Fun Run 25 Tahun FTMK

Semalam alkisahnya aku join event 3km larian fakulti aku ini anjuran persatuan pelajar. Dah lama daftar sejak sebelum raya lagi. Event just 3km tu baju dpt dah siap2 tulis finisher 3km.

3km ni ko. Taula dia kategori “fast run” jugak sebab lawan dgn bebudak univ ni yg muda2 mmg tough la.

So at the first 1km aku boleh catch up top 3 lagi. Masuk aje area berbukit km ke 2, budak lagi ringan maka aku dah jatuh no 4. Tp still tak jauh dgn depa. Aku maintain no 4 sehingga 2 km lebih sehingga dipintas 3 org lg yg jarak dekat jugak dgn aku.  Jatuh no 7. Sebab selepas 2 km aku rase berat badan aku yg 3-4 kg terlebih dari sebelum ni menyebabkan aku slow kot. Kaki tak penat and elok aje. Tp daya tahan nak hold that pace tu tak mampu dan aku mmg perasan berat aku halang aku gi tekan lg.

Tapi yg bestnya 7 orang yg awal ni mmg tinggal jauh ler yg seterusnya. Lama nak tunggu yg ke 8 dan seterusnya tiba.

Maka tamatlah posisi aku di kedudukan ke 7 dari kalangan maybe hampir 100 org pelajar lelaki kot. Sekian melaporkan.

Pulut Sekaya and Kuih Bakar

Alhamdulillah menjadi pulut sekaya and kuih bakar kami buat. Resepi bawah nak hasilkan 2 kuih pulut sekaya and satu kuih bakar berukuran 10 cm darab 10 cm.

  1. Telur kami guna dalam dua biji.
  2. Gula dalam 3 senduk. Memang kene guna banyak
  3. Daun pandan korang dapatkan dalam 10 helai atau lebih banyak pun takpe. Basuh and blend dgn air bagi lumat. Lepas tu masukkan air pandan tu dalam bekas nak dibancuh.
  4. Pulut just satu aje pot. Rendam sejam dulu. Lepas rendam, basuh and tanak aje dalam periuk nasi. Masukkan santan satu kotak kecik tu 200ml kot tak ingat + air satu pot jugak. Ok bagi dia masak. Garam kene dalam half  sudu teh aje. Leper ye jgn berbukit.
  5. Tepung dalam tiga sudu gemuk (bagi berbukit)

Okeh, korang bancuh air pandan tu, gula tu, tepung tu and telur tu gaul sampai la dia sebati. And then tabur dalam bekas yg dah berisi pulut yg masak.

Bakar dalam microwave aje. Dalam 10-15 minit ikut keadaan. Kuih bakar pula microwave 5 minit, dalam air fryer 10-15 minit mcm tu. Kene gabung skit.

Selamat Hari Ibu

Kasih seekor ibu.

Di Grik, Perak—seekor ibu gajah berdiri kaku di tengah jalan, tak sanggup tinggalkan anaknya yang mati dilanggar. Ramai sebak melihat, lebih-lebih lagi… hari ini Hari Ibu.

Tahukah kita?

Gajah di Malaysia ialah gajah Asia (Elephas maximus), spesies terancam yang makin sedikit bilangannya.

Gajah betina hanya beranak setiap 4–6 tahun sekali, dan biasanya hanya seekor anak sahaja dilahirkan.

Tempoh mengandung? 22 bulan—terpanjang dalam dunia mamalia.

Seekor gajah Asia boleh hidup hingga 60 tahun jika bebas dari ancaman.

Mereka hidup berkelompok, sangat sosial dan penuh emosi—mereka berkabung bila kehilangan ahli keluarga.

Ibu gajah akan melindungi anaknya dengan nyawa sendiri, dan akan berdiri menunggu jika anaknya cedera… atau mati.

Kisah ini bukan sekadar tragedi alam.
Ia satu tamparan lembut—bahawa kasih ibu itu fitrah, suci dan tak bersyarat.

Kalau hari ini bagi kita yg masih ada ibu—hargailah.
Kalau ibu dah tiada, kirimlah doa seikhlas jiwa.

Dan untuk semua wanita yang terus bertahan, membesarkan anak dengan air mata dan senyum yang disembunyikan…

Selamat Hari Ibu.
Kau lah “gajah” hati kami.