Assalammualaikum,
Alhamdulillah, telah berjaya saya menyampai ucapan saya berkaitan perihal berjogging untuk kesihatan yang saya tulis tempoh hari.
Walaupun ucapan saya sememangnya isi memang seperti tiada, tetapi bila kita berceritakan sesuatu dengan penuh yakin dan berpengalaman, ianya sedikit sebanyak membantu dalam ucapan kita kepada audience di luar sana.
Seperti hubungan suami isteri, kita akan tahu jika dia benar-benar maksudkan dari hatinya. Oleh itu, hubungan suami isteri serta anak-anak ini amat unik. Walaupun kita tidak perlu berkata apa-apa, ianya pasti mendatangkan kesan yang mendalam dalam apa jua perbuatan yang kita buat.
Kehidupan sememangnya mencabar dan dipenuhi segala cubaan.
Kadang-kadang, jika kita berkata benar dan cuba menyampaikan yang benar, ada orang yang tidak suka dan menyekat terus aktiviti seseorang itu.
Sedangkan, bagilah dia bersuara dan terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak. Jadikan ianya satu platform untuk kita menjadikan diri kita pandai membuat keputusan.
Mengapa kita harus takut dengan manusia? Tidak perlu takut dengan manusia sebaliknya takut sahaja dengan Allah S.W.T.
Dan, kita juga bukan sempurna. Tidak perlulah kita mengatakan seseorang itu dan ini.
Alangkah bagusnya jika kita sentiasa menerima ketidaksempurnaan seseorang itu disebabkan kita juga tidak sempurna
Dunia akan terus menekan kita sebenarnya, hanya Allah sahaja mampu menjadikan kita tabah dalam hidup. Doa dan usaha yang berkekalan sehingga akhir hayat adalah sesuatu yang patut kita lakukan di bumi Allah ini.
Setiap pemimpin ada ciri-cirinya tersendiri, dan setiap pemimpin juga harus sedar ketidaksempurnaan dirinya untuk berbakti kepada orang bawahan.
Pemimpin bukan bermaksud menindas orang bawahan
Pemimpin bukan bermaksud mengenepikan pendapat dan pandangan rakyat.
Pemimpin sebenar yang layak dijadikan contoh adalah Nabi Muhammad S.A.W.
Sentiasa merendah diri dalam berdakwah.
.
Pembaca sekalian,
Hiduplah dengan gembira tanpa meresahi kehidupan ini.
Seperti saya, saya sentiasa beranggapan kegagalan dan kesalahan itu sebagai satu cara untuk berubah kepada lebih baik. Jika kita merasa diri kita terbaik, maka susah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Lebih baik kita berfikir seperti ini,
Stay Foolish Stay Hungry.
.
Jadi, bagaimana hendak meneruskan hidup yang mencabar ini?
Teruskan sahajalah, apa yang penting saya teringat satu kisah yang saya tonton dan terdapat elemen nasihat yang baik di dalamnya
Cuba kita lihat dalam kehidupan pelbagai orang yang dikatakan berjaya dalam hidupnya.
Kita tengok mereka mengharungi pelbagai saat getir dan perit untuk menjadi berjaya seperti sekarang ini.
Kenapa mereka tetap meneruskan cabaran getir dan perit serta pelbagai tohmahan orang?
Sedangkan jika mereka berdiam diri dan menjalani kehidupan yang selesa sudah cukup, tetapi mereka memilih untuk mengharungi cabaran demi membetulkan diri mereka dan diri rakan-rakan mereka.
Kagum dengan semangat mereka yang tidak mahu bersenang selagi kejayaan dan usaha dakwah tidak diperluaskan.
Oleh itu, percayalah, Allah pasti merahmati sesiapa yang sanggup berjuang di jalanNya. Walaupun pelbagai tohmahan dilontarkan, tapi diteruskan juga usaha itu.
Sekian,
March 23, 2012 Jam 9.21 am Jumaat