Isu Timbul Ketika Raya Pertama

Assalammualaikum,

Saya amat tertarik apabila berkunjung ke rumah sanak saudara tidak kisah rumah disebelah saya atau sebelah isteri saya.

Saya suka mendengar topik2 perbualan mereka yang saya rasakan seperti mahu juga membuat ‘pembetulan’ tetapi atas sebab menghormati perbincangan mereka, saya jarang masuk campur dalam perbualan tersebut kerana memikirkan faktor akibatnya adalah sedikit sahaja dan tidak mengapa dibiarkan.

Cuma saya rasa perlu diperbetulkan untuk generasi2 akan datang

1. Bercakap soal hantu di sana sini melebihi berkata mengenai Rasulullah S.A.W. dan sahabat2 Nabi

Mengapa berbincang mengenai makhluk yang mengingkari perintah Allah S.W.T. iaitu syaitan dan iblis (mereka ini yang menyerupai makhluk yang orang melayu panggilnya sebagai hantu) sedangkan kita boleh berbincang mengenai perihal Nabi2 dan Rasulullah

Jika ada sahabat yang terkena rasukan atau sebagainya, cukuplah sekadar bertanya kat mana tempat rawatan terbagus atau terus ke Darul Syifa.

Ini kerana, masing-masing menceritakan kehebatan syaitan dan iblis sedangkan buat apalah mengagungkan mereka

2. UTeM adalah Kolej

Saya tak tahu yang masyarakat masih memandang UTeM seperti kolej sedangkan UTeM telah lama menjadi IPTA iaitu pada 2007. Sudah 5 atau 6 tahun lamanya.

Oleh itu, saya terpaksa menerangkan berkali-kali UTeM adalah IPTA sama seperti UKM, UM, UTM dan sebagainya.

3. Kanak-kanak berhari raya tidak seperti dahulu lagi dan ini memang tidak dapat dinafikan

Jika dulu, kanak2 bebas berada di jalan raya dan beraya tetapi kini tidak lagi.

Agak sukar membiarkan anak2 bersendirian atau berkawan-kawan pergi beraya kerana dikhuatiri diculik atau dilanggar atau termasuk dalam sungai.

Perlu diingatkan, generasi terkemudian lebih terdedah kepada bahaya berbanding generasi kita.

Jadi, negara kita selamat atau tidak? Mengapa tidak selamat? Tanya diri sendiri dan pemimpin anda mengapa tidak lagi berlaku seperti dahulu

4. Terlalu banyak kadang-kadang umpatan

Saya tidak tahu bagaimana lagi tetapi seeloknya tidak perlu time raya ini kita saling umpat mengumpati

Masa beribadat di bulan puasa sudah dipenuhi oleh pelbagai perkara yang mendatangkan pahala

Time berkumpul untuk berhari raya habis tiada unsur2 bulan puasa meresap masuk dalam jiwa

Mari kita improve ourself.

5. Solat

Kita mungkin menjaga solat kita semasa Ramadhan dan masuk waktu aje terus solat dan mendengar tazkirah di masjid.

Tapi Time Raya?

Setiap individu jawab sendirilah okeh.

Sepatutnya saya ingin meletakkannya di atas sekali tetapi saya ada sebab tersendiri letaknya di nombor 5.

6. Kurus dan menjaga badan

Time bulan puasa kita menjaga makan dan minum dan berlatih agar makan dan minum sedikit

Tetapi pada hari raya habis dilantaknya dan dianggap misi kurus selesai.

Terserahlah kepada anda untuk fikir

.

.

Itulah serba sedikit kupasan sepanjang hari raya pertama,

Saya merasakan umat Islam kita di Malaysia perlu betul2 menghayati Ramadhan kali ini agar ada kesannya dihari raya dan hari-hari lain.

Seperti tidak nampak kesannya bahkan mungkin semakin teruk jika tidak diubati dengan betul

Tetapi paling tidak, Ramadhan adalah tempat kita insaf daripada kita tidak menghayati langsung bulan puasa.

Tetapi jika bulan Ramadhan pun kureng, hari-hari lain pun kureng. Saya tak tahulah nak kata apa

.

Sekadar pandangan di hari raya kedua, 7.19 am

Saya beraya di rumah mertua tahun ni, raya haji baru balik Kedah.

Published by razorjr

Research and Academician

One thought on “Isu Timbul Ketika Raya Pertama

  1. hehe..like this…mmg org mlayu mcm ni… soal hntu tu mmg xleh lari dah..mmg ade je kisah2 hantu..pasal solat pun sama.. ramadhan berpusu2 mngerjakan solat..bile lepas raya dah xdedah mcm tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: