Assalammualaikum,
Sebentar tadi baru sahaja pulang dari Festival City bersama isteri dan keluarga mertua
Amat menarik kerana terdapat pelbagai kedai dan antara yang menarik adalah tempat karaokenya yang menarik. Maaflah tiada gambar tetapi dengan harga RM25 (weekend). Empat orang maksimum boleh berkaraoke 1 jam.
Makanan juga kami tidak order kerana Halalnya adalah daripada South East Asia yang TIDAK DIIKTIRAF OLEH JAKIM. Mulai 2012, hanya sijil Halal JAKIM SAHAJA YANG SAH.
Maka dengan itu, umat Islam harus berhati-hati jika tidak mahu HATI MENJADI GELAP kerana memakan makanan yang syubahah.
Berbalik kepada tempat karaoke tersebut, kami sekeluarga menyanyi lagu kegemaran bersama. Tidak salah anda berkaraoke dengan keluarga. Yang salah adalah jika anda berkaraoke antara muhrim dan bukan muhrim. Jika keluarga tidak mengapa, tetapi jika pasangan yang bukan muhrim, itu adalah dilarang kerana ianya aurat. Maka berwaspadalah. Kahwinlah cepat2 dan berkaraoke sehingga tiada suara boleh dikeluarkan.
Kerana sesungguhnya tiada aurat antara suami dan isteri. Tetapi ada aurat bagi anak dengan ibu dan ayah.
Surau
Suraunya juga agak menarik kerana memisahkan surau lelaki dan perempuan. At least tidaklah bertembung antara lelaki dan perempuan.
Surau juga kondusif tetapi anda perlu berhati-hati kerana lantainya AMAT LICIN terutamanya surau perempuan (kata isteri saya kepada saya). Isteri saya nyaris jatuh tetapi mujurlah tidak jatuh. Untuk pengetahuan, alhamdulillah tidak terjadi apa-apa kerana isteri saya sedang sarat 32 minggu. InsyaAllah pertengahan bulan April akan bersalin di KL.
Memandu pulang
Jalan di KL ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Kerana ada kalanya kenderaan tiba-tiba masuk dan ada kalanya anda pun naik tidak sabar dan memandu dengan tidak berhemah. Saya berhempas pulas melawan perasaan marah saya dan alhamdulillah saya boleh bersabar sedaya upaya saya.
Platform terbaik menguji tahap kesabaran dan keimanan anda adalah dengan memandu selama 1 bulan di KL dan melalui jalan2 yang sibuk seperti Jalan Kuching, LDP dan jalan2 lain. Cubala sebulan dan jika anda mampu bertahan TANPA CACI DAN MENGIKUT PERATURAN maka anda layak digelar seorang yang sabar dari segi memandu di jalan raya.
Sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan slide presentasi saya untuk Rabu ini di Sunway Hotel untuk persidangan ICUIMC 2012. Selepas ini saya target di Penang pula dan menyiapkan sekurang-kurangnya DUA jurnal antarabangsa dan DUA jurnal tempatan. InsyaAllah.
Ingat, ada beza JURNAL yang anda AUTHORkan dan jurnal yang ANDA CO-AUTHORkan. Ianya ditentukan oleh siapa yang dihadapan.
Dan ada juga yang mementingkan CITATION SERTA IMPACT FACTOR. semua itu digabungkan untuk ahli akademik seperti saya.
Sekian, itu sahaja rakan2 🙂