Assalammualaikum,
Setelah sekian lama bulan Januari asyik berada di KL sahaja. Maka bermulalah episod berada di Melaka pula
Masuk ke pejabat first sekali yang difikirkan mengisi borang Kehadiran. Ini kerana Kad Staf saya hilang dan akhirnya esok saya mungkin terpaksa membuat baru kad staf.
Kemudiannya, saya pun seperti biasa menyetelkan pelbagai perkara seperti menperbetulkan kertas soalan final.
Setelah dibaiki terlupa pula meletakkan page number.
Sebenarnya, saya sendiri akan terlupa soal kerja-kerja yang bukan main consideration saya.
Saya bertanya kepada anda, adakah anda akan ingat semua perkara walaupun telah ditulis di atas kertas.
Saya jika soal perkara yang saya minat seperti penyelidikan dan penulisan kertas kerja. Sememangnya saya mudah mengingatinya berbanding kerja-kerja seperti membuat kertas final exam dan sebagainya (tugas admin).
Itu merupakan kelemahan saya kerana tidak terlalu menumpu soal itu dan sebab itulah saya hanya masuk persatuan yang saya sememangnya boleh contribute 100% dalamnya.
Sudahlah ada pelajar PSM datang berjumpa dan saya terpaksa cut short masa kerana terlalu banyak hendak dikejar.
Tidak mengapa, saya harap pelajar PSM dapat jumpa saya pada masa yang lain seperti yang tertera pada email
Rambut juga tidak dipotong.hahaha. Ini menyebabkan saya asyik tertangguh untuk gunting rambut menyebabkan rambut saya seperti afroman.
Baiklah. setakat itu sahaja kot.
Boleh melayari laman web research group saya di gravslab -> search di engine Google
Terima Kasih.