Assalammualaikum,
Pada semalam (5th February, 2012). Banyak aktiviti luar dijalankan
Pada sebelah tengahharinya, saya dan isteri bergerak ke rumah rakan isteri yang membuat akikah untuk anak pertamanya di area Keramat
Kelihatan sangatlah jem sepanjang 1 km mungkin di area Batu Caves sempena sambutan Thaipusam pada Selasa 7 February 2012 ini.
Kemudian kami sampai di rumah rakan isteri saya di Keramat pada pukul 1.30 petang
Pada waktu petang pula berehat di rumah sahaja sebelum pada sebelah malamnya pula keluar untuk bermain bowling
Sebelah malamnya
bermain Bowling di Selayang Mall pun bagus juga. Dapatlah juga mata akhir 73 (iaitu tempat ketiga daripada lima orang). hahaha. Dengan menggunakan bola 10 Kg sahaja.
Tu pun dapat strike sekali
kemudian Berkaraoke pula bersama keluarga
Sempat menyanyikan lagu
Anywhere For You – BSB
Truly Madly Deeply – Savage Garden
Dan beberapa lagu lain lagi bersama isteri
baby dalam perut isteri (sudah 30 minggu) pun menyanyi juga.hehe (menendang-nendang)
Kemudian makan malam (sudah pukul 11.00 lebih kot) di restoran kat area Kepong tu. Buka 24 jam.
Makan nasi goreng kampung la pula
Dalam jam 12 tengah malam pergi ke rumah Ustaz untuk mengambil Ustaz dan ada jiran sebelah mahu berubat
Maka dalam area jam 12.30 sampailah di rumah dan berehat.
jadi hari ini sudah 6 february 2012. Dalam 10 atau 11 pagi insyaAllah bertolak pulang ke Melaka.
Minggu depan ke KL lagi untuk mesyuarat ICOS 2012. Alhamdulillah dilantik jadi Committee member tapi tu pun under Encik Naim Ibrahim (rakan semasa SEC di UTM dahulu)
Sehingga berjumpa lagi.
Gambar ada tapi belum transfer.