Assalammualaikum,
Tidak ramai atau sangat sedikit yang sanggup menceritakan perihal dirinya semasa di bangku universiti dahulu.
Masing-masing ada ceritanya. Tetapi apa yang saya tahu saya akan kongsikan bersama.
Salah satu perkara yang ada di universiti ada belajar untuk mencapai kejayaan
Apakah sebenarnya kejayaan?
Pelajar A mendapat 4.00 setiap semester dan pada 20 tahun kemudian menjadi jurutera yang berjaya dan usahawan yang berjaya?
Pelajar B mendapat 2.80 pada akhir semesternya (terkumpul) dan 20 tahun kemudian menjadi jurutera yang berjaya serta usahawan yang berjaya
Pelajar C mendapat 3.2 pada akhir semesternya (terkumpul) dan 20 tahun kemudian menjadi jurutera yang berjaya, islamik serta usahawan yang berjaya.
Pelajar D,E, dan seterusnya
Wah, sungguh banyak polanya dan semua ini ada ceritanya tersendiri
Bahkan jangan disangka yang mendapat sekadar 2.3 atau 2.4 pun boleh berjaya jika mereka benar-benar insaf di kemudian hari dan akhirnya menjadi insan Islamik yang bekerjaya di kemudian hari.
Oleh itu, kejayaan adalah berlainan antara setiap insan.
Kita tidak boleh sesekali mengatakan mereka itu tidak berjaya. Sedangkan kita tahu kegagalan itu sebahagian daripada kejayaan
Jika tidak gagal dahulu, seseorang itu mungkin tidak insaf dan akan sentiasa tercorot. Kita mana tahu bukan?
Gagal akan menyebabkan kita kembali aktif untuk berjaya dan mengharungi perit getir kehidupan ini
Berbalik kepada soal pelajaran
Saya secara jujur memberitahu saya dahulu tidak sehebat mana. Tetapi dengan daya semangat keinsafan yang tinggi dan semangat ingin bangkit, saya kembali ke perjuangan dan meneruskan matlamat saya menjadi seorang yang berjaya
Dua tahun pertama saya di universiti semasa Bachelor of Engineering (Computer) di UTM Skudai, adalah tidak menyakinkan keputusannya. Saya mendapat:
Semester 2 2003/2004
Semester 1 2004/2005
Semester 2 2004/2005
Apa yang diletakkan itu adalah benar dan sememangnya keputusan peperiksaan saya.
Nasihat saya, jika anda seorang Penasihat Akademik atau pensyarah yang mengajar pelajar-pelajar ini. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan orang lain juga agar jangan memandang rendah kemampuan setiap pelajar itu.
Walaupun mungkin selama 4 semester awal ini keputusan mereka teruk seperti di atas. Awas, Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Allah S.W.T. mampu memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jangan anda berkata bodoh dan terlalu membenci pelajar-pelajar yang mendapat keputusan rendah ini. Sebaliknya:
a) Berinya semangat,
b) Ceritakan kisah-kisah yang mampu membangkitkan semangatnya untuk belajar dan kita juga mohon doa kepada Allah agar diri kita, isteri atau suami, dan anak-anak serta keluarga kita, dan juga rakan-rakan serta pelajar-pelajar dan seluruh umat Islam agar bangkit dan mampu bersaing dari segi ilmu di dunia ini
c) Tunjukkan yang anda tidak langsung memandang rendah kepada mereka bahkan mengalakkan mereka dan memberikan nasihat agar berubah.
Semasa saya di universiti, alhamdulillah saya terdetik dalam hati untuk kembali kepada perjuangan akademik ini. Usaha saya tidak sia-sia. Bukti:-
Semester 1 2005/2006
Semester 2 2005/2006
Semester 1 2006/2007
Semester 2 2006/2007
Oh, ya selepas ini merupakan semester extend saya. Saya failed dua kali Teori Litar dan berjaya mendapatkan B+ pada kali ketiga. Disebabkan itu, subjek saya beranjak sedikit
Semester 1 2007/2008
.
Demikianlah keputusan-keputusan peperiksaan saya semasa belajar di UTM Skudai. Pointer terakhir saya adalah 3.14. Bayangkan dengan keputusan peperiksaan yang rendah iaitu 2.36 (terkumpul) boleh dinaikkan sehingga 3.14.
Selain itu, banyak rakan saya yang lagi berjaya daripada saya. Ada yang sedang mengambil PhD setelah mengambil masternya di Korea. Ada yang sedang bekerja dengan salah sebuah syarikat jurutera di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Sedangkan dahulunya ketiga-tiga rakan ini merupakan sahabat tegar yang bermain permainan Online:-
Kami bermain dari lepas isyak ke subuh pada tahun 2003/2004 tersebut dan kemudiannya bermain pula game terbaru iaitu RYL
Itulah kehidupan semasa di awal universiti. Terlalu leka bermain tetapi itulah pengalaman paling best bermain game sehingga subuh.hahahahaha
Kesimpulannya
Kejayaan ini tiada kaitan dengan hobi anda dan apa yang anda sedang buat
Yang penting tetapkan matlamat dan teguhkan iman anda kepada Allah S.W.T.
Semoga anda berjaya !!!!
thanks….saya pelajar eng kat utm…best baca…insaf sgt2…terlalu byk masa sy sia2kan….apa2 pun. sy akn bt y terbaik utk tahun2 akn dtg…n akn selalu ingat mati
salam,,nk tye.
UTM ni ade berape intake ye?
saye pelajar matrik UIA,berharap nk masuk sini,
bakal graduate bln 9 ni.
Sekarang saya tak tahu intakenya macam mana sebab setiap tahun pentadbiran ada perubahan.
Tapi berdasarkan rekod terdahulu, intakenya dua kali.
Seperti biasa bulan sembilan dan juga bulan dua. maksudnya dua kali intake.
tapi untuk first degree (Bachelor), intake rasminya adalah pada bulan September 2013 ni.
berdasarkan rekod terdahulu.
saya habis diploma dengn 2.1… lgi rendah…. mcm2 dugaan masa nak habiskan blajar.. trutama masa diploma.. terpaksa tumpag kelas pjj yang dikampus lain.. apa2 pun ada hikmahnya… tempuhi dengan sabar. alhmdulillah dh smbung degree skrg… siapa y berusaha pasti berjaya…lgi 1 rezeki ni Allah yang beri…mintaklah padaNya selalu… 🙂 kne bnyk motivasi diri… muhasabah diri… kenapa kita dpt result cm tu…
Selamat berusaha. Tidak semestinya pandai akademik boleh berjaya dan tak pandai akademik tak boleh berjaya. Ada rakan saya tiada SPM pun boleh gaji lebih besar dan berjaya dari saya. Ada rakan saya lagi dan sangat pandai akademiknya tetapi jawatanya sama dengan saya. Jangan sesekali anggap sekeping sijil Diploma, Bachelor, Master, PhD itu sebuah pemberi rezeki. Allah Pemberi rezeki mutlak. Masuk sahajalah profession kerja yang mana sekalipun, asalkan buat dengan penuh cita-cita dan minat,serta disertai oleh minat untuk mengembangkannya (seperti mengembangkan perniagaan), pasti akan berjaya InsyaAllah.
Walaupun artikel ni dah lama baru aku terbaca tapi aku sokong 100% apa yg ditulis….
Apa-apa pun aku respek ko la sebab dapat membuatkan aku bermotivasi
Terima kasih krn tulis entry ni. Cgpa sy skrg ni 2.3. Bakal tamat dalam 4 sem lagi. Berharap dapat menaikkan pointer sama sperti encik.