Akademik di Malaysia

Salam kepada semua pembaca,

Saya baru-baru ini ada membaca satu artikel menarik yang ditulis pada tahun 2011 berkaitan IPTA Malaysia telah hilang arahnya.

Memang tidak dinafikan, sebenarnya IPTA sebahagiannya telah menjadi lubuk untuk dicampakkan duit penyelidikan dan kemudian digunakan untuk membeli perkakas yang hanya guna sekali dan bila habis geran maka dibuat seperti hak milik persendirian walaupun aset tetap universiti.

Bahkan, profession pegawai akademik ataupun pensyarah diperkudakan oleh pengawai pentadbir universiti untuk dijadikan bala tentera menghasilkan penyelidikan dan penerbitan mengikut teras mereka sedangkan semasa sesi pengambilan pensyarah tidak pula dititik beratkan soal bidang. Maka bercampur aduklah kepentingan universiti dan kepentingan individu itu sendiri

Ianya seperti pengajaran dalam kelas di mana pensyarah mengajar subjek yang bukan bidang dan akhirnya penyelidikan juga ditampal di lain bidang semasa menulis artikel untuk penerbitan jurnal dan kertas kerja persidangan

Saya akui sendiri bahawa wang ganjaran yang lumayan membolehkan seseorang itu menghasilkan banyak artikel untuk KPI universiti. Setiap pelajar master atau PhD dikerahkan oleh pensyarah itu sendiri dan akhirnya apabila menghadiri persidangan tidak banyak Professor turun padang sebaliknya hanya pelajar/pensyarah muda sahaja turun dan bentangkan kertas kerja.

Saya sendiri tidak tahu sampai bila kualiti akan diambil kira mengatasi kuantiti. Itulah akibatnya jika IPTA di Malaysia ingin sangat meniru Barat sedangkan berapa kali Tanah Melayu/Malaysia ini dijajah pada masa silam.

KPI Barat digunakan dengan alasan ianya baik sedangkan kita sendiri tidak mengukur baju di badan sendiri.

Terkejar-kejar sehinggakan kualtii diabaikan kuantiti diutamakan

Profession pegawai akademik sekadar dijadikan satu sumber rezeki sahaja bagi sesetengah pihak dan bukannya satu kerjaya untuk membantu pelajar dan negara.

Sepatutnya kita gembira dengan pelajar-pelajar, dan penyelidikan dan bukannya rasa terpaksa dengan apa yang kita perlu buat

Percayalah, jika anda bekerja kerana terpaksa, pasti anda akan tertekan

Saya harap generasi pensyarah akan datang dan muda akan mengubah universiti ini kepada yang lebih baik dan bukan sekadar memenuhi KPI menteri. Masing-masing menjaga periuk nasi masing-masing dan akhirnya menjadikan universiti tempat bertaraf mesin pencetak jurnal secara kuantiti serta pengajaran bertaraf “cukup bila graduan dapat kerja”.

Sedangkan yang pelajar sendiri taktau nak jadi apa sangat bila keluar universiti.

Sistem pendidikan Malaysia perlu dirombak dan bukannya bila masuk universiti langsung taktahu dan takdak minat nak belajar.

Beza dengan universiti luar yang sememangnya pelajar setiap jurusan itu benar-benar mahu belajar bidang tersebut.

Di Malaysia ianya satu trend. Belajar sampai darjah 6, kemudian tingkatan 3, amik SPM, matrikulasi/Diploma, kemudian Sarjana Muda dan bekerja

Sedangkan itu hanya satu option.

Seseorang itu boleh jadi usahawan muda selepas SPM mengatasi gaji professor2.

Subjek programming pula hampir tidak diajar langsung semasa di sekolah (saya tak tahulah ada tak subjek C++ diajar di sekolah)

Sedangkan bila masuk bidang engineering dan computer science, programming itu penting

Saya dengan ini berdoa agar dunia akademik Malaysia akan berubah satu hari nanti.

InsyaAllah.

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Akademik di Malaysia

  1. Izinkan saya tambah sikit. Perubahan hala tuju sesuatu organisasi tu adalah biasa. Pengalaman saya bekerja di industri pun macam itu. Hari ini buat kerja A. Esok atau lusa kena tukar buat kerja B pula. Tapi masih lagi dalam bidang E&E. Kenapa jadi macam tu? Di industri perubahan tersebut bergantung kehendak pelanggan untuk tujuan mendapat keuntungan. Kalau buat R&D syok sendiri, lingkup syarikat.

    1. salam, amat bersetuju. tetapi yang penting pengambilan staf dari awal perlu ddifilter out dengan memastikan staf tersebut benar2 menepati piawai universiti dan fakulti yang ingin diserapkan. Tidak boleh mengambil pakar makanan untuk buat engineering, sebaliknya pakar makanan boleh diletakkan di bahagian pengurusan makanan para jurutera supaya makanan jurutera boleh dikhasiatkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: