Academician and Email

Assalammualaikum,

Mari kita melihat maksud kedua-dua istilah ini iaitu Ahli Akademik dan “Email”

Academician menurut http://www.merriam-webster.com/dictionary/academician

a : a member of an academy for promoting science, art, or literature
b : a follower of an artistic or philosophical tradition or a promoter of its ideas

Manakala bagi “Email” pula menurut http://dictionary.reference.com/browse/e-mail

1.a system for sending messages from one individual toanother via telecommunications links between computers orterminals.
2.a message sent by e-mail: Send me an e-mail on the idea.
Dan apakah pula fungsi ahli akademik secara amnya?
1. Mengajar/Menyelia pelajar undergraduate/postgraduate seperti Diploma, Bachelor, Sarjana, Doktor Falsafah
2. Membuat penyelidikan dan perundingan
3. Menerbitkan makalah kepada dunia biasa dan akademik.
dan mungkin pelbagai lagi yang difikirkan perlu.
Dan apa kegunaan email?
1. Digunakan untuk menghantar/menerima maklumat
2. Menyertakan attachment
3. Chatting dan sebagainya
Apakah perkaitan yang saya cuba bangkitkan disini?
Sebagai ahli akademik, sememangnya menjadi rutin harian akan memaklumkan sesuatu pengumuman seperti ingin mencari rakan penyelidikan dan sebagainya melalui email.
Jika menunggu sehingga waktu mesyuarat untuk mengumumkan sesuatu berapa kerat sangat dapat hadir dan berapa kerap sangat mesyuarat boleh diadakan?
Selain itu, email bertindak untuk sebarang “emergency” seperti mencari barang hilang sekiranya perlu
Cuma apabila disebut sebagai penyalahgunaan maka itu dari segi etikanya mungkin salah.
Sebagai contoh, menghantar gambar2 yang tidak sopan ataupun artikel yang tidak menganggu emosi dan ketenteraman awam.
Yang bagus mungkin artikel seperti kebaikan berjogging, amalan memakan buah-buahan dan sebagainya
Ianya boleh juga menjadi medan perdebatan isu hangat untuk dibincangkan secara professional.
Saya tahu, generasi muda dan kini tidak mahu lagi bersifat seperti orang terdahulu yang tidak mahu terbuka membincangkan sesuatu.
Semuanya secara tertutup dan diselesaikan secara minoriti.
Apa salahnya seperti mendapatkan cadangan daripada rakan-rakan ahli akademik melalui email agar pendapat majoriti dapat didengar.
Sekali lagi jika mahu membuat mesyuarat atau perjumpaan sudah pasti berapa kerap sangatlah dapat dibuat
Malangnya ada kalanya tindakan saya juga disalah ertikan oleh pelbagai pihak.
Sampai bila mereka tidak boleh membezakan antara CADANGAN atau PENDAPAT dengan PAKSAAN atau ARAHAN?
Saya pun tidak faham kenapa manusia terlalu sangat rasa marah dalam hati sehingga pendapat atau cadangan pun dilenting sedemikian rupa.
Apabila seseorang membuat cadangan, kemarahan sepatutnya tiada. Kerana itu sekadar cadangan. Kenapa perlu marah dengan cadangan atau pendapat?
Saya rasa terkilan dengan sikap sebahagian kecil ahli akademik yang langsung tidak bersifat terbuka dalam menerima isu-isu dan membincangkan isu-isu dengan profesional dan berilmiah.
Mungkin itu corak pemikiran mereka yang tidak dapat diubah
Bagi saya generasi sebahagian ahli akademik negara memerlukan transformasi dari segi minda dan bukan sekadar menurut perintah sahaja.
Sekadar tulisan di petang jumaat.
Saya akan teruskan matlamat dan memperjuangkan dunia akademik yang sebenar di dunia ini tanpa mengira sebarang halangan.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: