Baru2 ini timbul isu berkaitan universiti terlalu banyak produce PhD holders. Bagi aku, aku tak kisah banyak atau sikit tetapi yang penting samada industri diluar tu akan menerima mereka dgn PhD atau tidak.
Biasanya di universiti2 di Malaysia ni terutama research university yang menyambung pengajian ni terdiri daripada mereka yg memang sambung sebab mereka memang cuti belajar dari universiti tempat mereka bekerja. Contohnya maybe dari Indonesia ke atau Malaysia sendiri ke. So bagi aku tu takde masalah.
Yang ada kesulitan adalah mereka yang selepas tamat PhD baru memohon kerja. Sebabnya competition nak masuk sebagai pensyarah pun skg makin tough betul. Untuk pensyarah DS45 dulu ada master dah cukup, skg PhD holder pun ditawarkan Kontrak aje beb 2 tahun dgn DS45 (tak tetap lagi). Nanti dah dua tahun tengok samada boleh diserapkan ke tetap. Kemudian kena tunggu lg nak kene dapatkan ke disahkan jawatan.
Itu bab kerja di universiti. Macam mana industri luar? Adakah majoriti syarikat tempatan akan mengajikan mereka yang ada PhD? Yg multinational aku tak kisah sangat. Tp yg syarikat biasa orang tempatan? Aku takde data ni tp aku tanya aje.
So mungkin mereka terpaksa cipta peluang sendiri samada jadi usahawan, buka konsultan etc dan sebagainya untuk menampung hidup.
Sebab tu mindset masa hadapan bagi sesiapa yang nak amik PhD ni kena paham yg tiada guarantee yg mereka ada PhD akan diterima masuk bidang akademia. Kena pastikan ambil sebab minat nak belajar dan mencipta peluang kerjaya sendiri.
Aku? Aku sendiri if anak2 aku besar kelak akan tanya samada tahu tak apa yg mereka buat jika nak ikut jejak langkah aku amik PhD. Jika tahu pro and cons tidak mengapa. Sebab ianya memerlukan 4-6 tahun tambahan dari Bachelor Degree lagi untuk selesaikan Master+PhD. Pastikan anak2 aku tahu apa yg sedang dibuat. Aku tak pasti 10-20 tahun lagi samada industri memerlukan tenaga kerja PhD yg byk atau pun competition akan semakin kuat. Kena ingat jaminan ada PhD tidak semestinya menjanjikan peluang pekerjaan setaraf. Jika dah hadam betul2 takpe. Do at your own risk and plan.

