Larian ini untuk dinikmati

InsyaAllah minggu depan akan surgery dan takleh run for maybe few days/weeks. Surgery nasal polypectomy dan septoplasty. Ni baru lepas CT Scan untuk tgk dgn details aje dalam muka.

Bab larian ni. Seronok tgk ahli Malaysia Runners dgn pelbagai budaya/kaum/latar belakang menunjukkan hasil larian mereka. Dgn kepelbagaian pace dan training.

Aku cadang kita raikan semua. Elakkan kecam mengecam tak kisahlah pace berapa ditunjukkan. Semua latar belakang adalah berbeza. Biarlah org kata pace 4 dgn HR 160 tu easy run. Atau pace 4 dgn HR 130 easy run. Sebab ada yg menggunakan effort sebagai tanda. Dia rasa dia selesa dgn pace mcm tu maka betullah tu kot bagi dia tu easy run. HR ni unik untuk setiap orang. Yg penting kita raikan depa ni berlari.

Aku pensyarah di universiti awam di Melaka. Dah berumur 39 tahun (2024) and memegang jawatan penting dlm pentadbiran fakulti. Masuk mmg flexible jadi pagi aku run dulu and then masuk ofis jam 9/10 pagi. Ade meeting awal jam 8 aku terpaksa tak lari la pg tu. If ada meeting lambat atau kelas start jam 9/10 maka ada masa lari. Sebab aku lari sekitar jam 7 start. Sempat lari mmg 5km aje hampir setiap hari. 10km if mmg takde ape2 sgt hari tu dan masuk ofis jam 10 la kot. Tapi takla seflexible org kerja sendiri.

Jadi, setiap orang ada kekangan dia sendiri, ada masa dia sendiri dan pelbagai faktor lain. Cuma aku nasihatkan, sentiasa utamakan apa yang perlu diutamakan. Aku taknak ckp apa yg perlu diutamakan tp kene faham apa yg penting dalam turutan kepentingan dalam kehidupan.

Ibarat tak berguna berlari solat pun main tinggal, atau aurat pun bagi muslim kurang jaga. Atau keluarga/kerja terabai. Fokus kepentingan mana yg penting. Majoriti dari kita bukan atlit. Kejar mana yg patut paling penting barulah masuk bab larian.

Nasihat aku adalah kepada diri aku jugak. Ada masa free aku lari. Takda masa free aku tak lari. Hari minggu atau hari cuti sekolah bawak isteri and anak2 berjalan-jalan. Jadi ada masa nak off berlari kejap. Jika sempat curi masa nak berlari. Berlari waktu yg sempat. Maybe bangun jam 3 pagi berlari pusing sekeliling hotel ke. Atau berjogging jam malam selepas jam 10 malam ke. Sesuaikan keadaan dan kepentingan. Kita majoriti bukan atlit.

Sekadar pandangan dan nasihat kepada diri sendiri. Dan kepada yang mahu mengambil nasihat ini.

Terima kasih.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a comment