Assalammualaikum,
Saya secara tiba-tiba ingin menulis artikel berkaitan teknik-teknik pengaturcaraan (programming) yang “common” di dunia ini.
Baiklah
Terdapat beberapa jenis teknik yang terdapat dalam menulis sesuatu program atau aturcara
1. Teknik Pengaturcaraan Tidak Berstruktur (Unstructred Programming)
Teknik ini biasanya dipelajari oleh diri kita semasa kita mula-mula mengenal dunia pengaturcaraan.
Ianya hanya dibuat secara mendatar sahaja dan lebih kepada permulaan untuk para pelajar mengenal dunia pengaturcaraan.
Contohnya
int main() { cout<<"Hello Hamzah"<<endl; }
ataupun
#include <iostream> using namespace std; int main () { int a,b,c; c=5; b=c*5; a=b+c; cout << "jawapan bagi a ialah : "<<a<<endl; return 0; }
Pendek kata, semuanya disumbat sahaja ke dalam main tersebut dan ini memudahkan pelajar untuk faham asas programming.
Jadi para pelajar dan reader sekalian, Ini disebut sebagai unstructured programming. Semua kita sumbat dalam main.
–
2. Teknik Pengaturcaraan Berprosedur (Procedural Programming)
Ianya agak sama seperti pengaturcaraan tidak berstruktur di atas kecuali kita kali ini membina fungsi-fungsinya di luar daripada main.
Bermaksud, kita tidak sumbat kesemuanya dalam main. Jika anda mahir peringkat programming ini, bermaksud anda sebenarnya di tahap Moderate Programming in C++ technique.
Contohnya, saya ingin membuat fungsi tolak dan tambah dan kita perlu masukkan nilai dan akhirnya akan memperoleh jawapan
#include <iostream> using namespace std; int a,b,c,d; int tambah() { cout<<"Masukkan Nilai A :"; cin>>a; cout<<"Masukkan Nilai B :"; cin>>b; return (a+b); } int tolak() { cout<<"Masukkan Nilai C :"; cin>>c; cout<<"Masukkan Nilai D :"; cin>>d; return (c-d); } int main () { cout << "jawapan bagi penambahan a+b ialah : "<<tambah()<<endl; cout << "jawapan bagi penolakan c-d ialah : "<<tolak()<<endl; return 0; }
3. Teknik Pengaturcaraan Modular (Modular Programming)
Baiklah, cuba anda lihat kembali dari segi ayat. Apakah itu struktur? atau modular ataupun ayat “modul” itu sendiri?
Katakan kita belajar subjek Sejarah, di dalamnya terdapat
Modul 1 : Sejarah Dunia.
Modul 2 : Sejarah Asia Tenggara
Modul 3 : Sejarah Malaysia
Jadi, modul ini sebenarnya seperti subtopik yang anda belajar dalam subjek Sejarah.
Ataupun kita ambil contoh anda mengambil Kursus Kejuruteraan Komputer
Dalam Kejuruteraan Komputer, terdapat pelbagai subjek dan setiap subjek ada modulnya tersendiri
Jadi apakah itu modul? Modul dari segi penerangan di atas bermaksud pecahan-pecahan bagi sesuatu tajuk/topik/kursus
Dalam dunia programming, Modular Programming ini bermaksud satu cara programming yang tersusun. Sebagai contoh, saya ingin membuat satu program yang boleh mengira hasil tambah dan hasil tolak (sama seperti diatas tetapi diubahsuai sedikit).
Oleh itu, saya memperkenalkan satu file yang lain iaitu satu dipanggil header file dan satu lagi .cpp file yang bernama tambahtolak.h dan tambahtolak.cpp
Di dalam tambahtolak.h, saya meletakkan dua fungsi berstatus void untuk memastikan saya tidak akan return sebarang nilai. Itulah bagusnya void berbanding int yang memerlukan untuk memulangkan nilai.
Tambahtolak.h
#ifndef tambahtolak_h #define tambahtolak_h void tambah(int a, int b); void tolak(int c, int d); #endif
di dalam file tambahtolak.h ini saya memperkenalkan dua fungsi void yang mengandungi integer di dalamnya. Saya memerlukannya untuk parsingkan nilai supaya diproses oleh tambahtolak.cpp
tambahtolak.cpp
#include <iostream> #include "tambahtolak.h" using namespace std; void tambah(int a, int b) { cout<<"Masukkan Nilai A :"; cin>>a; cout<<"Masukkan Nilai B :"; cin>>b; cout << "jawapan bagi penambahan a+b ialah : "<<a+b<<endl; } void tolak(int c, int d) { cout<<"Masukkan Nilai C :"; cin>>c; cout<<"Masukkan Nilai D :"; cin>>d; cout << "jawapan bagi penolakan c-d ialah : "<<c-d<<endl; }
Perhatikan saya meletakkan isi setiap fungsi tersebut. Satu dengan fungsi tambah dan satu lagi dengan fungsi tolak.
Oh ya, bagaimana kita memanggilnya di main.cpp?
main.cpp
#include <iostream> #include "tambahtolak.h" using namespace std; int no1,no2,no3,no4; int main () { tambah(no1, no2); tolak(no3, no4); return 0; }
Apabila kita run kan program tersebut
Jadi, apakah kelebihan modular programming ini berbanding dua yang sebelumnya? banyak
– Kita boleh memasukkan seberapa banyak fungsi dalam tambahtolak.cpp tambah perlu mengubah main.cpp
– Kita boleh masukkan fungsi bahagi dan darab di dalamnya tanpa perlu mengubah fungsi dalam main.cpp (tidak perlu sentuh langsung main.cpp). Yang penting kita panggil sahaja di dalam main.cpp
– Kita juga boleh bermain-main dengan nilai yang kita hendak parsing kepada tambahtolak.cpp di bahagian main andaikata kita mahu menghantar nilai-nilai yang lain. Contohnya, kita mahu input diambil daripada main. Maka kita perlu ubah sedikit sahaja.
tambahtolak.h
tambahtolak.cpp
main.cpp
hasilnya
Jadi, cukup sekadar itu, Object Oriented Programming (teknik terakhir) akan saya cover dalam keluaran seterusnya.
Sebenarnya, programming ini sangat menyeronokkan. dan best!!!
latest punya tade ke??
ada masa nanti ada update kot.