Assalamualaikum and Selamat Malam semua.

Saya merasakan perlunya perbincangan mengenai tajuk diatas kerana setelah sekian lama terdapat pelbagai andaian dan juga kekaburan mengenai master by research dan juga by course.

Dan ini semua berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya

Seperti yang kita tahu, master by research mengandungi elemen-elemen berikut (Saya listkan semua elemen2 tidak kira baik atau buruk bagi anda):-

– Prosesnya agak lama 2 ke 3 tahun

– Perlu menerbitkan at least 1 jurnal berimpak

– Perlu ada self dicipline dan juga sikap diri sendiri yang menentukan masa depan anda

– Sangat bebas dan masa anda yang tentukan

– Procrastination sememangnya akan terjadi jika terlalu sangat bersuka ria

– Programming, writing skills, reading skills, semuanya perlu ada dalam jiwa

– Mengejar dateline yang ditentukan supervisor

– Perlu kerap berjumpa supervisor untuk menjamin kejayaan anda

– Anda lambat habis berbanding by course tetapi ianya bergantung kepada pencapaian anda

– Duit elaun anda akan ditaja oleh kerajaan melalui MyMaster atau geran supervisor anda

– Dapatlah melancong membentang kertas kerja penyelidikan samada diperingkat negara atau luar negara. Bergantung juga kepada wang yang dimiliki oleh geran anda dan supervisor anda untuk menaja diri anda.

Keputusannya

– Seboleh-bolehnya dalam tempoh dua tahun mesti ada perkembangan yang positif untuk diri anda. Jika tidak agak memberbahayakan dan kemungkinan lambat lagi Master anda habis/tamat.

– Sebelum menanti VIVA (pembentangan anda untuk dinilai panel luar), Laporan Tesis anda akan disemak dan dicetak banyak kali sebelum dihantar kepada penilai dalam dan luar. Bahkan sesudah selesai VIVA sekalipun, anda perlu juga ubah dan mencetak untuk disemak dengan teliti kerana Tesis anda akan dilihat oleh ramai orang di perpustakaan kelak.

Jika dibandingkan dengan master by taught course

– cepat dan pantas

– selamat dan tidak flexible

– assignment memanjang

– tiada paper

– tiada thesis yang perlu correction sejuta kali.

– Memang selamat la.

– abis

Pabila sambung PhD kelak -> Jika Master anda adalah by Research

– Senang sangat, proses anda dah tahu.

– Pada semester pertama dah boleh tahu dan kesan masalah

– Semester kedua produce initial result -> jurnal pertama yang impak rendah skit

– Semester ketiga bentang research proposal – siap result

– Semester keempat dah dapat complete set result dan analisis yang mapan.

– Semester kelima – tulis thesis dan jurnal berimpak tinggi

– Semester keenam submit thesis anda dan boleh melancong di negara anda study ini. Atau tulis aje berpuluh2 paper yang lain.

Pabila sambung PhD kelak -> Jika Master anda adalah by Taught Course (Jika anda tidak pernah buat research di fakulti)

– Sama seperti cara PhD diatas tetapi ianya bergantung secepat mana anda kejar atau melebihi orang yang pernah membuat penyelidikan dari peringkat master lagi.

– Tiada masalah pun yang penting dapat mendisiplinkan diri anda

 

Misi saya adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga pemerhatian saya, jika anda hendak berjaya, tak kisah anda pernah taught course atau pun tak, pastikan budaya research sentiasa berjalan. Jangan berhenti. Belajar sehingga akhir hayat. InsyaAllah mudah PhD anda kelak. Terapkan dalam hati, jika anda amik master by taught course, pastikan anda ada direction dan juga pemikiran hendak buat research. Ingatlah, kita bukan hanya bekerja, kita memberi bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

TIdak kira apa jalan yang anda ambil, pastikan ianya diredhai Allah S.W.T.

Goodluck dan semoga berjaya

About the Author razorjr

Research and Academician

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s