Assalammualaikum,

 

Saya tahu saya bukanlah yang layak untuk berkata-kata mengenai kepimpinan tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, saya rasa setiap pemimpin perlu ada sifat-sifat seperti khalifah As-Rasyidin memerintah suatu ketika dahulu untuk pemerintahan yang berkesan.

 

Cuba kita lihat hari ini, sebahagian besar kepimpinan dipengaruhi kepimpinan barat yang menyebabkan pemimpin itu sendiri takut untuk ditegur dan terasa tergugat apabila ditegur. Bahkan yang lebih teruk lagi apabila ditegur samada secara lembut atau kasar, mereka selaku pemimpin ini siap menyimpan dendam kerana memberi maklum balas sedemikian rupa. Sedangkan jika dilihat balik, jika kepimpinannya terbaik, sudah pasti teguran itu dipandang secara positif dan bahkan semakin banyak teguran akan didapati.

 

Teguran dan cadangan yang diterima oleh pemimpin terbaik adalah menunjukkan KPI pemimpin tersebut. Jika tidak ada langsung pemimpin menerima teguran atau cadangan, maka saya berpendapat pemimpin itu bermasalah dan pasti ada orang dibelakang akan mengutuk dan mencercanya. Pemimpin itu sudah pastilah merasa dirinya hebat dan berbangga pula kerana tidak ada orang komen mengenai dirinya. Ini sesuatu yang amat salah bagi saya dan tidak kena.

 

Cari sahajalah di Google mengenai kepimpinan Saidina Umar, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali. Lihat bagaimana mereka memerintah dan menjadi pemimpin. Bukan sekadar mengikut sahaja prinsip kepimpinan barat. Ada unsur yang tidak baik juga dalam sistem pemerintahan barat dan ada yang baik. Yang baik kita ambil dan adaptasikan dalam pemerintahan berunsurkan keislaman.

 

Merasa tercabar tidak ada dalam kamus seorang pemimpin sebenarnya. Merasa tercabar hanya ada sebagai merasakan kepimpinan yang sedang dipegangnya tidak bagus dan harus dipertingkatkan lagi. Tidak berguna memarahi orang di bawah anda kerana ianya merupakan tanggungjawab anda sebagai pemimpin menerima teguran dan nasihat serta cadangan sama ada secara lembut atau keras.

 

Ada juga cerita dimana ada sebahagian pemimpin yang merasa dirinya tercabar hanyalah kerana ada beberapa orang bawahannya memberi cadangan atau pendapat. Sedangkan beliau hanya meminta dan mencadangkan sahaja dan terserah kepada pemimpin tersebut untuk menerima pendapat atau cadangan itu atau tidak. Kuasa ditangan pemimpin terbabit. Tetapi awas, silap percaturan membawa dosa yang berkesambungan sehingga hari kiamat.

 

Apa yang berlaku adalah sikap seorang pemimpin yang tidak dapat mengawal emosinya dan terus bertindak mengatakan orang bawahannya itu salah. Seseorang itu diangkat menjadi pemimpin kerana pemimpin tersebut dikatakan layak oleh orang atasan untuk menjadi pemimpin. Sepatutnya, pemimpin dipilih oleh orang ramai yang merasakan dirinya sesuai untuk dijadikan pemimpin dan bukan atas dasar kepentingan orang atasan. Akibatnya, orang bawahan ada yang sebahagiannya tidak suka dan apabila orang bawahan menegur sedikit, terus melenting dan beremosi.

 

Pendapat saya, jadilah pemimpin yang baik dan menerima teguran dan nasihat orang bawahan. Tidak perlu dipandang hina orang dibawah ini kerana merekalah yang menyokong kepimpinan anda dan sekiranya ada silap dan salah anda buat sedikit, maka terimalah dengan baik. Kemukakan bukti dan pengesahan sekiranya orang dibawahan anda tidak betul dan tidak perlu secara verbal sahaja. Saya merasakan pemimpin itu sebagai pengecut sekiranya hanya berkata-kata sahaja tanpa sebarang bukti bertulis. Buatlah peraturan baru jika berani dan sekali lagi diingatkan, jika peraturan itu menyebabkan orang teraniaya, maka ucapkanlah selamat tinggal kepada kehidupan bahagia anda kerana pasti Allah tidak akan membahagiakan anda sehingga anda bertaubat dan memohon maaf kepada SETIAP insan yang terlibat disebabkan pemikiran kolot dan peraturan berunsurkan ketamakan kuasa itu.

 

Sekian, hanya pandangan dan pendapat dari saya.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s