@UTM First Day

Assalammualaikum,

Setelah selamat tiba di UTM pada area pukul 5.00 petang semalam dalam keadaan hujan lebat sepanjang kawasan lebuh raya bermula di daerah Yong Peng, saya menyedari bahawa UTM ini tersingkap banyak kenangan ketika belajar dahulu.

Kemudian berjumpa pula dengan supervisor lama semasa membuat PSM dahulu, dan sempat berborak beberapa minit dan kelihatan bahawa masa ini semakin pantas dan jelas kelihatan bahawa jika kita tidak berusaha secepat mungkin dan melengahkan masa lagi, masa akan berlalu meninggalkan kita. Oleh itu, lakukan apa yang boleh dilakukan setiap masa dan isikan dengan perkara dan benda yang bermanafaat.

Isteri saya pula terserempak dengan pensyarah lamanya yang mengajar ketika belajar di UTM dahulu ketika hendak memulakan mengerjakan solat di surau. Saya juga berkesempatan menemuinya selepas isteri saya keluar dari bilik surau dan berborak seketika mengenai apa yang saya lakukan sekarang.

Kemudian, kelihatan banyak bangunan baru telah siap dan menyedari bahawa hampir dua ke tiga tahun setiap bangunan tersebut diambil masa untuk disiapkan. Saya rasa sepatutnya tidak lama. Tetapi disebabkan menunggu CF mungkin atau beberapa kawalan keselamatan yang perlu diambil, bangunan-bangunan tersebut hampir kesemuanya belum boleh diduduki. Saya sendiri tidak faham kenapa perlu diambil masa yang lama untuk diduduki.

Tetapi saya tertarik sekali dengan rekabentuk bangunan FKE yang agak menarik dimana ianya meruncing tirus dibahagian hujungnya. Berdasarkan percakapan adik saya, ianya berbentuk huruf A jika dilihat dari atas  udara (mungkin boleh dilihat dari helikopter). Bangunan-bangunan lain hebat juga

Saya sendiri tidak faham kenapa semasa kita belajar diperingkat Sarjana Muda, kenangan itu lebih diingati berbanding ketika Master atau PhD. Mungkin bagi saya sahaja kerana ketika di Sarjana Muda lah kita baru first time memasuki universiti (sekali lagi ianya kepada invidividu yang memasuki Sarjana Muda dari awal sahaja). Bagi yang diploma, itulah yang dirasai paling awal. Tetapi sepanjang tempoh Diploma dan Sarjana Muda bagi sesetengah individu tersebut, mungkin memorinya lebih banyak disebabkan faktor masa yang panjang untuk dihabiskan bersama rakan-rakan berbanding ketika di Master dan PhD yang lebih menjurus kepada aktivit penyelidikan berseorangan atau sekumpulan kecil penyelidik sahaja.Tetapi perkara ini sememangnya subjektif dan setiap individu ada pengalaman dan pendapatnya tersendiri.

Tidak ada banyak yang berubah dari segi fizikal UTM ini kerana apa yang pasti, setiap bangunannya telah padat dan mungkin akan kekal sebegitu sahaja kecuali penambahan bangunan, di cat atau ada pengubahsuaian bangunan.

Sekitar area selepas Angsana juga berubah di mana jalan raya tersebut telah diubahsuai untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku setiap pagi. Kali ini kita boleh berada pada 3 lane sehinggalah ke bandar Johor Bahru. Laut juga telah ditambak dan jalan bertambah lebar. Danga Bay juga telah tiada dan difahamkan akan digantikan dengan resort. Tetapi yang menjadi masalah lautnya agak kotor ketika beberapa tahun lepas dan tidak tahulah keadaan lautnya sekarang ini.

Tune hotel juga nampak tersergam indah dan menariknya ianya dihadapan Sekinchan Ikan Bakar. So, bolehlah kepada sesiapa yang hendak sangat makan ikan bakar di Sekinchan ini dan kebetulan ingin bermalam di Johor Bahru, ambil sahaja hotel Tune Hotel ini kerana ianya depan dengan Sekinchan ikan bakar. Bangunan Tune Hotel ini agak besar dan rekabentuk biliknya lebih luas berbanding Tune Hotel yang lain dari segi pengamatan saya. Banyak juga rakyat Singapore datang dan menginap di hotel ini sempena Deepavali hari ini (26 Oktober 2011). Bayangkan dengan RM40 ke RM50 sahaja boleh duduk di hotel yang katilnya hebat, bilik airnya hebat dan suasana dalam biliknya juga agak baik.

 

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: