Barat dan Hiburan

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin berbicara mengenai soal barat dan hiburannya.

Seperti yang sedia maklum, ramai artis2 barat terlibat dalam salah laku

terlibat dalam dadah

terlibat dalam penghasilan video klip yang menghairahkan

terlibat dalam pelbagai lagi masalah moral dan akhlak

bahkan banyak kematian disebabkan gaya hidup yang sangat tidak sempurna

Ini yang menyebabkan kejatuhan barat kerana penangan mereka sendiri

terlalu mengagungkan industri hiburan sehingga banyak kerosakan akhlak berlaku dalam muda mudi hidup mereka

bahkan di London juga, pihak kerajaan amat bimbang dengan masalah kehamilan disebabkan pengaruh tidak sihat dikalangan remaja

Oleh itu, ianya menyebabkan kita patut berfikir balik

Kenapa Islam melarang hiburan yang melalaikan dan menyesatkan kita dari laluan Islam?

Kerana ianya membawa kepada perkara-perkara buruk yang lain.

Jika kita lakukan sesuatu yang buruk, pasti ianya akan meleret-leret ke perkara yang lain

Sebagai contoh, pada awalnya mendedahkan aurat kerana cantik kata mereka apabila rambut itu ditayangkan dikhalayak ramai

Kemudian berhasrat menjadi penyanyi dan pelakon yang tidak menutup aurat pula dan melibatkan sentuhan lelaki dan perempuan

Kemudian mungkin akan berleluasa sehingga terjadinya pergaulan bebas, pengaruh perkara-perkara buruk.

Saya sendiri membuat andaian yang ada segelintir yang berjaya mengawal diri dari terjebak perkara-perkara tidak baik.

Tetapi lihat sajalah sebahagian filem-filem di Malaysia. Terlalu mengikut telunjuk barat dan ingin memasuki elemen barat dalamnya.

Rosak serosak-rosaknya

Setiap umat Islam harus berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah umat ini

Yang terlalu mengikut sangat telunjuk barat dan menyanyi dan menjadi pelakon yang dilarang dalam Islam

Sepatutnya mereka tidak perlu meniru gaya hidup barat dan cara barat menjadi penyanyi dan pelakon. Itu pendapat sayalah

Sebaliknya kita perlu berbangga dengan Islam

baru-baru ini saya terbaca satu artikel berkaitan
“Kaitan sistem jantung dan kardiovaskular dalam AL-Quran dan Hadith”. Ianya diterbitkan dalam journal antarabangsa dan mempunyai citation dan juga impact factor yang tinggi.

Ini menunjukkan penerimaan masyarakat akademik antarabangsa dengan penemuan-penemuan ini.

Sesungguhnya mereka ini amat berani dan mampu mengubahnya.

Mereka tidak takut akan ancaman berkaitan artikel ini apabila diterbitkan

berbalik soal Barat dan Hiburan

Maka pendapat saya, seeloknya generasi kita tidak mendidik agar anak kita menjadi seperti negara barat. Jadilah seorang muslim atau muslimat sejati agar mendapat keredhaan Allah

Terdapat banyak sudah pasangan-pasangan yang sudah berkahwin pun tetapi aurat tidak dijaga. Sedangkan suami disebelah pun tidak menegur isteri dan anak tidak bertudung. Relaks sahaja berjalan dishopping complex.

Maka kita wajib menyuruh mereka memakai tudung kerana kelak kita juga ditarik ke neraka atau mendapat azab seksa di akhirat kelak kerana gagal menyuruh mereka menutup aurat dengan sempurna

Waallahualam.

11.18 malam, February 14, 2012, selasa

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: