Salam,
Dunia pelajar dan pensyarah sebenarnya tidak berlainan
Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pensyarah, sudah pasti perlu melalui proses belajar di universiti terlebih dahulu sebelum menyambung peringkat Sarjana dan seterusnya Doktor Falsafah
Jadi, kita perlu melihat dalam konteks lebih meluas lagi
Pelajar sememangnya sinonim dengan perangai-perangainya
Maklumlah, cuba lihat kawan2 kita dahulu perangai macam mana
Kita pun mungkin macam mana dahulu
Takkan kita sebagai pensyarah pun benar2 perfect
Saya ambil diri saya sebagai contoh
Tetapi jangan pula sangka saya nak mengangkat bakul sendiri pula
Sebab cerita-cerita saya sewaktu belajar semuanya tidaklah sempurna
Saya akui saya sendiri ada terlewat datang ke kelas
Hantar assignment pun ada juga yang terlewat
Minta markah diperbaiki pun ada
Tak datang kelas langsung pun ada
Bahkan minta orang signkan pun ada
Saya bukan orang sempurna
Oleh itu jika ada dikalangan pelajar2 kita berbuat demikian,
bagi saya takpalah,sekali sekala saya akan maafkan.
tak boleh la selalu okeh?
Sebab saya pun bukan selalu buat seperti perkara di atas
Assignment pun ada juga meniru tetapi tidaklah kantoi dengan pensyarah
Saya rasa jika kantoi saya akan sudi menerima pandangan dan nasihat daripada pensyarah
Cuma jangan dimarahi sangat2 pelajar-pelajar tersebut
Saya pun bila ada memarahi pelajar2, saya tidak akan berdendam
Saya bagi peluang kat mereka nak tegur saya depan kelas pun takpa
Saya sebenarnya buat silap juga
Jadi, sebenarnya dunia pensyarah dan pelajar tidak jauh berbeza
Pelajar perlukan didikan dan kelulusan untuk diluar sana
Walaupun tidak mendapat didikan langsung dari pensyarah tetapi, kita kena bagi peluang yang banyak untuk mereka berjaya
Ibubapa mereka jauh, jadi tinggal kita dan rakan2 mereka aje untuk membentuk peribadi mereka
nasihat saya, sentiasa ke arah kebaikan
semuanya tidak terlambat
jadi seorang insan yang lebih baik dari saya
Semoga semuanya mencapai kegemilangan
salam. saya berminat untuk menjadi seorang pensyarah math.macam mane ye laluan untuk sy ke arah itu. sekarang sy menjalani asasi sc fizik di uiam. terima kasih 🙂
Senang sahaja.
1) Lihat website setiap IPTA dan muat turun borang permohonan staf akademik (pautannya susah untuk dicari selalunya). Jangan buang masa email mereka kerana majoritinya tidak akan menjawab email enquiry@(namaipta) apabila bertanyakan jawatan pensyarah kosong
2) Kemudian isi borang dan bagi data-data yang diperlukan (salinan sijil, ic, transkrip dll). dan hantar ke alamat IPTA bahagian yang dimaksudkan.
3) Tunggu dan sementara itu telefon bahagian yang menguruskan kemasukan staf akademik.
4) Jika ada master, akan diserapkan dalam Fellowship scheme. Dan jika ada PhD baru dapat jadi pensyarah. Ada universiti yang setkan dapat PhD terus naik DS52 dan ada yang kena setahun dulu mengajar dsbnya baru boleh naik DS52. Biasalah, lain universiti lain bos (naib canselor).
5) Prosesnya lama (jarang yang sekejap) dan ada memakan masa 6 bulan ke 1 tahun baru dapat tahu dipanggil temuduga. So, just apply banyak2 universiti dan berdoa agar sangkut salah satu universiti.