Salam,
Selamat Menyambut ramadhan yang ke-19 pada hari ini. Dimana patutnya kita memperbanyak lagi dan mempertingkatkan lagi amalan kita di bulan puasa ini agar dapat sama-sama mendapat rahmat Allah. Sesungguhnya, pahala yang melimpah ruah sudah dijanjikan oleh Allah. hanya tinggal pada diri kita sahaja samada mahu merebutkannya atau tidak.
Berkaitan dengan topik perbincangan kita pada hari ini adalah, betapa buruknya sikap manusia yang tidak bersyukur.
Memang diakui, sebilangan manusia tidak pernah bersyukur bahkan mencaci setiap perkara buruk yang berlaku padanya. Bahkan, jika mendapat balasan dan habuan yang berpatutan pun, manusia ini tidak pernah bersyukur.
Merujuk kepada perkara di atas juga, saya ada mendapat pamplet dimana pamplet tersebut mengandungi perihal satu tempat untuk kanak-kanak kurang upaya. Di dalamnya, terdapat pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India yang menjadi penghuni tempat kurang berupaya ini. Bahkan, ada yang berumur melebihi 30 tahun dan hanya segelintir manusia yang sanggup menjaganya dan mem”maintain” tempat kurang upaya tersebut.
Menurut person in charge untuk tempat kurang upaya tersebut, kebanyakan ibubapa mereka hanya muncul pada ketika memberi anak mereka untuk dijaga. Dan seperti yang dijangkakan, selepas itu 95% tidak langsung melawat mereka kembali. Bahkan, ada yang teruk, ada pasangan MELAYU yang berstatus tinggi tetapi membuat anak di GEREJA. dan atas simpati gereja tersebut, gereja tersebut menghantar anak pasangan ini ke tempat anak yatim ini dan dipelihara secara Islam.
Tempat tersebut ada mentor Melayu, Cina dan India, dimana mereka dibesarkan sama rata kerana bagi Islam, mereka sudah digelar terencat akal/kurang waras. Bagi kanak-kanak Melayu Islam, mereka sudah pasti diberi tempat yang baik di akhirat kelak dan balasan setimpal pasti menimpa kepada pasangan yang membiarkan anak mereka ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
Apakah sudah hilang akal manusia-manusia ini yang sanggup tidak membesarkan anak mereka sendiri?
Adakah mereka mengejar wang dengan tamaknya kerana tiada masa membesarkan anak yang kurang upaya?
Adakah mereka tidak fikir yang mereka lahir kedunia disebabkan hubungan antara suami dan isteri?
Bila kandungan tersebut kurang upaya, mengapa dibiar orang lain jaga? Adakah sebab tiada masa? Malu?
Itu semua pemikiran “bodoh” dan juga pemikiran “bangang” sebahagian keluarga yang tidak bersyukur kepada kurnian Allah.
Allah pasti membalas dengan balasan setimpal. Mereka tidak boleh lari. Mereka akan pasti mati dan apabila mati kelak mereka sedar mereka amat SALAH!!!.
To be honest, it is very disappointing that today humanity is becoming more cruel than ever. They only think about getting their house bigger and expensive car. As long as people see them rich, they become more cruel and so arrogant.
To me, they are nothing but a “dead human” than “real human”. They don’t feel anything just like a zombie. They only hunger for so called “numbered notes” where human being always called it as a “money”.
Kisah pembuangan anak, dan pelbagai lagi semakin berluasa. Kanak-kanak dan remaja segelintir sudah gemar melakukan jenayah. Apakah sebab mereka melakukan jenayah?Sebabnya ibubapa kurang perhatian kepada mereka ini. Mereke dibiarkan, dan ibubapa bergaduh dan perkahwinan mereka berdasarkan nafsu semata-mata. Ibu bapa seperti ini lebih kepada “Zombie Parent” dimana mereka hanya tumpu pada diri mereka dan bukan pada anak.
Pada sebahagian ibubapa ini, kanak2 hanya sebagai tanda kagum mereka dapat anak. Sebagai tanda mereka boleh mencorakkan masa depan anak yang moden dan tidak mengikut acuan Islam.
Lihat sajalah, ibubapa yang bersama anak2 pergi ke konsert2 dan juga karnival2 yang melambatkan waktu solat tanpa ada sebarang majlis ilmu.
Ceramah-ceramah agama hanya dihadiri minoriti sahaja
So, my fellow friends and relatives. Please raise your child according to the way of Islam.
Make your marriage is something that will shape your future toward the way of Islam.
Remember, Allah already stated that no matter what happens in the future, as long as we stick together to Al-Quran and Hadith, we will safe and sound. Even if we struggling hard right now to face the evil, but remember that when we are in another world, we will feel unimaginably safe compared to this world.
Sebagai akhiran, renungkanlah firman Allah S.W.T
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa’ 17: 31]
Dan Tanda2 kecil -Kiamat
Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ | Dari riwayat Ibnu Masud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang” – Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad |
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ | Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. |
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ | Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” – Hasan At-Tayalisy. | ” |
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ | Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” – Riwayat Bukhari | ” |
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
“ | “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad | ” |
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
“ | Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” |
” |
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ | Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi |
Dan banyak lagi…
Wallahualam