Takziah Dr. Yahaya Abd Rahim

Al Fatihah diucapkan buat Dr Yahaya Abd Rahim (kitorang panggil panggilan Bapak) yang telah meninggal dunia hari ini. InsyaAllah akan dikebumikan di Johor selepas dibawa solat jenazah di Masjid TTU dan Masjid UTeM.

Sepanjang aku buat conference, beliau memang aktif bersama2 aku and geng2 lain sampai ke Hradec Kralove kitorang gi masa Sept 2016. Banyak perkara yang diuruskan bersama semasa mengenali diri beliau.

Beliau meninggal dunia pada usia tahun ini 54 tahun.

Ini gambar beliau sewaktu kitorang menguruskan conference di Hradec Kralove pada 20 Sept 2016 di University of Hradec Kralove, Czech Republic.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Drone Footage UTeM pada 11 June 2016

11 Jun 2016.

Gambar dari drone yg pertama memaparkan UTeM dari udara. Masa ni UTeM pun takde lg badan atau unit atau fakulti yang aku rasa ada drone untuk tangkap gambar dari atas.

Nostalgia betul. Dah hampir 8 tahun dan mmg cantik rupanya pemandangan dari udara kampus aku ni. #
Sebab tu jika belajar bab fotografi, gambar terbaik adalah diambil waktu pagi sekitar 7-8 pagi (di Malaysia) atau lebih tepat sejam pertama bila matahari start naik. Untuk jam seterusnya iaitu 8-9 joleh juga tp cahaya dia makin cerah sgt. Dan masa kecemasan adalah 9-10 pagi. Lebih dari tu tak sesuai sgt gambar permandangan. Gambar biasa tangkap diri kita/famili/objek boleh. Pemandangan mmg jam 10 ke bawah.

Untuk video pun mmg aku ade. Drone yg digunakan adalah Phantom 4 masa tu.

Tamat sudah li pelajar buat game Enjoy Melaka

Pelajar ni mmg aku train dia guna Unity buat game. Darren Chia nama dia. Bagus betul dia. Memang tiap2 minggu report progress. Game dia menjadi iaitu game untuk mengenali Melaka dgn player kena navigate and collect coins sepanjang sungai. Bila dah collect dgn jumlah tertentu, akan keluar banner memaparkan info2 berkaitan negeri Melaka. Papar jurnal pun siap nak submit dah. Tebal laporan dia.

Alhamdulillah dia pun makin lama makin mampu follow arahan and buat kerja tu mmg tiptop. Bab communication makin improve.

If majikan tahu potensi dia bab buat keje, mmg power dia ni. Fast learner, cuma perlu guidance tu byk skit. Sebab dia kene tahu as much details yg diperlukan. So aku bg dgn details apa aku nak ibarat taip peompt kat chatgpt, menjadi beb module2 game yg dibuatnya.

Aku pun aku tanya lepas latihan industri ni nak buat apa. Dia tak pasti lagi. Tapi aku cakap kat dia. Jika dia stuck taktau nak buat apa. Bgtau and jumpa aje aku anytime. Aku bg cdgn smbung master, or jika perlu guidance nak keje kat mane, inform aje aku.

Selamat berangkat ke dunia pekerjaan Darren Chia. Goodluck and may you future is bright!