Semasa 2009 tatkala tengah menyiapkan thesis untuk master aku terdengar ada universiti iaitu UTHM sedang nak mencari pensyarah. Nak mohon UTM tempat aku belajar mcm susah sebab requirement susah dan tinggi. So aku apply la kat UTHM dan hantar ke sana. Dalam beberapa minggu lepas tu kot terus dia panggil suruh aku ke cwgn kampus rumah kedai diorang time tu dan bukan kat induk. Sebab aku ingat lagi interbiu dia dekat area rumah kedai time tu. . Tp biasalah, aku time tu lack of communication skill kot tp bab teknikal ok if tanya. So mmg smp ke sudah takde rezekinya.
Aku balik ler ke UTM dan smbg macam biasa menghabiskan master aku. Time tu masih awal juga sekitar Feb or March 2009 kot.
Kemudian ada sebuah universiti ni keluarkan pengambilan tutor besar-besaran. Aku pun apply la jugak
Sampai ke bulan sekitar june/july 2009 dpt surat suruh dtg interbiu aje terus tanpa nak peperiksaan bagai tu. Wah lg bagus. Kali ni aku bersiap sedia. Siap bertolak jam 5.30 pg kot dari johor dan sampai tempat universiti tu baru aku solat beb area jam 6.50 pagi rasanya. Alhamdulillah sempat solat. Dan aku tanpa breakfast terus menunggu jam 8 pg untuk proses interbiu.
Time tu ada beberapa orang jugak ada untuk dinterbiu for tutor. So kitorang berkenalan dan relax2 smbil sembang.
So masa aku tiba turn untuk interbiu awal pagi gak, aku masuk dan terus perkenal diri bagai mcm nak dinterbiu la. Aku ngan selamba tanya “Can I speak Malay or English” dengan hormatnya. Yg baiknya arwah (Al Fatihah buat beliau) ckp hang nak cakap utara pun boleh sebab dia pun dari Penang bila aku ckp aku asal Kedah. Aku balun la ckp utaqha hahahha. Sampai ke sudah sembang sambil selit bab2 research aku and apa aku buat seronok pulak bercakap time tu. Mcm bersembang. Dan selesai aje interbiu aku terus balik johor dan area jam 11 pg aku terus masuk lab kat fsksm UTM balik smbg research.
Dan yg bestnya, TIGA hari lepas tu aku dpt panggilan bila boleh masuk kerja dari universiti ni. Hari Sabtu lak tu hujung minggu. Aku pun terus bagi tarikh nak masuk bila iaitu 24 Ogos 2009 tarikh aku masuk ke universiti tersebut. Alhamdulillah. Itu saat aku merasa terbaik nikmat dan syukur kepada Allah.
