Petrosains KL

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kali ini aku nak bercerita bab aku gi ke Petrosains di KL. Ini bukan Pusat Sains Negara ye, ini adalah Petrosains yg terletak di KLCC. So Pusat Sains Negara kita pergi lain kali dan hari.

Okeh tempahan berjalan pada sekitar 13 Dec 2021. Menggunakan apps KLOOK seperti yang diberitahu dalam web Petrosains https://petrosains.com.my/

So, korang boleh guna mana2 apps. Aku guna klook sebab dia nampak mcm bagus aje. So guna untuk tempahan ke Petrosains ni. Boleh aje walk in risiko takde tempat kosong ler so balik dgn hampa la korang if dtg walk in tak dibenarkan masuk. Dgn klook korang boleh reserve slot. Dpt pulak harga diskaun so memang berbaloi.

So lepas dah buat tempahan, korang boleh book hotel yg berdekatan. Aku book hotel yg berpatutan aje takdela yg mahal2 sgt. Hotel tu nama Novotel. Aku book under government rate beb. Dapat harga discount. Korang call aje hotel directly sebab kat Agoda takde discount ni. Nanti cakap ko staf government nanti dia minta details ko bagi ajela untuk tempahan. So memang murah sedikit la dari harga laman web dan Agoda/sewaktu dgnnya. Aku pun bagi details aku dan details kredit kad untuk dia nak confirmkan reservation. Jangan risau dia tak tolak lagi duit. Hari ko dtg baru dia nak tolak kredit kad ko tu.

Lepas tempah hotel ko boleh tunggu hari yg bertolak tu tiba. Aku bertolak dari Melaka sekitar jam 7.30 pg dan makan sebentar di area Bangi. Kedai makan ni sedap pulak Nasi Manggey dia

So lepas makan, dah jam 9.30 pg. terus meneruskan perjalanan masuk highway balik ke Petrosains dan tiba area sekitar 10.30 pagi. Ko mase setkan kat waze tu tulis aje Petrosains and then set cari nearest parking. Nanti dia tunjuk. Dia dekat area Suria KLCC. Kat aku dia tunjuk masuk parking area AKLEH punya laluan. Tu mmg better.

So lepas parking ko tangkap gambar ko parking supaya ko ingat mane ko park. Dahla KLCC ni besar ko pastikan ko tahu mane ko park.

Dalam jam 10.55 mcm tu baru dia benarkan masuk tunjuk aje apps KLOOK tu dia punya kod QR.

Masuk aje nanti ko akan perasan ada train untuk dinaiki tp malangnya Train waktu ni tak berfungsi. sebab Pandemik kot. So kene teruskan by jalan kaki aje. Train tu sebenarnya dia tunjukkan byk video kiri dan kanan (berdasarkan sumber video youtube yg aku search apa fungsi train tu). So memang agak rugi la sikit time tu tak dpt naik.

So area dalam Petrosains tu ada pelbagai. Boleh tengok la antara gambar2 yang aku kongsi. Tp sebenarnya lebih kepada menanam minat untuk bidang sains, bidang pengerudian minyak, bidang angkasa lepas, ada dinasours2 robot, dan kepelbagaian lagi.

So kitorang dalam tu antara jam 11 hingga 1 dalam dua jam aje. Memang banyak benda dalam Petrosains bebudak boleh explore termasuk bapak and mak budak. Lepas tu keluar dari situ singgah makan 4Fingers kejap. Sebab lepas tu nak check in Hotel Novotel. Next part aku ceritakan pulak bab Hotel Novotel dan Jalan2 di Pavillion pulak. Hehehhe

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: