Selamat Datang ke dunia universiti kepada pelajar2

Assalamualaikum,

Saya kali ini ingin menulis kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus samada diperingkat Diploma ataupun Bachelor Degree. Kepada yang sudah berada di tahap master atau PhD, mereka semestinya sudah tahu berfikir lebih matang berbanding Diploma ataupun Bachelor Degree (majoritinya). Ataupun boleh anggap juga tulisan ini sekadar satu pendapat kepada anda semua.

Saya masih ingat lagi, kali pertama melangkah ke alam universiti ini mengundang rasa seronok dan serba tidak tahu. Maklumlah, setelah 11 tahun belajar di sekolah rendah dan menengah, perlu pula ke universiti. Kadang-kadang ada dikalangan pelajar sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan apa sebab perlu belajar dan belajar.

Sebenarnya, jika dilihat kembali, ibubapa atau anak itu sendiri perlu dididik agar mengetahui sebab dan mengapa mereka perlu belajar dan menuntut ilmu. Jika tidak, kemungkinan besar mereka akan mudah memberontak samada secara negatif atau positif. Secara positifnya, mungkin mereka akan berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk berjaya. Itu dikatakan pemberontakan positif. Dan jika negatif, mungkin mereka tidak mahu lagi belajar bersungguh-sungguh setelah UPSR, PMR, dan SPM telah dilalui dan penat setelah sekian lama belajar.

Oleh itu, penerapan mengapa dan sebab mereka belajar perlu ditekankan dari kecil lagi. Ilmu merupakan satu sumber pahala kepada kita dan jika mengajarkannya kepada orang lain, ianya akan berganda-ganda. Jika ilmu itu positif ataupun baik, maka pahala pastilah berlipat kali ganda. Dan jika ilmu itu negatif, dosa juga akan bercambah-cambah juga. Ianya bergantung kepada niat kita dan cara kita menuntut sesuatu ilmu itu. Dan ibubapa serta anak itu sendiri mestilah pandai atau diajar cara mencari ilmu yang sepatutnya dan berteraskan kebenaran.

Apa ertinya jika kita mengajar kepalsuan? Contohnya seorang pensyarah tidak mengaku salahnya dan tidak memberitahu perkara sebenar untuk mengelakkan malu. Sebenarnya ini tidak perlu berlaku, sebaliknya mohonlah maaf dan ajarkan ilmu yang sebenarnya. Katakan sahaja kepada pelajar-pelajar, yang ada kesilapan dari segi fakta sedikit kerana biasalah manusia mudah lupa. Tidak perlu berbohong kepada pelajar-pelajar dan angkuh mengatakan dirinya betul. Dan sebagai pelajar, adalah salah untuk anda mencaci pensyarah anda dan mengutuk pensyarah anda sekiranya mereka salah dan memohon maaf. Sedangkan anda sendiri tahu manusia itu mudah lupa dan membuat kesilapan. Oleh itu, sama-samalah menegur antara satu-sama lain. Bagi saya, saya harapkan pelajar dapat menegur kesalahan saya jika saya silap. Bahkan, saya sendiri kadang-kadang stuck dengan sesuatu soalan dan saya memberitahu akan mencari jawapannya dalam masa terdekat. Maklumlah, kenkadang ada hal yang mengganggu permikiran saya seperti terlalu panas (bilik kuliah) dan tidak sempat membuat contoh yang bagus.

Selain daripada itu, tanggungjawab anda sebagai pelajar juga harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Bermulanya tarikh anda masuk universiti, anda harus ingat yang universiti bukan tempat untuk anda disuapkan atau mengangguk sahaja, sebaliknya, anda mesti bersifat seperti seorang pemikir bebas dalam hal-hal keilmuan dengan berpaksikan Al-Quran dan Hadis. Segala pendapat yang ilmiah boleh dilontarkan dan dibincangkan dalam kelas. Sentiasa target pencapaian anda dari semasa ke semasa. Dari tahun pertama lagi, saya akan menasihati pelajar-pelajar untuk sentiasa berusaha mencari ilmu dan diri sendiri. Tidak perlu meniru orang lain kerana setiap orang itu berlainan. Tiada pengantinya dan anda adalah satu-satunya di dunia ini. Anda ada sejarah anda sendiri dan anda akan berjaya lebih dari orang lain. Tidak perlu anggap orang lain hebat kerana anda sebenarnya lebih hebat!

Apabila setiap semester bermula, pastikan diri anda bermotivasikan diri yang baru. Tidak perlu ingat kejadian lepas yang buruk. Contohnya result anda semester lepas tiada kena mengena dengan semester baru ini. Jika anda dahulu 2.10, semester ini tidak akan sesekali 2.10, tetapi 4.00! Percayalah, setiap semester baru bermula, anda semua sama sahaja, tidak perlu mengagungkan rakan-rakan anda yang berjaya mendapat result cemerlang tetapi anggap sahaja mereka sebagai satu tauladan baik yang perlu dicontohi. Pilihlah kawan yang bagus dan support anda. Don’t ever hate other people or be hated by other people. Jadikan diri anda seorang yang berpendapat bebas dan berilah cadangan yang bernas dan juga jadikan diri anda seseorang yang bercakap benar tanpa bias pada mana-mana pihak.

Sebagai contoh, saya mengkagumi Tun Dr. Mahathir Mohammad dan juga Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Ada pelbagai lagi tokoh yang saya kagum dengan beberapa pencapaian mereka dan saya tidak akan sesekali bersikap bias sekiranya ada benda yang baik diimplementasikan dalam negara kita. Saya berdoa agar pelajar-pelajar sekalian dapat bersikap terbuka dalam sesuatu isu dan tidak menolak seratus peratus kesemua perkara baik tersebut. Apa yang baik kita jadikan tauladan dan apa yang buruk kita jadikan sempadan. Menyokong pendapat tidak semestinya menyokong individu terbabit. jadikan diri anda penyokong 100% kepada ajaran Al-Quran dan hadis dalam menentukan kehidupan anda.

Saya sendiri akui, kita perlu tahu yang kita perlu berdiri megah dengan diri kita sendiri. Segala anasir luar perlu dikeluarkan secara beperingkat dan Alhamdulillah banyak kewujudan bank-bank islam wujud dan kita berharap Bank-Bank Islam ini akan menjadi kuasa utama dalam urusan urusniaga di dunia ini. Undang-undang pula perlu sedikit demi sedikit (jika tidak mampu untuk sepenuhnya) diimplemenkan mengikut Al-Quran dan Hadis berdasarkan kuasa yang kita ada.

Apabila sesebuah universiti itu wujud, saya rasa pentingnya kita menyediakan penginapan dan juga tempat tinggal yang baik untuk pelajar-pelajar. Bagi saya, terdapat banyak kemalangan berlaku di luar jika pelajar terlalu bebas diluar. Saya seorang pelajar juga dahulu dan amat berharap agar semua universiti bertungkus-lumus menyediakan penginapan di dalam kampus terutamanya kepada pelajar-pelajar baru. Bukan apa, kesian mereka menunggu bas dan tidak dapat duduk di bilik study terutamanya di perpustakaan di universiti 24 jam. Semasa saya di UTM, ada bilik di perpustakaan yang dibuka 24 jam untuk study dan bahkan ada banyak makmal yang terang berderang kerana ada pelajar melakukan penyelidikan. Saya sendiri duduk lab siang dan malam ketika membuat penyelidikan semasa Master Degree dahulu.

Supervisor juga mestilah sentiasa memantau pelajar-pelajar dibawah kendalian masing2. At least setiap minggu buat perjumpaan di bilik supervisor dan setiap bulan buat pula presentation dengan semua pelajar-pelajar ini. Bookinglah bilik mesyuarat atau apa jua bilik kosong dan present hasil setakat 1 bulan ini dan teruskan dari bulan ke bulan. Dengan ini mereka sentiasa dapat bersedia untuk present dari semasa ke semasa.

Ini semua adalah pendapat saya yang biasa ini sahaja. Semoga anda memperoleh manfaat dan menjadi insan yang lebih baik dari saya. Ya, lebih baik dari saya, Sentiasa bandingkan dengan orang yang lebih atas dari kita dan janganlah bandingkan dengan orang yang lebih bawah. Kerana dengan bandingan sedemikian, kita akan sentiasa improve diri kita untuk jadi lebih baik.InsyaAllah.

Ahad – 4.51 petang – September 18, 2011

Published by razorjr

Research and Academician

3 thoughts on “Selamat Datang ke dunia universiti kepada pelajar2

  1. salam.

    sir, saya nak mintak tolong. boleh tak bagi nasihat sikit pasal tujuan kita belajar. i mean, kadang-kadang saya rasa tertekan dengan kawan-kawan yang cuba nak jatuhkan saya. cuba untuk mendapat pointer yang lebih tinggi dari saya. kadang-kadang saya fikir diorang ni belajar bukan kerana Allah tetapi nak kejar pointer kawan-kawan sekeliling dia. ya memang la persaingan dalam study tu baik tapi ada sesetengah tu yang buat stress. saya takut nanti saya belajar sebab taknak kalah dengan diorang. saya selalu cuba elakkan perasaaan tu tapi manusia ni lemah sir. any advice? huhu.. pape pun, sir doakan kejayaan saya ye C;

    – your ex student DE

    1. Sebenarnya perkara seperti itu sememangnya akan ada berlaku dalam kehidupan sekeliling kita. Maksudnya, jika kita pandai, maka ada sekumpulan orang tidak suka. Bahkan jika kita tidak pandai pun, ada yang tidak suka. Itu ada dimana-mana. Cara terbaik adalah kita hanya ambil yang baik sahaja, yang buruk kita jadikan sempadan. Sebagai contoh, jika ada rakan2 yang mendapat 4 flat, maka anggap itu sebagai cabaran untuk kita mendapat 4 flat juga. Usah pedulikan yang mereka ingin menjauhkan diri dari kita. Car kawan yang sebenar-benar kawan. Kena perhatikan juga kawan yang dalam diam merupakan lawan kepada kita. Sahabat adalah yang paling bagus. Turun atau naik keputusan kita, mereka ini yang ambil kisah mengenai kita. kawan memang senang dicari, tapi sahabat susah untuk dicari. Saya dahulu pointer rendah sahaja masa awal2, tapi saya terus naik pointer saya pada 4 ke 5 semester terakhir. Saya tidak ambil peduli pointer orang lain. Saya nak kejar semaksimum mungkin ilmu yang boleh dapat.

      1) Just belajar dan bersaing dengan sihat. Buat tak peduli sahaja kepada perkara-perkara negatif 2) Sentiasa perbaiki niat. Niat mesti ikhlas dan bukan tujuan menunjuk-nunjuk.

      InsyaAllah akan berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: