5 May 2012

Assalammualaikum,

Bagi saya, sudah lama tidak menulis di blog ini.

Dengan pelbagai perkara dan ragam yang berlaku sejak kebelakangan ini

Serta tanggungjawab sebagai seorang ayah yang harus dipikul

Saya merasakan seseolah kehidupan ini sangat menakjubkan dan sememangnya Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur kehidupan seseorang manusia di muka bumi ini.

Sebagai manusia, kita memang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan

Kita juga mempunyai perasaan dan hati untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan di dunia ini.

Selain itu, menjadi tugas kita untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan untuk teruskan hidup di dunia ini.

Manusia sememangnya sentiasa perlu membuat keputusan.

Sebenarnya, tidak apa yang perlu ditakutkan dalam membuat keputusan

Buat sajalah keputusan yang difikirkan terbaik dan jika boleh dibincangkan maka bincangkan.

Tetapi keputusan akhir tetap di tangan anda dan Allah yang menentukan sama ada pilihan dan keputusan anda itu bagus atau tidak disisi Allah S.W.T.

Bagi saya, tidak boleh menyalahkan seseorang yang telah membuat keputusan

Sebab dah itu keputusannya dan sememangnya itu cara dia berfikir dan bertindak

Maka sebagai seorang manusia, kita janganlah sehingga membenci seseorang itu dan bertindak di luar kawalan

Kebencian yang semakin mendalam di dalam diri akan menyebabkan minda kita penuh hatred dan akhirnya menjerumuskan kita ke lembah penghinaan

Marilah kita berdamai sahaja dan tidak perlu saling memburuk-burukan seseorang.

Takkan jika seseorang itu buat keputusan yang salah maka kita terus membenci seseorang itu

Kesian orang tersebut kerana dibiarkan terjerumus ke lembah yang kita tidak mahu selamatkan

Sebaliknya, tanamkan dalam diri kita untuk menyelamatkan seramai mungkin umat Islam dari terjerumus ke kancah penghinaan

Tanamkan dalam diri untuk sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: