Alhamdulillah,
Bermulanya semester baharu pada 2014 2015 ini dengan mengajar subjek
Game Programming I dan
Game Engine Development I
Sebenarnya sejak 2009 lagi saya berhasrat menjadi pengajar utama kepada subjek2 game ini dan disebabkan first batch masuk pada tahun 2013 yang lepas, maka permohonan untuk ke fakulti yang menawarkan kursus baru ini iaitu Game Technology berjaya pada tahun 2014.
Saya memasuki fakulti baharu ini pada februari 2014 dengan memegang subjek yang saya tidak pernah ajar iaitu Web Programming. Walaupun pada peringkat awalnya sukar kerana kekurangan pengalaman berbanding subjek programming yang lain, tetapi berjaya mengharunginya dengan baik.
Adalah menjadi harapan saya kursus ini antara yang dijadikan contoh kursus game terbaik di Malaysia ini.
Saya juga berharap setiap pelajar dalam kelas saya at least tahu intermediate level of programming for both subjects.
Sememangnya subjek programming menggerunkan bagi sebahagian besar pelajar.
Tetapi saya yakin ianya dapat dipupuk dengan latih tubi yang berterusan.
Programming ini sebenarnya anda akan lupa jika lama tinggalkannya.
Tetapi mudah diingat kembali kerana Google pun ada untuk check syntax dan sebagainya.
Cuma bezanya adalah anda mahu belajar atau tidak sahaja.
Selamat mengharungi new semester.
Saya pun baru sahaja pulang dari Langkawi berjalan2 bersama isteri dan anak saya