Assalammualaikum.
Manusia semuanya dilahirkan dalam keadaan bayi (kecuali dalam cerita matsalleh tu aku tak ingat apa tajuk dia.hahaha)
Manusia semuanya dibesarkan dalam keadaan berbeza dan TIDAK AKAN ADA satu pun yang akan sama dengan orang lain. Bahkan, orang yang lahir 100 tahun lalu tak sama dengan yang lahir 10 tahun akan datang
Manusia ada pelbagai perasaan dan bukannya MACAM ROBOT
Manusia fitrahnya adalah agama Islam. sebab itu orang yang baru memasuki Islam baru seolah-olah baru sedar dari lamunan
Manusia buat silap
Manusia buat kebaikan
Manusia makan dan minum serta perlukan orang untuk hidup. Mana mungkin seseorang itu hidup tanpa dibimbing secara Islam.
Manusia sememangnya dilahirkan untuk hidup bermasyarakat
Manusia juga terdedah dengan hasutan syaitan dan nafsu
Manusia tidak sempurna dari segi pemikirannya tetapi sempurna dari segi kejadiannya oleh Allah S.W.T.
Manusia buat silap, minta maaf, buat silap lagi, minta maaf dan sampai kiamat pun sebegitu. sebab dah memang manusia begitu. bukan robot.
Manusia mudah juga membenci antara satu sama lain dan marah-memarahi.
Jadi.
.
Cuba lihat kembali, jika semua manusia sebegitu, mengapalah kita nak sangat ada perasaan marah, benci dan dendam dalam hati kita.
Dia boleh marah, dia boleh benci, dia boleh suka dan pelbagai lagi.
Lagi bagus jika semuanya dipositifkan sahaja dan lupakan benci membenci antara satu sama lain.
Lagi bagus dan banyak kawan diperoleh.
Sama-sama berborak dan makan minum,
Sama-sama bersukan dan beriadah
Sama-sama gelak ketawa dan pelbagai lagi
Jika sorang buat silap, kita tegur. Dan jika kita silap, orang tegur. Hidup tanpa kebencian. Forgive and Forget.
Hidup ini mudah. melainkan anda sahaja yang buatkannya nampak susah dan berkerut dahi memikirkannya.
Yang penting, jangan takut ditegur dan tanamkan dalam hati sifat ingin berbaik dan buat baik serta menegur dan menerima teguran.
Tulisan di petang ahad . 5.15 pm 29 April 2012.