Assalammualaikum,
Baru-baru ini saya menemani isteri saya untuk melihat adiknya yang bongsu untuk mengambil anugerah di pentas sempena mendapat piala subjek cemerlang dan UPSR cemerlang serta pelbagai piala yang lain.
Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan ini difahamkan sudah melebih 30 tahun penubuhannya (ikuti websitenya atau baca sebahagian petikan sejarahnya dibawah)
“SK Taman Ehsan dibuka pada 3 Januari 1981. Keluasan sekolah pada masa itu ialah 5.3 ekar dengan 1 Blok A dan sebuah kantin. Kod sekolah ialah BBA 7213. Nama asal SK Taman Ehsan ialah SRK Taman Ehsan. Pada tahun 1987, sebuah lagi blok baru telah dibina. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Muhammad bin Hj. Mohd Taib DPMS, SSA, AMN, Menteri Besar Selangor. Blok ini dikenali sebagai Blok B. Pada masa yang sama terdapat juga 2 lagi blok sementara C dan E. Blok ini telah dilengkapi dengan Pejabat Sekolah, Bilik Guru Besar, Bilik Guru dan Bilik Darjah. Pada tahun 2003 pula, satu lagi blok baru telah dibina untuk menggantikan bangunan sementara Blok C dan E. Bangunan baru ini dilengkapi dengan Bilik Guru, Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Khas, Pusat Sumber Sekolah dan Bilik darjah. Pada tanggal 3 Januari 2006, tercatatlah sejarah 25 tahun penubuhan SK Taman Ehsan dan Sambutan Jubli Perak diadakan pada 3 November 2007.” Sumber :- http://www.skte.edu.my
Sekolah ini juga amat menarik dan bilangan pelajarnya juga agak baik dan keadaan pembelajarannya agak kondusif untuk pelajar. Namun, salah seorang guru mengatakan bilangan pelajar yang memasuki sekolah ini semakin lama semakin sedikit disebabkan majoriti penduduk Taman Ehsan dan sekitarnya telah menjangkaui 30 tahun dan jika dahulunya mereka berumur 25 tahun, maka sekarang mereka berumur 55 tahun. Maka sudah pastilah sebahagian anak-anak telah berpindah keluar dari rumah dan menduduki tempat yang lain. Maka generasi baru atau generasi kedua kurang menduduki rumah di Taman Ehsan tersebut.
Berikut merupakan sebahagian gambar2 sekitar majlis anugerah tersebut
Ini merupakan pemandangan hadapan sekolah dari pintu masuk utamanya (gambar ini diambil pada hari UPSR 2011 diumumkan)
Pemandangan dalam dewan sewaktu mengumumkan keputusan UPSR (gambar diambil pada hari UPSR 2011 diumumkan)
Hari Anugerah Cemerlang 2011
Jika anda lihat betul-betul, anak anda mungkin perlukan belanja makanan (standard) sebanyak Rm2 setiap hari (nasi berlauk + air). Melainkan anda masak sendiri di rumah dan biasakan anak anda bawak bekal. Ini hakikat perbelanjaan hari ini berbanding perbelanjaan semasa kita bersekolah dahulu-dahulu.
Ibu bapa juga diberitahu agar tidak duduk di bangku kantin sewaktu rehat. Mengapa? Kesian kanak-kanak ini, ini waktu mereka berehat dan berilah mereka peluang membeli makanan dan duduk di bangku yang disediakan khas untuk mereka.
Persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran
Dilaluan-laluan ada kata-kata hikmah untuk pelajar-pelajar membaca
Kanak-kanak khas menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu
Kanak-kanak Pra-Persekolahan menyanyikan lagu
Tokoh Murid untuk tahun 2011
Persembahan pelajar-pelajar Tahun 3. Menyanyikan secara beramai-ramai lagu Najwa – Cinta Mukabuku
Para pelajar bergambar dengan guru-guru (yang mendapat 5A)
Basketball anyone?