Assalammualaikum,
Baiklah,
bertolak dari rumah Kepong jam area 6.20 pagi kot. Dan sampai di Komuter pada jam 6.35 pagi.
Mujurlah sempat jugak aku “catch a bus” eh silap “catch a train”. Dan aku pun tengok train akan sampai dalam 6.47 pagi. Kemudian aku tunggu dengan ditemani wife aku dan mak mertua serta kakak mak mertua.
Pada mulanya ingat takla ramai sangat, tetapi sampai sahaja area Segambut (masa naik train), berhimpit macam sardin dan time tu la perasaan seperti
“nak naik kereta la lepas ni, malas berhimpit-himpit mcm ni dah”
atau
“isk, nih teruk sangat ni”
Tetapi bila pk balik, ini sebenarnya suatu mainan daripada Syaitan untuk menghasut kita agar tidak bersyukur dengan apa yang kita alami dan ada.
Tahap keredhaan itu datang dengan perlahan-lahan dalam minda saya dan mengatakan ini semuanya mainan syaitan dan sebenarnya aku amat bersyukur sangat dapat naik train ini.
Bayangkan mereka yang tidak dapat merasai perasaan meriah kerana hidup kesunyian. Berada di dalam train yang sesak menjadikan aku lebih bersyukur kerana ada orang rupanya disekeliling aku ini.
Mereka ini mungkin terpaksa menaiki train ke tempat kerja. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku sampaikan atau ubah pada masa hadapan. Oleh sebab itulah, stesen MRT amat-amat sangat diperlukan dan gerabak baru ditambah dari semasa ke semasa
Jika kita tidak naik train, kita tidak tahu. Cuba tanya menteri-menteri adakah mereka biasa naik train pada waktu puncak?
Kita pun tidak pasti samada mereka pernah merasa atau tidak. Tetapi yang penting, kita sendiri merasa betapa peritnya untuk bangun jam 5 pagi dan bersiap serta pergi ke train Komuter untuk pergi kerja.
Itu belum melalui Jalan Kuching pada jam 7 pagi hingga 8 pagi lagi. Sangat sesak dan yang paling bestnya
“satu kereta satu orang”
Ini satu perkara yang susah nak diubah. mereka terpaksa menaiki kereta sendiri kerana mungkin salah satu sebabnya adalah dalam train Komuter juga terpaksa bersesak-sesak. Maka seeloknya menaiki kenderaan sendiri, tapi terpaksa melalui laluan tol dan traffik jem pula.
bagi train tiada traffik jem tetapi ada masalah dari segi traffik bilangan manusia dalam train pada satu-satu masa
Pendek kata, masalah ini perlu diatasi dengan adanya kesedaran untuk setiap orang menulis kepada pihak Komuter untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Komuter
Baiklah,
Fasa kedua adalah bergerak ke LCCT. Sampai sahaja di KL Central jam 7.15, saya terus ke SKy Bus untuk ke LCCT. Bayar RM9.00 dan kemudian naik bas. Sampai di sana check in dalam area pukul 8.45 pagi dan wait di Platform 10 (dalam LCCT).
Sementara itu, aku pun bermain dahulu macbook yang dibawa bersama sebelum menaiki kapal terbang dalam jam 9.55 pagi.
Dan rupanya aku tersilap pilih seat iaitu 11 D. Seat di area penjalan kaki. Maka bermulalah episod tidak dapat laraskan kerusi kerana kerusi 11D ini sememangnya tidak boleh dilaraskan. Terpaksa duduk tegak selama 2 jam 30 minit (anggaran)
Sampai di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Area jam 1.00 petang, maka aku terus mengambil teksi RM50(mahal gak) dan ke Tune Hotel
Check in Hotel dan duduk tanpa electricity kerana check in sepatutnya pukul 2 petang. Jika masuk awal boleh tetapi electric takdalah sampailah jam 2 petang mengikut mesin tempat letak kad tu.
Kemudian dalam jam 2.15 macam tu, Dr. Abdullah mengambil aku dengan mercedesnya di hadapan Tune Hotel dan makan-makan di area berdekatan Universiti Malaysia Sabah
Ada lauk baru yang aku kenal iaitu Sanggar Keju. Try la search internet untuk tahu itu apa.hahaha
Sedap juga Sanggar Keju tu. Bukan Sangkar, tetapi Sanggar
Kemudian melawat Makmal Penyelidikan untuk membuat kerja penyelidikan sedikit. Esok akan berlangsungnya Colloquium di School of Science and Technology ini dimana aku sendiri akan membuat satu ucap umum berkaitan projek penyelidikan yang aku sedang jalankan.
Pada sebelah petangnya pula balik ke Tune Hotel ini dan mula rasa kepanasan sebab petang ni panas pulak di KK ni. Maka bercadanglah sebelah malamnya untuk memasang air cond
Pada area pukul 8 malam tadi pula pergi makan bersama rakan di Sabah. Di Tanjung Lipat. Makan sekadar Nasi Goreng Malingo (sebenarnya nasi goreng tambah telur dadar aje). dan air fresh oren.
Maka bermulalah episod membuat slide untuk presentation esok
Jadi, kita tunggu entry keesokkan harinya.
Permandangan di SST
Permandangan di SST 2