PhD
Tatkala ada yg bercakap2 soal PhD ni. Baik aku selitkan jugak beberapa cerita.
Sebenarnya even masa aku degree Bachelor dekat UTM tu aku takde langsung cadangan nak amik Master and then PhD. Bahkan masa amik master pun aku takde cdgn pun nak amik PhD. Master aku amik pun sebab keje dah takde sgt time tu lepas habis degree. So aku tanya member aku yg jadi Research Officer (RO) time tu under Dr Shahrum Shah (skg dah PM kot ke Prof?) ada tak lagi kekosongan. So aku refer terus ke Dr Shahrum ni.
So Dr Shahrum (kat FKE, UTM) inform dah takde tp ada member dia memerlukan orang jadi GRA (Graduate Research Assistant) dgn ada elaun. Aku pun gi ke fakulti yg dimaksudkan iaitu kena berjumpa pensyarah ni. Pensyarah ni mmg bidang Computer Graphics/Games katanya. Niat aku taknak master pun tp nak jadi mcm member aku aje.
So aku pun gi ke fakulti sains komputer ni (FSKSM, UTM tp skg School of Computing) dan jumpa. Projeknya lebih kepada computer graphics iaitu collision detection yang aku dengar pun gerun gak dgn teknik programming aku pun moderate aje. Dan dipujuknya oleh pensyarah ni untuk amik master terus smbil jadi GRA.
Aku pun cakap aku nak pikir dulu dan balik kampung dulu (time tu hujung tahun 2007). So aku balik kampung puas pikir jugak akhirnya decided nak jadk GRA aje taknak amik master).
So habis aje cuti kejap di kampung aku dtg balik UTM dan jumpa pensyarah ni. Dgn niat nak amik jadi GRA aje.
Ntah kenapa tetiba aku sampai aje jumpa pensyarah ni terus aku tukar niat nak amik dan daftar master. Hahahahha. Dan hari yg sama aku dpt station komputer aku sendiri dalam sebuah lab dan gi daftar master kat pusat postgraduate kat UTM. Kejap aje dlm hari yg sama setel dapat kad matrik postgraduate. Memang cepat. Maka bermula kehidupan aku sebagai pelajar master betul2 hujung tahun 2007 hehehe. Sekitar 20+ Dec 2007 if tak silap aku tak ingat sangat.
Pensyarah/Supervisor tersebut adalah Dr Abdullah Bade.
Ok itu cerita setakat ni. Nanti aku buat cerita lain pulak.
