PSM 2011-2012 Achieved

[UPDATED] – January 11, 2012 4.40 pm

Assalammualaikum,
1. Saya berterima kasih kepada anda semua kerana memberi komitment yang tinggi untuk projek ini. Saya harapkan anda berjaya dalam PSM 2 dan seterusnya mengenggam ijazah sarjana muda pada Oktober 2012 nanti.
2. Untuk perjumpaan berikutnya, harap anda masing-masing dapat memberi input yang saya nyatakan dalam perjumpaan hari ini (4 January 2012).
3. Project Report dan Buku Log saya bagi anda peluang anda menghantar sebelum 31 January 2012. Jika saya tiada dibilik, letak sahaja bawah pintu ataupun di Pigeon Hole di pejbat pentadbiran (peti surat saya), cari nama saya Hamzah Asyrani Sulaiman
4. Saya mendoakan kejayaan anda dalam projek ini. Yang penting anda belajar cara membuat sesuatu dengan tersusun. Kategori anda hanyalah sekadar projek dan bukan penyelidikan peringkat Master atau PhD. Yang penting anda tahu cara mencari data, merancang projek, mencari kos projek dan akhirnya memimplementasi projek dan menulis projek report. Itulah tugas anda. kelak jika anda sambung peringkat master terutamanya bidang penyelidikan (Master in Research Mode), baru tugas mencabar menanti anda. Saya sendiri mengambil masa 1 tahun setengah untuk menghasilkan algoritma untuk bidang saya. Mencari data mengambil masa setahun (baca dan baca dan baca).
5. Selamat berjaya dalam final exam anda dan tumpu sepenuhnya kepada final exam anda. markah PSM 1 telah saya berikan dengan baik kepada anda. Tugas anda adalah mencari kualiti dan bukan kuantiti. Kilang-kilang dan syarikat di luar mencari kualiti anda dalam menjalankan projek. InsyaAllah anda akan mendapat kerja.
6. Saya juga encourage anda untuk segera mencari kerja di luar sana kerana kelak selepas anda tamat belajar, anda boleh terus bekerja. Infineon tengah memerlukan pekerja sekarang, begitu juga dengan syarikat harddisk seperti Seagate di Johor Bahru. Yang penting anda tunjukkan anda dapat berkomunikasi dengan baik.
Datang pada minggu 16 January 2012 hingga 20 january 2012. Saya tak pasti bila ada kat bilik tetapi rabu dan khamis insyaAllah berada dibilik.
Within 1 month vacation, saya harap kamu proceed dengan apa yang ada dan buat apa yang saya telah beritahu kamu. Perkakas akan sampai
Always try to exceed the performance than I will expected
Contact me if you are in trouble and looking for an idea or solution through email or phone
dan ingat
Untuk JANUARY 2012 ni
————————————————–
Minggu yang saya ada lepak difakulti:-
iaitu 16 sampai 19 jan.
minggu raya cina saya ada antara 25 dan 26 jan.
Minggu yang saya berada di luar fakulti
– Minggu depan (9 sampai 13 jan)
– Antara 30 Jan hingga 3 February 2011
————————————————–
yang penting progress berjalan sebab saya pun ada research progress yang kena jalan gak ni akhir bulan january 2012 ni nak kena bentang.hahaha

{UPDATED] – DECEMBER 25, 2011 7.45 AM]

Assalammualaikum,

Saya ucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya mempersembahkan persembahan terbaik semasa sesi presentation PSM anda tempohhari.

Kali ini saya akan berjumpa dengan anda pada 4 January 2012 pula iaitu hari Rabu. Saya cadangkan team BENT berjumpa dengan saya waktu pagi dan BENW waktu petang. Apa-apa pun hubungi saya dahulu pada hari Selasa untuk confirmkan perjumpaan dengan saya

Tugas-tugas sekarang

Sebelum penghujung January (JUmpa saya pada minggu pertama January 2012)

Hakimie – Saya mahukan suatu programming melibatkan GPS siap dirunkan disimulator Android. Phone Android akan sampai untuk ditest insyaAllah pada January 2012. Selain itu, rekabentuk interface juga perlu direka. INsyaAllah saya cuba bantu kamu termasuk mencari coding GPS juga.

Ammar  – Saya mahukan kamu design satu rekabentuk bandar dalam OpenGL dan Visual Studio C++ 2010. Saya akan terangkan lebih lanjut dalam perjumpaan. Dan juga source code untuk C++ bagi wireless visualization. Maksud saya, saya nak kamu cuba cari source code untuk baca signal strength atau Accss Point signal strengh. cari sahaja dahulu source code tu dan cuba runkan.

Ariff – Bermulanya operasi mencari kelengkapan-kelengkapan hardware untuk membina robot kamu tersebut. Duit penyelidikan akan dapat insyaAllah dalam bulan January 2012 ini.

Zul – Bermulanya operasi mereka bentuk interface dengan menggunakan Visual Basic 2010 tersebut. Misi kita adalah menggunakan tangan kita untuk tunjukkan motion kepada robot tersebut, robot tersebut akan visualize menggunakan video cam yang diletakkan dikepala robot dan akan recognize tangan kamu untuk pergi ke arah yang dimaksudkan. Kemudian juga buatkan setting supaya kita boleh kawal robot menggunakan software selain autonomous.

[UPDATED] – NOVEMBER 30, 2011 11.30 AM]

Assalammualaikum,

1. Sila rujuk website ini untuk rujukan – http://psmfkekk.blogspot.com/ (ada borang-borang dan jadual-jadualnya)

2. Dijangkakan kita akan Seminar PSM 1 pada :-

 
 
Date
 
Student’s action
Bachelor’s Degree Project Briefing
14 September 2011
1.    Attend the briefing
Submission of title registration form to supervisor
16 September 2011
1.  Fill out and submit bdp title    registration form
      (Form FKEKK.PSM.0.1)
Submission of project proposal to supervisor
5 October 2011
1.   Prepare project proposal for supervisor’s checking
       (Form FKEKK.PSM.0.2)
BDP 1 Seminar
21 & 22 December 2011
 
1.   Check the schedule of BDP 1 Seminar
2.   Present the results & achievement of the project
Submission of final report to supervisor
2 January 2012
1. Submission of BDP 1 report to supervisor
Jadi, saya kena pastikan kamu bersiap sedia dengan powerpoint slide untuk tujuan itu.3. Apa yang kena ada dalam slide?Ok,Download Attachment Template Powerpoint untuk PSM 1 – https://razorjr.files.wordpress.com/2011/07/psm-1-seminar-contoh-template.pptx (copy and paste kat browser)4. Sentiasa bertanya kembali jika tidak faham soalan yang dikemukakan. Contohnya:

a) Bolehkah saya bercampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam penerangan saya?
b) Sir,Dr, Prof, can you help me to explain the question again in simple words. I’m sorry I don’t quite understand. Thank you.

5. Tips and Trick
a) – Jika ada examiner bertanya
Apa yang kamu buat sebenarnya?
jawapan : Apa yang saya buat adalah satu koloborasi antara hardware dan software untuk Projek Sarjana Muda saya. Impaknya mungkin tidak besar tetapi di dalam penyelidikan ini kita perlu memastikan bahawa setiap satu itu bermula dengan small steps. Biarpun impak saya tidak besar tetapi apa yang saya bangunkan ini merupakan satu titik permulaan ke arah projek yang lebih besar lagi yang kemungkinan akan diimprove ke peringkat lebih tinggi. (AYAT KENA POWER, INGAT)

b) Jika mereka mencadangkan sesuatu, terima sahaja dan jawab:_
Jawapan: Terima kasih, suatu cadangan bernas dan saya akan mengambil perhatian terhadap apa yang Sir,Dr,Prof katakan dan cadangkan itu.(AYAT MESTI POLITE HABIS, PUJI MEREKA SEBAB MEREKA BERTANYA, TAMBAH METAFORA DAN SEBAGAINYA BAGI MEREKA RASA DIPUJI)

c) Jika examinernya lelaki, bersalam dengan mereka terlebih dahulu dan cuba borak dengan mereka sebelum presentation bermula. Tanya sahaja seperti:-
– Encik, sudah makan ke belum?
– Tanya dan borak sahaja apa yang patut, bagi mereka rasa bergelak ketawa dengan kamu. Senyum kepada mereka.
– Tak pun buat buat tanya, seperti “Encik, powerpoint ini saya punya banyak ni, takpe ke?” dengan nada bergurau atau berketawa, ataupun “Encik, saya cadangkan encik duduk sini senang nampak”,

ada pelbagai lagi tetapi tricknya adalah, sentiasa puji dan puji mereka. Disebabkan sistem ini sebegini, maka kita pun kena ikut. Sistem Barat yang mengutamakan orang yang kipas2.haha.Tapi awas, ada yang sebahagian kecil tak termakan pujian. yang penting, teruskan pujian itu.

6. SENTIASA RENDAH DIRI KETIKA MENJAWAB DAN SENTIASA BANGGA DENGAN APA YANG KAMU BUAT (PROJEK KAMU). WALAUPUN EXAMINER MUNGKIN MENGATAKAN SESUATU YANG MENG”LOW”
KAN KAMU PUNYA PERASAAN, JAWAB BALIK DENGAN SEBEGINI
“Walaupun projek ini nampak kecil, tetapi insyaAllah, projek ini akan dimajukan dan diimprovekan capabilitynya hasil cadangan tuan/puan examiner dan juga penyelia saya. Saya akan teruskan belajar dan ini merupakan suatu process, saya tidak akan mara kehadapan jika tiada kritikan dan cadangan pihak examiner dan penyelia. Oleh itu, saya amat sangat mementingkan kritikan dan cadangan tuan/puan examiner yang bijaksana untuk saya maju”

7. Oleh itu, saya cadangkan kamu berjumpa saya kembali sebelum kamu nak present paper kamu. dan SAYA HENDAKKAN KAMU HANTAR SLIDE PRESENTATION POWERPOINT KE EMAIL SAYA ATAU JUMPA SAYA SENDIRI PADA

13,14,15 dECEMBER 2011

21 DECEMBER 2011 ATAU SEBELUM SEMINAR PSM 1 BERMULA. INSYAALLAH

8. Ada sebarang soalan email saya okeh.

[UPDATED] – OCTOBER 27, 2011 10.54 PM]

1. Saya ada di ofis pada 31 Okt hingga 3 Nov jam 10 pagi hingga 12 dan 3 ptg hingga 5 ptg .

[UPDATED] – OCTOBER 19, 2011 6.55 AM]

Sila berjumpa saya pada masa free saya seperti berikut untuk minggu ni (19 Oktober – 21 Oktober):-

Rabu (10.00 pagi hingga 1 tengahhari) Rabu petang saya tiada di bilik

Khamis (10.00 pagi hingga 12.00 tengahhari, dan 2 petang hingga 4 petang)

Jumaat (9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari dan 3.30 petang hingga 5.00 petang)

Contoh2 Presentation yang boleh digunakan untuk Seminar PSM 1 dan juga link-link bagus untuk Projek Final Year

1. http://topprojects.blogspot.com/

2. Final Year Project 2008-2009

3. Final Year Project Presentation (.ppt)

4. http://final-year-projects.com/Final.htm

5. Final Year Project – 4th Presentation

[UPDATED] – OCTOBER 19, 2011 3.12 AM]

Assalammualaikum
Disebabkan Seminar PSM 1 adalah pada Awal December 2011/Akhir December 2011(Area bulan 12 la kot)
Maka saya ada beberapa perubahan pada tentatif kerja-kerja kamu disamping kamu semua diminta meneruskan aktiviti yang saya bagi aritu (Rujuk http://www.asyrani.com dibawah tajuk PSM Project sebarang update)
=============================
SAYA SET DUE DATENYA ADALAH PADA 23 NOVEMBER 2011. CONFIRMED. so buat proposal dari sekarang. kerja kamu banyak sedikitlah tapi ini cabaran yang sangat bagus!!
1. Membuat proposal lengkap yang mengandungi elemen-elemen berikut:-
dan buat ikut format kamu sendiri dahulu. Jangan difikirkan format lagi
Chapter 1 : Introduction (Dalam 5-6 Helai)
– Ada sedikit general introduction
– Kajian Masalah/Problem Background
– Projek Aim dan Objective
– Skop kerja/Scope of Work
Chapter 2 : Kajian Literatur/Literature Review (20 – 30 pages)
– Introduction
– Sub-chapter seperti Pengenalan kepada Tour Guide Robot, Aplikasi Android, 3D Simulation,
– Sub-chapter yang mengandungi at least 5 jenis robot/android applikasi yang sedia ada. Kena download paper berkaitan dan tulis sedikit review mengenainya. Saya cadangkan tulis sahaja dalam Bahasa Malaysia jika tak dapat nak paraphrase English text tu.
– Letakkan gambar2 setiap robot, android application atau 3D wireless network ke.
– Untuk geng robot, try bahagi-bahagikan sorang mengenai software untuk robot (menjurus kepada software) dan sorang lagi menjurus kepada hardware.
Chapter 3 : Kaedah Methodology
– Kaedah Metodology
– Gantt Chart kamu
– Ini kena ada framework kamu, datang jumpa saya pagi rabu ni (19 Oktober 2011) sebab petang saya ada hal sedikit. Atau jumpa saya hari Khamis atau Jumaat.
– Sebagai contoh boleh rujuk proposal yang attachkan ini
Chapter 4 : Expected Result
Chapter 5 : Conclusion
Kemudian Reference
=============================
Contoh
DALAM ATTACHMENT. Saya akan bagi softcopynya dalam bentuk WORD apabila kamu dah siap draft format kamu sendiri. Lepas tu baru kita buat ikut format

[UPDATED] – OCTOBER 10, 2011 5.00 AM]

Assalammualaikum,
InsyaAllah dalam bulan Oktober ini saya akan semak proposal kamu dan upgrade sedikit.
Tugas kamu sepanjang Oktober/November/December atau January (3 – 4 Bulan) ini adalah (Setiap minggu, 4 kali sebulan InsyaAllah)
1. Membuat abstract setiap paper berkaitan projek kamu berdasarkan template berikut
a) Buka file Microsoft Word, Kemudian Tulis Title Paper tersebut, Author paper tersebut, dan tahun paper tersebut
b) Kemudian tulis abstract tu balik atau copy paste sahaja.
Sebab dengan ini anda akan secara tidak langsung akan membaca abstract tersebut
2. Membuat tutorial dan “assignment yang diberikan
Untuk Team Android Bases Application and 3D Visualization (Amroll dan Hakimie)
– Buat at least 15 tutorial (lebih banyak lagi bagus), satu folder satu
– Buat assignment yang saya berikan
– Hakimie, lakarkan interface2 sistem tersebut, kenal pasti apakah function yang ada,
– Amrol, kamu cuba menggunakan 3D software. Saya cadangkan guna 3D Studio Max atau Maya 3D atau Cinema 4D (datang bilik saya untuk keterangan lanjut berkaitan software2 ini) untuk persekitaran yang kamu hendak buat. Saya cadangkan kita reka bentuk fakulti FKEKK ini dalam 3D ini
Untuk Team Robot Navigation/Tour
– Kenal pasti beberapa komponen yang diperlukan
– Cubatry come out dengan interface setiap system tersebut guna Visual Basic 2010
– Buat lakaran robot2 tersebut seperti melukis menggunakan 3D software. Saya cadangkan guna 3D Studio Max atau Maya 3D atau Cinema 4D (datang bilik saya untuk keterangan lanjut berkaitan software2 ini) – elemen penting untuk menarik perhatian examiner.

[UPDATED] – OCTOBER 02, 2011 4.16 AM]

1. Berkaitan dengan pembelian barangan berbentuk aset seperti telefon, kelengkapan PC, router dll yang menggunakan geran penyelidikan, barangan yang berupa bentuk seperti ASET hendaklah disimpan di bilik pensyarah setelah tamat penggunaannya kerana di kawal-selia oleh pihak Bendahari UTeM (Saya baru mengetahuinya). Oleh itu, jika kamu mempunyai wang yang lebih, bolehlah membeli sendiri kelengkapan atau menggunakan bajet yang diperuntukkan fakulti kepada kamu. Jadi, tidak perlu merasa hampa, yang penting dapat menggunakan seketika barangan penyelidikan yang dibeli oleh saya untuk tujuaan penyelidikan. Ini membolehkan juga adik-adik kamu menggunakan barangan tersebut untuk projek dibawah seliaan mereka kelak.

2. Yang paling penting, ilmu yang kamu dapat dan peroleh semasa membuat projek ini. Sesungguhnya pengalaman membuat penyelidikan dan projek amat penting dalam diri kamu dan ini yang kamu akan ingat sampai bila2. Maafkan saya apabila dahulunya mengatakan kemungkinan anda boleh bawak balik alatan-alatan tersebut. Tidak mengapa, yang penting intipati projek ini yang anda berjaya melonjakkan diri anda ke takat yang lebih tinggi. InsyaAllah

3. Pastikan anda membuat tugasan yang diberikan dan tarikh pernilaian (saya nak tengok hasil kerja kamu) adalah pada pertengahan Oktober 2011/hampir penghujung Oktober 2011.

[UPDATED – SEPTEMBER 29, 2011 6.17 AM]

1. Berikut merupakan cadangan perjumpaan masa PSM setiap minggu

10.30 pagi ke 12.00 tengahhari – Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis

2.30 petang ke 5 petang – Hari Selasa, Rabu, Khamis

Jumaat mengikut kesesuaian kerana saya mungkin tiada dibilik pada waktu petangnya.

2. Tolong submit kat saya Gantt Chart kamu (perancangan) sebelum 7 October 2011 dan Termasuk juga proposal (yang dah hantar saya akan edit balik sedikit dan hantar kepada kamu semula untuk mungkin nak tambah sedikit lagi)

3. Sentiasa komited dengan kerja kamu dan lapor kerja yang saya beri kepada kamu semasa perbincangan hari rabu (September 28, 2011) dalam masa 3 minggu (Due date in October 19, 2011)

4. Sentiasa banyakkan menggunakan internet mencari bahan, dan banyakkan membaca dan try application yang telah ada.

5. Tolong inform kat saya jenis buku yang kamu perlukan mungkin. Saya cuba belikan tengok.

[UPDATED – SEPTEMBER 19, 2011 6.52 PM]

1. Please come to my room this Wednesday at 11.00 am or 2.00 pm.

  • Saya akan guide kamu cara membuat proposal dan juga mungkin memperkenalkan Co-Supervisor dan juga Co-Assistant kepada kamu yang akan menolong kamu berkaitan Zigbee dan juga berkaitan perkara lain yang kepakaran saya adalah minor.
  • Selain itu, saya akan memperjelaskan kepada kamu apa yang kamu perlu buat dan setiap minggu kamu akan report progress kamu kepada saya berdasarkan satu gantt chart yang kamu akan buat. Saya akan beritahu apa itu gantt chart kepada kamu jika tidak tahu apa itu Gantt Chart. Gantt Chart tersebut akan diubahsuai mengikut keperluan jika saya rasa tidak beberapa bagus. Tetapi seeloknya buatlah perancangan teliti.

2. Saya akan mewajibkan kamu berjumpa dengan saya setiap hari rabu 11.00 pagi dan 2.00 petang dan saya hendak pastikan kamu at least berjaya melakukan projek PSM ini. Yang penting adalah usaha kamu dan apa yang dipelajari. Result tidak berapa penting. Yang penting skills yang didevelop sepanjang membuat projek ini.

3. Tolong ikuti perkembangan terkini di halaman/section ini setiap minggu.

[OLD POST]

Assalammualaikum,

Here is the list of the projects that I have recognized and confirmed. Btw, you guys can also suggest your project. As long as you can explain to me properly what you are trying to do and I will help you. If there is a lecturer that you want to be your supervisor but he/she quite full with the students that already located. I can be assigned too as a supervisor and then add the lecturer that you want to be co-supervisor.

BIL

PROJECT TITLE & SYNOPSIS

1

 Title: The Development of 3D Visualization of Wireless Network (Required C,C++ Programming Skills, 3D Editing Tool, and some basic knowledge of wireless network and signal propagation)Synopsis: This project requires the student to recognize and understand the behavior of wireless network before implemented it on the 3D virtual environment. Besides requires the student to model the world with the 3D modeling system, the student also need to know how to properly integrate the signal propagation into the virtual environment and categories it into the 3D signal propagation in order to visualize it.Suitable for student from course :  ALL

2

Title: Modeling and Simulation of UTeM For Virtual Reality Walkthrough purpose (Required C,C++ Programming Skills, 3D Editing Tool)Synopsis: In this project, student is required to model a simulation of the university itself using 3D tool such as 3D Studio Max, Maya or Blender 3D. Once the modeling has been completed, the object will be integrated for 3D walkthrough using Visual Studio 2010 where the C++ and OpenGL programming language is use for the walkthrough function. This virtual environment will be used for a platform for any researcher to perform heavy and high detailed simulation of 3D techniques such as frustum culling, collision detection, and others.Suitable for student from course :  ALL

3

Title: The visualization of collision detection algorithm for rigid bodies simulation (Required C,C++ Programming Skills, 3D Editing Tool)Synopsis: In this project, student is required to develop a program that shows the rigid bodies simulation in real-time simulation while having a collision between them. The virtual environment consisting of 3D virtual world and the test object will be used to conduct the test and applied physic and gravity effects on the objects for real-time collision response. The benefits of this project, it could help the researcher to properly visualize any rigid bodies collision detection such as car accident, the momentum of certain materials when hitting the surface and so on.Suitable for student from course :  ALL

4

Title: View Frustum Culling for High Details Virtual Environment (Required C,C++ Programming Skills, 3D Editing Tool)Synopsis: This project is required for high details virtual environment where the frustum culling is used for the very far object by replacing it with the 2D images instead of 3D rendering. This could help to reduce the computational cost of visualization of 3D virtual environment and help to maintain the speed of real-time simulation.Suitable for student from course :  ALL 

5

Title: Simulation of Intelligent Traffic Light Controller using 3D Software ApplicationSynopsis: This project requires the student to properly understand the behavior of Traffic Light Controller and visualize it using 3D software application developed by OpenGL and C++ programming language. This tool could become the software application for the industry to use in order to understand the behavior and the pattern of the current traffic and change it according to the right setting under different conditionsSuitable for student from course :  ALL 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: