MRSM.
Aku masa tingkatan 4 dan 5 masuk MRSM Kuantan ni tak peduli pun and tak tahu pun ada pengelasan kekayaan famili.
Kitorang happy aje sama-sama belajar dan bermain dalam tu. Cuma ada la kami tahu ada dia ni kaya, dia ni biasa dan dia ni kurang skit. Tapi tak lebih dari tu. Takde pun pandang hina ke, tinggi ke. Time tu takde pengelasan B40 ke, M40 ke atau T20 dsbnya.
Dah 22 tahun dah aku keluar dari MRSM ni. Aku batch SPM 2002. Kiranya K02 if ikut naming convention untuk batch MRSM Kuantan. K tu Kuantan dan 02 tu tahun amik SPM. Dan kitorang pun ada group runners sendiri. Dalam group tu ada pelbagai usia dari muda K20+ hinggalah K78. Kami seronok2 berlari dan berkumpul bila ada event larian.
Dalam group runners aku pun ade pelbagai kategori2 income tapi kami relax aje dan takde pengelasan pun. Semangat kami adalah berlari. Disatukan dgn larian. Tak kisah income tp ada yang kaya akan sponsor juga kadang2. Alhamdulillah.
Syukur aku ditempatkan di MRSM walaupun aku bukanlah top ten student masa tu tp sekolah MRSM aku ni antara kenangan paling menarik mendidik aku cara berdikari.
Aku tidak lupa juga sekolah lama aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (Tingkatan 1-3 dari 1997 ke 2000). Dan juga sekolah2 rendah aku. Sekolah Kebangsaan Jitra II (darjah 4 hingga 6), Sekolah Kebangsaan Selayang Utama (darjah 2 dan darjah 3) dan Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya (darjah 1)



