Sistem Kanak2

Assalammualaikum,

Diambil dengan izin di http://www.saifulislam.com

– Saifulislam.Com – http://saifulislam.com –

Sistem Nilai Kebudak-budakan

Posted By Abu Saif On 19/09/2011 @ 4:06 pm In ATN4 | 9 Comments

“Kenapa Yop dapat dua, Imad dapat satu?” Imad membantah.

“Yop dapat dua keping duit lima ringgit. Jadi semuanya ialah sepuluh ringgit. Sama macam Imad” kata Uncle Hasan.

“Entah Imad ni. Yop dapat sekeping warna merah. Ini RM10. Imad dapat dua keping RM5, maknanya RM10 jugalah!” Saiful Islam menyampuk.

Rimas dengan rengekan Imad.

“Tapi Yop dapat dua, Imad dapat satu!” Imad terus merungut berulang-ulang kali.

“Warnanya kan lain. Dua keping duit hijau sama dengan satu keping duit merah” Uncle Hasan cuba memujuk.

“Ukkk… tapi Imad nak dua. Yop dapat dua. Imad dapat satu!” Imad masih mempertahankan ‘sistem nilai’nya.

“Ye la, ye la! Nah ambil dua keping ni” Saif mengalah.

Imad tersengih. Baru puas hati.

Dunia pun bertambah aman.

Imad tidak faham nilai pada wang itu. Dia baru berusia lima tahun. Apa yang dia faham, dua keping lebih banyak daripada sekeping.

Itu Imad.

Bagaimana pula kita yang sudah tua? Tidak dapat menghargai 27 kali ganda pahala yang ditawarkan Allah pada solat berjemaah?

Sudah diberitahu nilai matawang Akhirat lebih berharga, masih mengutamakan sedikit habuan matawang dunia.

[1]“Sedangkan Akhirat itu lebih baik dan kekal buatmu” [Al-A’la 87: 17]

Sudah tua, tetapi sistem nilai masih kebudak-budakan.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra
FB.com/hasrizalabduljamil

Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa’ [2]


© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

“Erti Hidup Pada Memberi”

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra, Kajang

 

Related posts:

  1. Akhirnya Kutemui Nilai Ukhuwwah [3] KEJUTAN DI BURSA “Boleh saya tahu, awak dari negara mana?”…
  2. Krisis Nilai Dalam Politik Semasa [4] Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek [foto: harakahdaily]…
  3. Nihonjinron: Secebis Nilai Islam Tanpa Muslim [5] “Masih banyak sawah padi di Jepun ini ya”, saya menyambung…
  4. Nilai Sebuah Kembara Ilmu [6] “Buyrun, kahvalti, kahvalti (Silakan, sarapan pagi, sarapan pagi). Bagaimana kamu pagi…
  5. Lahabib: Antara Nilai Islam dan Muslim [7] Belfast itu memang sebuah MEDAN “Imam diminta pergi ke B&B…

Article printed from Saifulislam.Com: http://saifulislam.com

URL to article: http://saifulislam.com/?p=10386

URLs in this post:

[1] Image: http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2011/09/87_17.png

[2] Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa’: https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=_xclick&business=hasrizalabduljamil@gmail.com&currency_code=&amount=&return=Jazakumullahu khairal jazaa

[3] Akhirnya Kutemui Nilai Ukhuwwah: http://saifulislam.com/?p=6332

[4] Krisis Nilai Dalam Politik Semasa: http://saifulislam.com/?p=9183

[5] Nihonjinron: Secebis Nilai Islam Tanpa Muslim: http://saifulislam.com/?p=2600

[6] Nilai Sebuah Kembara Ilmu: http://saifulislam.com/?p=3618

[7] Lahabib: Antara Nilai Islam dan Muslim: http://saifulislam.com/?p=7879

© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: