Assalammualaikum,
Semalam saya menghadiri satu simposium di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Saya menggunakan lebuhraya DUKE dan masuk ke susur keluar JALAN SEMARAK dan tiba sejurus kemudian di UTM. Tol yang dikenakan dari Batu Caves ke Jalan Semarak melalui DUKE adalah sebanyak RM2.00. Bayangkan jika pergi balik RM4. Maka sebulan sebanyak 20 hari bekerja maka RM80 sahaja untuk tol. Minyak mungkin RM200 (tidak termasuk pergi ke tempat lain) dan semuanya adalah sekadar RM20 ke Rm300++ sahaja.
UTM KL ini juga mempunyai tempat lapang yang menarik dan saya berkesempatan berehat seketika ketika waktu rehat untuk duduk disitu sebentar dan mengambil gambar sekeliling.
Simposium ini pada awal paginya disajikan dengan makanan berupa mihun goreng dan air teh tarik. Pada pukul 8 pagi hanya kelihatan kurang dari 5 perserta sahaja hadir dan membuatkan penganjur menangguhkannya ke pukul 9 pagi (sepatutnya bermula 8.30 pagi). Dan pada pukul 9.00 pagi, kelihatan hampir berbelas orang hadir dan pihak penganjur juga menghantar mesej ke telefon bimbit (ada gambarnya) untuk datang/hadir ke simposium tersebut.
…..
Jumlah maksimum jika dicampur para peserta, penceramah, pihak penganjur dan jurukamera rasanya ada dalam 30 orang kurang atau lebih. Tetapi pada petangnya menjadi hampir 20 orang sahaja dan peserta menjadi 10 orang kurang atau lebih. Menunjukkan sambutan kurang menggalakkan ditambah pula topik nampak gah. Menurut rakan saya yang juga hadir ke simposium ini, komennya adalah terasa hambar dan tiada perkembangan teknologi terbaru yang diberitahu. Kerana beliau menjangkakan sesuatu yang lebih dan beliau agak terkilan. Menyebabkan beliau juga tidak berhasrat untuk bertanya. Saya juga akui, ada sesuatu yang tidak kena dan saya sendiri tidak pasti apa yang tidak kena. Tetapi tahniah juga kepada penganjur kerana kini saya mengetahui serba sedikit mengenai apa yang tidak diketahui oleh para Doktor di hospital.
Selain itu, ada juga speaker yang menggunakan warna untuk teks powerpoint yang tidak sesuai iaitu warna hitam. Sepatutnya kita perlu kekalkan sahaja warna hitam sebagai teks dan warna putih sebagai background. Itu yang terbaik. Seperti apa yang Steve Jobs buat untuk setiap kali melakukan pembentangan menggunakan Keynote.
Sebenarnya, yang menjadi masalah kepada para Doktor Hospital dan juga jurutera adalah:
a) Bagaimana membolehkan para jurutera untuk masuk ke bilik pembedahan sebagai contoh untuk melihat sendiri kekangan yang dihadapi oleh para doktor
b) Bolehkah kita letakkan seorang atau dua orang konsultan sebagai penasihat dari segi peralatan untuk perkakasan hospital. Supaya pihak konsultan jurutera ini akan dapat mencari atau menghasilkan rekaan untuk hospital
c) Para doktor (clinical) sebenarnya susah mendapatkan geran dan oleh itu para penyelidik mestilah berusaha untuk merapatkan diri dengan para doktor ini. Ini tidak, masing-masing menunggu sahaja. Mungkin di luar negara telah berjaya dilakukan tetapi di Malaysia perlu ada budaya seperti ini. Bahkan menurut rakan saya, ada teknologi yang boleh dimasukkan dalam badan dan bergerak seiring dengan peredaran darah untuk mematikan sel kanser.
d) Mungkin anda ada idea lain yang boleh dikomen 🙂
Sedikit video untuk dikongsi (dirakam menggunakan NOKIA Ekpress Music 5800)