Assalammualaikum,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
……
Dalam kehidupan seharian, ada kalanya kita tidak mampu melakukan sesuatu . Sebagai contoh berpuasa di bulan puasa. Jika ada keuzuran, maka dibenarkan membukanya tetapi wajib mengantikannya di masa hadapan. Ini menunjukkan bahawa Allah sayangkan hambanya dan beri kita peluang menebusnya di masa hadapan.
Saya bukanlah seorang Ustaz untuk layak berbicara mengenai soal ini, tetapi setakat ilmu yang saya ada, saya cuba huraikan berdasarkan ilmu tersebut.
Ini kerana saya lebih tertarik dengan kehidupan seharian. Dimana sebagai manusia juga, pasti juga seorang pekerja juga kadang-kadang tidak berkemampuan maka dibenarkan bercuti atau berehat dengan kadar-kadar tertentu. Tidak perlu pula sebelah pihak memarahi atau menghukum jika sebahagian daripada mereka ini tidak dapat menjalankan tugas tersebut pada ketika itu dengan baik.
Sebagai contoh, mungkin seorang pekerja itu sudah datang bekerja, tetapi di tengahhari terpaksa pulang ke rumah kerana isteri atau anak sakit maka seharusnya dibenarkan balik untuk melihat keadaan mereka. Tetapi, harus dia juga berniat untuk menggandakan kerjanya pad suatu ketika yang lain ketika masalah telah selesai. Sebagai contoh, mungkin hadir ke pejabat seperti biasa dan pulang sedikit lewat sebagai ganti hari yang balik awal tersebut. Difahamkan juga, sebenarnya balik hal kecemasan sebenarnya dibenarkan tetapi tidaklah boleh selalu. Yang penting mengisi borang dan diserahkan kepada Ketua Jabatan (atau sms/telefon Ketua Jabatan) sudah memadai.
Bagi yang bekerja flexible time atau Project-Based, maka yang penting segala tugasan kerja siap dibuat dan pendapat saya tiada masalah untuk mereka pulang awal. Hal ini sama seperti pensyarah yang rajin menyiapkan kerjanya awal dan akhirnya segala kertas kuiz, ujian dan peperiksaan akhir telah disiapkan pada minggu pertama lagi dan hanya menanti masa untuk melaksanakan sahaja.
Kita juga boleh menyiapkan awal-awal kuiz, ujian dan peperiksaan akhir kerana di minggu-minggu seterusnya kita hanya perlu tumpu mengajar. Slide telah juga disiapkan dan templat markah juga telah disiapkan. Bahkan fail subjek juga sudah disediakan. Mungkin anda boleh menumpu sepenuhnya kepada penyelidikan pula.
Ini berlaku kepada saya di mana saya hanya membuat penyelidikan dan supervised pelajar PSM sahaja kerana semuanya telah disediakan awal. Setiap tahun saya merancang berapa banyak persidangan saya akan hadiri dan bilangan jurnal. Setakat ini, saya masih berpegangn dengan prinsip 3 persidangan IEEE dan 3 persidangan biasa dan 1 atau 2 jurnal tempatan dan antarabangsa.InsyaAllah
Berbalik kepada topik yang di atas, kita juga boleh mendapati sebaiknya jika tidak larat mengikuti sesuatu program, maka tidak payahlah hadir dengan syarat anda benar-benar keuzuran, ahli keluarga tidak sihat atau hal-hal mustahak lain. Yang penting, sediakan sahaja surat tunjuk sebab, surat Dr, atau lain-lain yang boleh dijadikan bukti untuk anda jelaskan kelak. Tidak perlu takut kerana berani kerana benar, takut kerana salah.