Salam,
Saya baru-baru ini membaca artikel IEEE Spectrum versi 9.11 di mana salah satu artikelnya amat menarik dan sangat bagus untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan yang mungkin tidak daftar IEEE ataupun sesiapa sahaja di sana.
Di China, beberapa tahun sebelum nya (11 years ago) sekumpulan jurutera merancang untuk membina sebuah Submersible yang berkebolehan menyelam dalam laut. Mereka mengatakan mereka tidak ada apa-apa reference sangat. Yang mereka ada adalah beberapa gambar, kepakaran mereka sendiri yang pelbagai (mungkin juga berkaitan bidang tersebut dan dipelajari dari luar negara), dan mereka sendiri tidak pernah melihat dengan sendiri sebuah Submersible yang mampu membawa manusia ke dasar laut yang dalam. Mereka mengatakan mereka memulakan dari awal (from scratch – without advantage).
Tetapi, pada tahun ini, bulan Julai 2011, mereka berjaya melakukannya pada tahap 5057 meters below. Walaupun rekod masih dipegang Jepun, tetapi yang penting mereka sanggup memulakan dari awal dan mereka bentuk dari sangat awal.
Jika berdasarkan pengetahuan saya, mungkin pada awalnya kita boleh membuat satu underwater vehicle yang hanya menyelam pada kedalaman sekadar 1 meter sahaja. Kemudian, sedikit demi sedikit function tersebut ditambah, daripada tiada video surveillance kepada ada video surveillance. Kesemuanya dilakukan dengan sabar dan kemudian terhasillah sebuah submersible sendiri. Mungkin selepas ini mereka boleh mereka bentuk Kapal Selam buatan sendiri (ataupun mungkin dah ada). Saya amat berharap suatu hari nanti, Malaysia juga dapat mereka bentuk kapal selam sendiri tanpa perlu meniru bulat-bulat teknologi orang. Tidak perlu terkejar-kejar pun orang lain punya teknologi. Apa salahnya kita gabung kepakaran dan kita lakukan dari awal. Start dengan satu kapal selam mini. Hanya mampu tenggelam timbul sahaja. Kemudian kita buat sistem navigasi dia. kemudian kita tambah sedikit2 function, tukar material dan kita guna segala patent yang kita ada dalam Malaysia ini untuk buat kapal selam kita.
Pada tahun 1980 dan 1990, penyelidik China ini bina remotely operated and autonomous underwater vehicles yang dikatakan mampu pergi sehingga 6000 meters bawah laut. Tetapi mereka kata, tak pernah digunakan pun (tapi pernah diuji). Government budget ada diberi, tetapi hanya sekadar untuk membuat research sahaja dan tidak digunakan. Setelah diuji, simpan dalam warehouses sahaja (Demikian petikan dalam IEEE Spectrum tersebut).
Kemudian pada tahun 2002, mereka mula merekabentuk dari awal dan selama 2 tahun diambil untuk plan sahaja dan membuat model berdasarkan kayu dn besi untuk memastikan skala diikut dengan betul. Tidak terkejar-kejar dateline sangat tetapi memastikan setiap dateline itu relevant. Sebab pada pendapat saya, kita mestilah membuat penyelidikan itu berdasarkan masa yang relevan. Benda yang sepatutnya ambil masa 2 tahun, patut dibuat 2 tahun dan bukannya 1 tahun sahaja. itu sekadar pendapat. Mungkin ada yang genius tetapi bagi slow and steady approach, baik kita merancang dengan sangat teliti. Daripada kita berjaga siang dan malam untuk penuhi dateline yang tidak munasabah, baik kita rancang baik-baik dan dapat kita ada masa bersama famili dan juga alam sekitar.
Ada ayat yang bagus didalam artikel ini
“When this high-tech fleet is in operation, the science can really start. “The Chinese government’s mission is to push forward the technology,” says Cui. it’s his mission to keep that technology out of the warehouses, and in the seas”
jadi, kepada rakan-rakan penyelidik serta diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk membuat sesuatu yang tidak diletakkan diwarehouse sahaja. Misi kita untuk sedarkan government dan juga syarikat di luar sana agar melabur dalam teknologi kita sendiri. Saya amat menyokong segala usaha kerajaan dan juga syarikat luar sana untuk membangunkan teknologi tempatan. Kepada pelajar-pelajar sekalian, amik iktibar dan sentiasa berusaha untuk mendapat pendidikan kualiti dan bukannya pendidikan kuantiti. Biar anda tahu serba serbi mengenai sesuatu subjek tersebut daripada mendapat A disebabkan menghafal. Biar dapat B disebabkan anda tahu disebabkan ilmu yang sebenar dan bukan dapat A sebab menghafal. percayalah, sesiapa yang kejar ilmu secara betul, pasti dia yang akan berjaya. InsyaAllah.
Yeah bro, memang betul tu…kita takyah terkejar2 orang lain tapi kita buat ape yang patut kita buat dengan slow and steady approach. Good luck for your PhD undertaking dude. Aku baru bersalaam dengan penyelia ko kat KL semalam 😉
hahaha.dia turun KL pulak. rasanya patut minggu satu lagi baru dia turun dalam 3 oktober camtu.