 pg sampai 4-5 ptg tu. wife aku ade tolong suapkan makanan skit lepas tu. aku lapar yg amat.

Alhamdulillah skg darah dah beku dan aku better skit. Tgh terbaring aje. Rehat kejap 2-3 jam sebelum nak mandi and bersihkan diri. Lepas tu solat semampu boleh and qada solat. Solat jgn ditinggalkan. Qada mesti dibuat. Apa2 pun aku tetap risaukan solat. Semoga Allah mengampuni aku yg tak daya nak solat on time. InsyaAllah malam ni aku qada dan campur solat isyak. Esok mcm biasa ikut time balik.

Thanks my wife banyak doa and bantu. Serta anak2. Juga sahabat2 and saudara-mara adik beradik dan mak aku dan juga ayah mentuaku yg mendoakan. Serta sesiapa sahaja yg mendoakan. Semoga Allah memberi rahmat dan keredhaan buat mereka.

Malamnya aku just tidur aje banyak. Makanan dah takde tambahan harapkan esok pg aje ni sarapan. Patutnya bawak roti tambahan byk2.

Hari Ketiga 7 March 2024.

  1. Alhamdulillah aku bangun sekitar 4 pg buat flushing hidung. Aku buat target selang 4/5 jam sekali kot.
  2. Kemudian ada makan ubat tahan sakit sekitar jam 5:30 kot. Dan aku tido kejap n bangun dalam jam 6:20 mcm tu mandi and gosok gigi.
  3. Sekarang jam 7:27 pg masih menunggu makanan dan update website post ni untuk simpanan kenangan.
  4. Wife aku pun tgh bersiapkan anak tu. dia ada orentasi darjah 1. Alhamdulillah kakak dia akan teman. So wife aku pun kurang sihat skit tapi gagahkan jugak tu. semoga semuanya sihat2.

Alhamdulillah. Sekitar jam 9 pagi 7 March 2024, Dr Shaharudin buang kapas dalam hidung. Ngilu gak awal2 masa tarik. Tp Alhamdulillah darah mengalir takde sgt. Tapi kat kapas ade penuh la pekat kat situ.

Skg dah tak keluar sgt darah. Tp still ade sikit2. So mcm tonsil, ianya tak dibalut. Laser mmg tak jahit or balut. So kene dalam pemantauan.

Makanan pun sampai area 9 pg tu, tunggu sampai jam 10 baru makan. Alhamdulillah dpt makan dgn hidung yg rasa segar. First time rase clear yg amat hidung ni. Alhamdulilah.

Skg jam 10:45 pagi. Just sekadar baring2. Doktor tak bagi duduk sgt lama2. Bagi baring banyak. Jgn melawan graviti sgt.

Ubat pulak nanti yg tahan sakit akan bagi bentuk pil. Yang antibiotik aje cucuk.

Dalam jam 12 kena buat sinus clean and rinse tu.

TENGAHARI KE PETANG

Baiklah. Sekitar jam 12 tengahhari tadi sempat buat video call dgn wife and anak2. Lepas tu buat sinus rinse. And then makan pulak Chicken Spagetti Masak Lemak. Tak pedas and sedap jugak.

Lepas tu solat and perasan ada keluar ketulan darah. Masa jam 3 kena panggil ke klinik dan disedut darah. Doktor mentioned jugak yang benda tu normal dan akan keluar berperingkat. Samada keluar atau ditelan masuk kerongkong. Dia macam jelly blood. So normal benda tu.

Aku sempat keluar gi my news beli roti rm8.55 dapat tiga. Untuk dimakan malam hari kalau lapar. Darah byk ilang maka laparlah selalu hahaha.

Jam 3 tadi pun sebelum ke klinik ada dia bagi untuk minum petang.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, esok tengahari akan discharge InsyaAllah. Tak pasti doktor bg MC berapa hari dan jumpa doktor bila pulak. Aku target minggu depan jumaat maybe jumpa dia balik kot sebab selalunya seminggu after.

4th Day: 8 March 2024.

Pagi aku mulai dgn sinus rinse jam 6 pagi. Kemudian diberi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Sekitar jam 7 aku tidur sekejap sebelum bangun untuk bersarapan sekitar jam 8-9 dan buat persediaan mengajar untuk subjek aku CGI bermula next week.

Dalam jam 11 lebih perlu bergerak ke Klinik Dr Shaharudin. Disitu doktor membersihkan hidung lagi dan aku akan ade follow up pada 14 March nanti. Nampaknya mmg aku takleh berpuasa 11 sampai 14 tu sebab nak kena cuci hidung. Melainkan aku cuci hidung sebelum masuk subuh and then selepas berbuka. Sepatutnya kena 4 kali sehari. Tapi tengok mcm mana.

Ada ubat antibiotik and tahan sakit kena makan. Yang antibiotik aku harap sehari dua kali jadi boleh makan sekitar sebelum subuh masa sahur dan masa berbuka jam 7:30. Cuma tula beza masa tu lebih 12 jam. Ibarat 6 pagi dan 7:30 malam. 13 jam 30 minit.

Solution yg ada memang kena off puasa la kot. Demi nak baik dahulu. Apa2 pun kena follow arahan doktor.

Alhamdulillah dah boleh discharge cuma disebabkan jumaat, so lewat skit maybe jam 2-3 kot baru release. Sekarang aku baru setel makan tengahari.

Alhamdulillah dah boleh discharges. Cuma ada kena setelkan insurans tadi jam 3:30 ptg and now tunggu balik di wad. So sementara sekarang jam 4:52 ptg (baru lepas solat asar) better aku tunggu makan ptg terus. So jap lg akan kena tanggalkan jarum ditangan ans ubat akan dihantar ke wad.

So aku rasa sebelum mahgrib gak ni baru aku sampai rumah kot atau selepas mahgrib. Apa2 pun jika nak dekat mahgrib better aku solat dulu sebelum keluar. Jika macam lagi sejam or 30 minit tu boleh la keluar terus.

So genaplah aku empat hari kat sini.

Selasa 5 march warded jam 4 ptg – bilik double

Rabu full day warded – pindah bilik single

Khamis full day warded – bilik single

Jumaat almost full day kot atau kira full day la ni – Bilik single.

File medical pun dah dpt. Deposit pun dah bayar untuk insurans. Tunggu nak bukak jarum aje and dptkan ubat.

Alhamdulillah, selesai discharged jam 5:45. Rupanya bukan tunggu di wad tapi kene turun ke pharmacy depa di Blok B. Mujur aku bertanya if tak sampai ke malam duduk bilik tu.

So aku kene rehat sampai la 14 March ni. Bagi hidung recovered and jumpa doktor semula.

Alhamdulillah. Setel semua phase pertama. Tunggu follow2 up lagi.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment