Mengenali Secara Sebenar Individu Terbabit

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin membincangkan tajuk yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama

Dari satu post di laman ini :- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8620.0 

dan Surah dalam Al-Quran

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahgiannya adalah dosa.” (12 : al-Hujurat)”

Sebenarnya dalam membuat penilaian terhadap seseorang itu, kita tidak boleh secara melulu tanpa sebarang usul periksa.

Sebagai contoh.

Mula cerita contoh.

Sedang anda lepak disebuah restoran di Kuala Lumpur, anda terlihat kelibat anak muda yang berpakaian rockers tetapi menutup aurat sedang menuju ke suatu gig. Masa itu sudah pukul 10.00 malam dan berdasarkan perbualan yang didengari anda, mereka ada gig yang berlangsung dari 10 malam hingga 1 pagi.

Maka dengan nada kesal anda mungkin (sebahagian daripada kita) akan mengeji kerana tidak berfaedah dan patut duduk dirumah disamping keluarga sahaja sedangkan patutnya anda juga patut berada di rumah dan tidaklah lepak2 diluar sambil makan bersama-sama rakan. Tetapi disebabkan anda juga sekali sekala ke restoran makan di luar dan lepak dengan rakan-rakan. Maka terus terjadinya first impression terhadap mereka.

Tamat cerita contoh

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cerita dan perkara yang berlaku di hadapan kita dan terjadinya first impression. Walaupun first impression itu penting, kita sepatutnya menilai dari segi kaca-mata penilaian yang sebenar.

Kita tidak tahu mungkin ada anak muda terbabit seorang pendakwah yang cuba mendekati jiwa remaja agar dapat disampaikan pelbagai perkara berkaitan agama kepada anak muda.

Anda dapat bayang bagaimana untuk mengajak anak muda ke masjid? Susah amat!!

Tapi kita bersyukur ada anak muda yang selalu ke masjid ini menyedari perkara ini dan cuba berdakwah cara terbaru. iaitu dengan mendekati mereka dan cuba secara halus berdakwah.

Saya kagum dengan seorang rakan saya yang juga mengaji sekolah tahfiz dan juga warak tetapi seorang ahli muzik yang berjiwa besar. Bukan sahaja pemuzik tetapi sedang menyiapkan PhDnya lagi. (Kisah benar)

Cuba anda bayangkan

mungkin seseorang itu pemuzik di AJL tetapi di rumah sentiasa bangun solat malam, menjaga solatnya, sering menderma dan juga soal menjaga ibubapanya juga sangat terbaik.

tetapi ada sebahagian kita kononnya terbaik tetapi tidak pernah bangun malam, yasin setiap malam jumaat pun jarang tetapi terlalu bijak menilai seseorang itu dengan terus mengatakan individu ini jahat dan sebagainya.

Kenalilah orang tersebut terlebih dahulu.

Dahulu saya sering membuat first impression dan sekarang saya tidak mahu lagi sebegitu.

Pentingnya kita buat penilaian jika kita kenal benar-benar orang tersebut.

Cuba anda buat begini.

Jika anda berkawan dengan seseorang itu, cuba ajak untuk berbual atau pun datang ke rumah. Apa yang saya maksudkan adalah perhubungan yang tidak dilarang agama. Seorang perempuan muhrim dilarang membawa bukan muhrim ke rumahnya tanpa ada pengetahuan ibubapa dan tidak boleh berbual secara berdua-duaan. Maksud saya adalah seperti Ahmad ada seorang rakan baru yang dikenalinya di universiti (tahun 1) dan mendapat roomate bernama Samad.

Kemudian Ahmad melihat first impression bahawa Samad ini kaki muzik. Tetapi tanpa diduga, anda sedar Samad bukan sekadar kaki muzik. Tetapi kaki solat malam, membaca yasin hampir setiap malam dan pagi. Belajar kitab-kitab agama walaupun yang diambilnya bidang engineering dan pelbagai lagi. Tetapi imejnya ketika di luar adalah lain (pakaian mungkin).

Apa yang saya hendak katakan adalah, kebanyakan orang tersalah tafsir seseorang itu dan akibatnya wujud pelbagai fitnah.

Maka saranan saya, elaklah dan janganlah terlalu bersangka buruk.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: