Amazing Creation by Allah S.W.T. – Human

Assalammualaikum,

Manusia.

Satu ciptaan agung Allah S.W.T. yang tidak akan sampai bila-bila manusia tidak mampu atau berupaya langsung untuk meniru walaupun terdapat cubaan untuk robot dan lain-lain teknologinya.

Saya tidak sangka, dengan banyak dugaan yang menimpa dan menerjah diri ini walaupun dihimpit pelbagai perkara yang menyesakkan. Namun saya berjaya mengharunginya dengan tabah dan rasa rendah diri kepada Allah S.W.T.

Cuba anda lihat, bagaimana robot bertindak luar dari kawalannya?

Robot boleh charge baterinya sendiri tetapi adakah berupaya hidup jika bekalan elektrik tiada? Sedangkan manusia yang menjana bekalan elektrik tersebut.

Oleh itu, penggunaan robot hanyalah sebagai membantu manusia sahaja dan tidak boleh menggantikan tugas manusia.

Suruh sahajalah robot buat roti. Pasti sukatan diikutnya sama tetapi jika manusia yang membuatnya, terdapat pelbagai rasa dan ini berlainan daripada mesin yang membuatnya.

Saya sendiri bertanya diri sendiri, ribuan atau jutaan dugaan ini jika manusia tidak mampu menghadapinya dengan izin Allah S.W.T., maka pasti amat susah.

Oleh itu, saya sentiasa tidak berasa gusar walaupun pastilah kebimbangan setiap dugaan itu ada. Kerana ianya merupakan satu peluang untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.

Allah pasti memberi rezeki yang setimpal dengan kita.

Walaupun kita bekerja bergaji RM3000 tetapi kerja kita seperti bergaji RM10000. Allah akan gantikan RM7000 tersebut dengan rezeki berbentuk lain.

Rezeki mendapat kemudahan dalam menjalankan ibadah

Rezeki tidak ditimpa penyakit

Rezeki anak

Rezeki dari segi pemikiran seperti mendapat idea baru penyelidikan dan teknik pengajaran baru.

Oleh itu, banyak rezeki dan nikmat Allah turunkan kepada kita tetapi adakah kita menyedarinya?

Sekadar hari rabu pandangan. Waallahualam.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: