Assalammualaikum,
Hari ini saya ingin membentangkan pandangan saya mengenai penulisan di ruang terbuka seperti menerbitkan makalah dan sebagainya dan bukan terhad kepada menghantar paper ke jurnal atau persidangan sahaja
Bagi saya, tulisan kali ini lebih kepada sesiapa yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menulis sesuatu samada penulisan penyelidikan da sebagainya
Jika kita lihat kembali, untuk membolehkan anda menulis, anda hendaklah mempunyai medium seperti blogspot dan sebagainya.
Dan semestinya anda perlu ada isu untuk diketengahkan. Dan ianya perlu dipastikan tidak membosankan pembaca.
Tetapi yang pastinya, anda tidak boleh mendapat 100% yang membaca tulisan anda akan bersetuju dengan anda atau tertarik dengan tulisan anda. Maka dengan ini menjadikan anda lebih bersikap terbuka dan akhirnya menjadikan anda lebih menerima kritikan dan pujian.
Ya, itulah tujuan penulisan. Supaya anda dikritik atau dikomen sebenarnya. Sebab jika anda menulis sahaja tanpa mendapat apa-apa respon, anda selaku manusia akan merasa sempurna dengan tulisan anda kerana tiada yang mengkritik. Oleh itu, tulisan ini sebenarnya satu pandangan dari kacamata penulis dan menunggu reaksi orang terhadap tulisan anda.
Ini selari dengan kepimpinan dalam Islam di mana kita hendaklah sentiasa bermesyuarat dan mendengar pendapat orang lain. Tidak boleh terus mengatakan tidak sahaja tanpa sebarang hujah. bagi saya, pandangan tanpa hujah2 yang matang atau kritikan tanpa hujah adalah sia-sia dan saya sendiri tidak mengambil kisah semua itu.
Saya hanya memerhatikan komen-komen yang boleh dihujahkan.
Sebagai contoh, jika ada tulisan itu memperkatakan mengenai bumi itu bulat, maka ada orang lain mengatakan ianya sfera dan bukannya bulat 100%, maka disertakan hujah dan pandangan yang konkrit. Maka inilah perbincangan dan komen yang sihat berbanding sekadar mengutuk tanpa hujah
Oleh itu, dalam menulis, anda hendaklah tulis tanpa ada sebarang rasa takut untuk menghadapi kritikan positif ini. Kerana saya sendiri belajar bagaimana untuk berhadapan dengan kritikan dan tetap meneruskan penulisan kepada orang di luar sana. Orang boleh cari menggunakan Google untuk mencari pandangan-pandangan orang dan Alhamdulillah ada yang datang ke laman saya melihat pandangan-pandangan seperti “Macbook versus PC” dan sebagainya.
Maka, yakinlah dengan diri anda untuk menulis kerana menulis itu menyeronokan. Anda akan berkongsi pengalaman dan ilmu anda dan disamping itu menambahkan keyakinan anda untuk menulis dan sebagainya.
The fundamental idea of writing an article is coming from ourself. Once we believe that we could achieve something in our life. We will begin to understand that Al-Quran and Hadith is the perfect reliable of facts to consider in our writing.
When we write something, always make sure to consider AL-Quran and Hadith so we could understand better the way how it is.
In my research, I’m always make sure that all my work is linked back to the AL-Quran and Hadith. For example, why we study mathematics? Because Mathematics come from Quran that explain to us about numbers. Most of past Muslim scholar was good in remembering the Quran and Hadith.
As a conclusion, knowledge is a gift from Allah S.W.T. to us. Always try to improve our knowledge.