Assalammualaikum,
Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya menulis artikel berkaitan jogging ini. Tetapi jika diikutkan, ianya mungkin sudah lama dan memerlukan information-information baru.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan berjogging?
Sebelum saya menulis dengan panjangnya, eloklah saya memberitahu terlebih dahulu bahawa penulisan ini adalah sekadar dari pengalaman saya sendiri dan bukannya dari bacaan buku dan sebagainya. Saya banyak mengkaji juga langkah-langkah untuk berjogging dengan berkesan di internet tetapi sekadar tips-tips biasa sahaja. Selebihnya saya terus pakai kasut dan mulakan jogging sekeliling padang atau jalan.
Sebagai permulaan, anda perlukan seorang atau dua atau lebih teman untuk berjogging.
Jika tidak anda mungkin menghadapi masalah dari segi konsistensi.Mengapa?
Kerana jika kita mempunyai rakan yang juga ingin berjogging, maka rakan kita itu juga akan jadi reminder kita.
Jadi kita akan saling ingat mengingati antara satu sama lain.
Tapi yang pasti, amat susah juga mencari rakan yang sama-sama ingin berjogging kerana kelak mungkin anda atau rakan anda yang akan hilang mood untuk berjogging
Seterusnya
Langkah kedua adalah memastikan anda memilih waktu yang tetap. Sebagai contoh, pada dua bulan pertama anda mulakan jogging, anda sekadar berjogging setiap hari sabtu dan ahad sahaja. Maka anda akan pastikan pagi sabtu dan ahad anda akan berjogging tempat yang sama.
Jika anda sibuk, anda perlu gantikan dengan hari bekerja. Tetapkan syarat untuk melatih diri anda. Berjogging ini mendisiplinkan.
Kemudian, anda perlu setkan jarak berapa anda mahu pergi. Sebagai contoh
Dua bulan pertama : 1 km
Dua bulan seterusnya : 1.5 km
Empat bulan seterusnya : 2 km
Empat bulan seterusnya : 3 ~ 4 km
Empat bulan seterusnya : Setiap dua hari, jogging sehari sejauh 3 ~ 4 km
Empat bulan seterusnya : Catatan masa yang lebih mantap untuk 3 ~ 4 km
Empat bulan seterusnya : 8 ~ 12 km
Selebihnya : Maintain sejumlah 60 ~ 80 km setiap bulan dan perbaiki larian
Maka sebenarnya ianya memakan masa 2 ke 3 tahun untuk memastikan anda dapat masuk kategori long distance atau medium distance running session. Maka bolehlah masuk marathon 42 km, 21 km atau 7 km (mana yang anda laju dan sesuai).
Seterusnya
Pastikan anda lengkapkan diri anda dengan gajet terkini untuk berlari/berjogging.
Anda ada iphone/android phone yang boleh digunakan untuk mendownload aps terbaru untuk larian menggunakan GPS.
Anda juga boleh memiliki kasut yang ada sensor dan lain-lain teknologi.
Ini menjadikan kegiatan berjogging anda menarik dan interaktif. Bahkan sentiasa berjogging sewaktu ramai orang (pada waktu pagi) kerana ini menaikkan semangat anda untuk bersaing jika berjogging seorang diri (tiada orang menemani)
Seterusnya
Pastikan anda menjaga pemakanan anda dan kesihatan anda. janganlah pula anda melantak selepas anda berjogging.
Itu sahaja setakat ini, sekadar tulisan am untuk anda menikmati hidup anda dengan berjogging.
Percayalah, berjogging amat menarik.