Kuching, Sarawak [2 December 2013] – Hari Kedua

Assalammualaikum,

Hari kedua ini iaitu 2 December 2013 merupakan tarikh untuk saya menguruskan sesi tutorial Professor Eryk pada sebelah petangnya.

Pada sebelah paginya, bangun dari tidur dan solat subuh seawal jam 5.30 pagi kerana azan awal disini.

Kemudian, kami sekeluarga terus bersiap dan mula bersarapan buat kali pertama di Grand Margherita ini.

Dari segi bintangnya, bolehlah diberi 3.5/5 bintang.

Setelah itu, saya menguruskan sebentar di bilik gerakan IEEE Computer Society Malaysia berkaitan committee tag name dan sebagainya. Sempat mendaftar sebagai presenter untuk ICOS 2013. Pada jadual, masa presenter saya adalah sekitar jam 3 petang hari rabu.

Saya isteri dan anak bergerak berjalan-jalan dahulu dan menangkap gambar di tugu Kuching berdepanan Grand Margherita ini.

DSC_0381

Keropok Mi Mi bertaburan di lantai bilik hotel

DSC_0371

Sesi selari ICWISE 2013 akan bermula esok 3 December 2013

DSC_0389

Sesi registration parallel conference IEEE Computer Society Malaysia

Kemudian, bersama-sama keluarga mertua terus ke arah Gunung Santubong untuk melihat sekitar pemandangan sekeliing dan berjalan-jalan menggunakan van Ford yang disewa. Namun, aircondnya agak tidak menyejukkan.

Setelah bergerak ke Santubong, kami bergerak pula ke Semarang dan jalan ditutup setelah menghampiri satu sungai disitu.

Kelihatan banyak pemancing sedang memancing sekitar situ.

Seterusnya, kami berpatah balik dan menuju ke bandar manakala saya ke bilik gerakan IEEE Computer Society Malaysia di Crested Jay (sejenis burung) di aras 2. benar-benar berdekatan bilik kami di Grand Margherita yang juga di aras dua.

Setelah itu, saya merangka text ucapan sebagai MC semasa sesi tutorial.

Alhamdulillah, agak ramai juga hadir iaitu sekitar 10 ke 20 orang pada sesi ini.

Berlangsung dalam 2 jam 30 minit sehingga jam 4.30 petang.

Kemudian, saya pun berehat di bilik sebentar dan terus ke Apartment Ariva untuk melihat isteri dan anak yang duduk disana setelah berjalan-jalan dengan familinya tatkala saya menguruskan sesi tutorial Professor Eryk di Grand Margherita.

DSC_0399

Pandangan Sungai Sarawak dari dalam Van Ford

DSC_0406

Papan tanda JKR

DSC_0417

Gunung Santubong dari jauh

DSC_0422

Santubong Kuching Resort

DSC_0435

Ke arah light house Semarang

DSC_0442

Nama sungai yang unik. Sungai Bodoh Besar

DSC_0458

Berjalan-jalan

DSC_0463

Zahra menolak stroller yang lebih tinggi darinya

DSC_0500

Gelagat bebudak yang mencuit hati

DSC_0531

Nak pergi berenang!

DSC_0562

Pandangan dari atas kolam renang Apartment Ariva

DSC_0567

Kolam renang Apartment Ariva

Pada malamnya pula, kami makan di sebuah tempat bernama Kubah Ria.

Suasana agak kehujanan dan makanan yang kami beli majoritinya western.

Namun, westernnya agak menghampakan kami dan mujur Nasi Goreng Aruk sedap dimakan di situ.

Setelah itu, kami pulang dan berehat di hotel untuk hari berikutnya.

DSC_0611

Kubah Ria

DSC_0624

Petola Kering

DSC_0650

Gembira nak makan

DSC_0653

Fish and Chip buatan Sarawak. Rasanya macam menggunakan tepung yang goreng pisang

DSC_0654

Nasi Goreng Aruk

DSC_0657

Laksa Sarawak  – sedap ini.

DSC_0659

Spagetti yang tidak berapa sedap

DSC_0662

Chicken Cop yang kurang sedap

DSC_0666

Gambar suspension bridge yang diruntuhkan pada tahun 2001

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: