Assalammualaikum,
Saya suka melihat video dibawah ini berulang kali. Mengingatkan kita bahawa yang kita cari sebenarnya di dunia ini adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Saya sering melihat kehidupan ini sebagai suatu perjalanan yang semuanya adalah ujian daripada Allah S.W.T.
Bayangkan keperitan yang telah lalui suatu ketika dahulu…
Semasa kita sedang bertungkus lumus belajar untuk mencapai keputusan yang baik semasa PMR…..SPM.
Semasa kita sedang bertungkus lumus untuk menyara diri sendiri ketika di universiti…makan meggi semasa tiada duit…nasi kosong dengan sup….nasi dengan telur sahaja…dan pelbagai lagi…
Semasa kita dihimpit kesusahan wang oleh ibubapa kita yang membesarkan kita….menghantar kita ke sekolah…
Dan sebagai anak, tidakkah kita fikir betapa peritnya ibu mengandungkan kita selama 9 bulan? Dengan muntah-muntahnya, dengan si bapa terpaksa membeli makanan walaupun kesempitan duit akibat ibu tidak boleh langsung memasak dan bau makanan untuk di rumah. Ketika si bapa kerja keras sambil membahagikan masa menjaga ibu kamu semasa mengandungkan kita? Semasa bapa mencari wang untuk memastikan kita dilahirkan dengan selamat di hospital dengan kelengkapan-kelengkapan kamu?
Dan bagaimana semasa kecil ibubapa menjaga kita dari sebarang anasir tidak baik? Jika difikirkan semasa bayi, kita tidak dapat berbuat apa-apa. Bayangkan nasib bayi-bayi yang dibuang dan akhirnya meninggal dunia. Tidakkah kita rasa bersyukur kita dididik dengan baik dan akhirnya membesar dengan hebatnya.
Oleh itu, walau seburuk mana atau sebaik mana ibubapa kita, hargailah mereka. Sebab kita masih hidup dan bernafas dan dapat mencari ilmu dan bekerja sehingga hari ini. Kepada pelajar-pelajar, tidak perlu menggagalkan diri anda ketika belajar di universiti. Buatlah yang paling baik dan sebaik-baiknya. Cubalah, cubalah, dan cubalah. Allah akan bersama orang-orang yang berusaha dan berdoa kepada-Nya.
Mungkin ada yang tidak bernasib baik kerana ibubapa terlibat dalam pelbagai masalah. Cubalah cari jalan menginsafkan mereka dan tunjukkan mereka ke jalan yang lurus. At least anda masih hidup dan dibesarkan dengan baik.
Kepada yang telah kehilangan ibu atau bapanya atau kedua-duanya, ingatlah, doa kita akan sampai kepada mereka. berdoalah kerana dengan mereka, anda menjadi insan berguna seperti sekarang…
….
Kehidupan.
…
Kadang-kadang kita mendapati ianya terlalu membosankan kerana kita terlalu terkongkong dengan pelbagai masalah dunia yang melanda diri kita. Tetapi hakikatnya, inilah suatu nikmat yang Allah S.W.T. bagi kepada kita untuk mendapat kerahmatan hidup di dunia dan di akhirat.
Pada pendapat saya, jika kehidupan itu terlalu terkongkong dengan cita-cita dan azam orang lain, maka seseorang itu tidak akan mencapai tahap muslim super iaitu seorang muslim yang berwibawa dan patuh pada perintah Allah S.W.T.
Bayangkan anda hanya bangun pagi, bersiap ke tempat kerja, kemudian makan pagi, melakukan kerja, dan akhirnya pulang ke rumah dan meneruskan agenda kehidupan sehari-hari tanpa sebarang improvement. Anda hanya mengikut sahaja tanpa sebarang peningkatan kendiri. Sebagai umat Islam, anda harus meningkatkan produktiviti dan tahap keimanan anda sehari demi sehari.
Oleh itu, pastikan dalam kehidupan anda, dipenuhi oleh cita-cita dan rancangan anda sendiri. Tidak perlu mengikut acuan orang lain kerana anda adalah satu-satunya didunia ini dan anda tidak boleh menjadi orang lain walau macam mana pun anda mencuba. Sebagai contoh, anda tidak akan jadi Bill Gates tetapi anda boleh samada menjadi lebih teruk dari Bill Gates atau menjadi lebih baik dari Bill Gates atau menjadi individu yang unik dengan kemahiran anda tersendiri.
Seperti saya, saya merancang kehidupan saya sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana individu kerana yang penting setiap checklist kerja saya dengan majikan adalah dipenuhi. Bermaksud jika ada LIMA jenis tugas untuk dijalankan, saya pasti akan selesaikan LIMA jenis tugas tersebut. Setelah checklist tersebut dipenuhi, saya akan membuat kerja saya sendiri dan juga penyelidikan saya tersendiri kerana ianya tidak menganggu tugas. Sebab tugas saya sudah dipenuhi.
Sebagai contoh, 20 orang pelajar mungkin boleh membuat segala tugasan yang diberikan termasuk kuiz-kuiz, ujian-ujian dan peperiksaan akhir. Tetapi kenapa keputusan mereka berlainan sama sekali? Bagi pensyarah, mereka merasa pelik kerana segala jenis tutorial telah diberikan dan dibagi “hint” pula semasa peperiksaan akhir, tetapi keputusan tetap berlainan.
Maka inilah yang dikatakan kerja-kerja lain atau tambahan yang diperlukan oleh seseorang pelajar. Seorang pelajar itu bergantung kepada niatnya, hasil usahanya sendiri atau rancangannya tersendiri. Pelajar A tidak boleh sentiasa mengikut pelajar B kerana pasti keputusan amat berlainan dan tidak akan sama. Jadi, berhenti untuk menjadi orang lain dan jadilah diri anda sendiri mengikut acuan Islam. Sentiasa setkan diri anda untuk berada di peringkat lebih tinggi.
Sebagai contoh, jika sebelum ini anda tidak ke surau, maka pergilah ke surau paling tidak masa solat Zohor dan Asar. Kemudian anda melihat ada yang pergi ke masjid lima waktu, maka anda bercita-cita untuk pergi ke masjid lima waktu pula. Kemudian anda melihat ada yang tunggu sehingga selesai ceramah dan terlibat aktiviti kemasyarakatan. Maka anda melibatkan diri pula. Proses ini akan berlarutan sehinggalah anda meninggalkan dunia ini kelak. Kumpulkanlah sebanyak mungkin pahala dan ilmu yang bermanafaat kepada anda dan masyarakat.
Oleh itu, pada pendapat saya, jadikan diri anda seorang muslim super yang (seperti yang dikatakan dalam buku Dr. Danial Zainal Abidin | Membina Minda Muslim Super). Rancang perjalanan hidup anda dan tidak usah terbelenggu dengan cita-cita orang lain dan buat keputusan anda sendiri. Mengapa memerlukan keputusan orang lain untuk berjaya. Ingat, orang lain hanya membantu dan guide anda dalam membuat keputusan. Keputusan yang anda buat sendiri adalah keputusan akhir samada ingin menerima pendapat orang lain atau anda sendiri